Breaking

Tuesday, October 22, 2019

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...

Aku kongsi lagi resepi kegemaran aku sekeluarga, sedap sesangat iaitu ikan cencaru sumbat kelapa. Boleh juga buat pakai ikan yang lain tapi ikan cencaru sumbat kelapa inilah yang paling kena dengan resepi ini. Dah jemu buat ikan goreng biasa dan buat masak gulai ikan, boleh tukar selera buat macam ini pula. Kalau di balut dengan daun kunyit, lepas tu balut pula dengan daun pisang. Bakar atas dapur kayu, aromanya pergh!

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...

Masak ikan cencaru macam ni, boleh di bakar dalam oven, di bakar dalam kuali, bakar dengan arang, bakar dalam pressure cooker pun boleh. Ada tu juga yang buat dengan sumbat kelapa dalam perut ikan tu dan ikat badan ikan tu dengan benang bagi kelapa tak terkeluar, goreng dalam kuali. Boleh jugak tapi minyak jadi hitam di buatnya.

Kalau bakar dalam oven, tak perlu balut ikan tu, hanya susun dalam bekas berlapik aluminium foil. Kalau bakar dengan arang pula akan nampak dan terasa garingnya. Membakar dengan cara membalut taklah terasa garingnya tapi rasanya tetap sama. Tak ada perbezaan langsung cuma cara masaknya berbeza.




Wangi bau serai, daun kunyit dan kelapa bila bercampur dengan perencah dan ikan bila di buka aluluminium foil apabila dah masak. Kalau bakar dalam oven dan atas kuali dalam 30 minit selepas di balik-balikkan boleh masaklah. Tapi kalau dalam pressure cooker, 15 minit dah masak. Aku masak dalam pressure cooker jer. Nak cepat, senang kerjanya. Di sini aku kongsikan resepi yang biasa aku buat.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...


Bahan2 :

5 ekor ikan cencaru sederhana kecil
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Aluminium foil secukupnya

Cara2 :

Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. Tak perlulah sampai lumat.

Cukup hanya bergaul sebati.Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati. Sediakan aluminium foil dan Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.

Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas alumonium foil. Balut ikan yang dah berisi kelapa itu dengan aluminum foil seperti membalut lepat pisang atau membungkus nasi lemak.

Bakar atas kuali yang di kecilkan apinya. balik-balikkan sentiasa iaitu dalam 5 minit sekali. Ikut kesesuaian. Selepas 30 minit, Bolehlah di buka bungkusan dan tengok samaada dah masak ke belum. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.

Untuk yang menggunakan pressure cooker, masa menmasak hanya 15 minit. Setkan fungsi manual dan pressure. Dalam 15 minit dah masak. Untuk memastikan dah masak, kena buka bungkusan. Biasanya mesti dah masak.

Ikan cencaru sumbat kelapa ini boleh di makan dengan nasi begitu saja atau pun di buat cicah sambal kicap. Iaitu bawang hiris, cili api potong, asam jawa atau cuka dan kicap digaul rata. Itu saja bahan-bahan resepi sambal kicap yang mudah saja. Jomlah buat, mesti terpikat... huhu!

Nak tengok lagi pelbagai resepi dalam blog ini.... klik SINI

p/s : Masih terbau dan terasa-rasa aromanya yang lazat gittew... heh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...