Breaking

Wednesday, December 29, 2010

Wednesday, December 29, 2010

Malasnya Nak Updated Blog...

Semenjak dua menjak ni malasnya nk updated blog..... aku sekarang lebih2 pulak dengan game2 bebudak kat facebook tu... boring sesangat-sangat. Dah tu pening giler dengan persiapan sekolah anak2. Dah tu sakit jiwa dengan macam2 hal dan permintaan anak2. semuanya nak complete... Sudahnya bajet lari lintang-pukang. Mana nak cari duit lagi.

Thursday, December 23, 2010

Thursday, December 23, 2010

Tetamu nak datang.....

Ari ni ada tetamu nak datang...... mak dengan adik aku. Bercuti kt sini beberapa hari.... dari Ipoh. Alahai ! aku ni sibuk. Camne le nak layan tetamu tu. Harap mereka memahami.... pandai2 le layan diri.
Kembang-kuncup la...la...la!

Monday, December 20, 2010

Monday, December 20, 2010

Persiapan Sekolah

Risaunya.....dalam seminggu dua ni sibuk balik ngan sekolah anak2...Persiapan x buat lagi.... tersekat-sekat je.. maklum macam2 hal. Banyak benda nak beli n bayar tu.... pening kepala sekejap. Entahlah....

Wednesday, December 15, 2010

Wednesday, December 15, 2010

Ikan Gapi

Apa yang nk dibuat semlm dah buat dah...! Ari ni nk cerita apa pulak.... tengah berfikir ni.....

Ha! dah dpt idea.....nak bela Ikan Gapi jugak.... Dulu pernah bela... seronok!!

Ikan ni x susah jaganya.... Satu hal yang bagus ikan ni beranak-pinak. Jadi kalau dah mati x payah susah2 nk beli lg... sebab ikan membiak. Tp jgn pakai filter yang besar cukup je dengan filter yg boleh  perangkap kotoran yang simple je. Nanti baru boleh ikan ni membiak. Kalau tidak benih ikan akan termasuk dalam perangkap.X payah beli akuarium besar. Beli je pasu kaca bulat yang sesuai. Beli batu2 dan pasir., filter, kapas wayar oksigen dan dll. Nantilah nk ajak hubby gi tengok kt kedai ikan hiasan.
pasu macam inilah...

Tuesday, December 14, 2010

Tuesday, December 14, 2010

Pokok Palmaku Dah Kudung ....

Baru semalam merancang nk tanam pokok bonsai..... ari ni pokok palma yang kt rumah tu kudung daunnya di kerjakan anak2... Bengang giler.... Nak tau, haram mereka nak mengaku. Si bongsu kata tak buat, kakcik pun tak ngaku..... abang ngah apatah lagi. Pendek kata mati-matian diorang tak ngaku.... pening sekejap. Nak buat camne lagi!!! Dah bagi warning..... usik lagi siap aku kerjakan..!!

Ini gambar je.  Macam nilah sebelum  kudung daunnya.
Apapun jangan patah semangat... itu azam aku... nak tanam juga pokok2 lagi. Tp belum mula lagi......! :0

Monday, December 13, 2010

Monday, December 13, 2010

Nak bela pokok bonsai.....

Sibuknya.... n banyak sungguh cabaran dan dugaan minggu ni. Bergenang air mata ini... Alhamdulillah! dpt juga ku tempuhi segalanya. Semoga minggu seterusnya akan terus berlalu dengan perkara2 yang baik2 je minggu ni.Dah macam2 hal ni.... x sempat nk berfacebook n berblog. Ari nilah baru hati ni tenang setelah  segala masalah yang timbul berlalu pergi..

Skrg ni selalu je tension n pening x pasal2. Sejak seminggu dua ni aku dah fikir nk cari satu hobi yang boleh hilang tension. Aku teringatkan hobi lama...bila tengok pokok2 kt kedai monyok je jarang bersiram... aku nk tanam pokok lah. Tp bukan pokok biasa....pokok bonsai yang di isi dlm pasu2 comel.. dulu aku dah pernah buatpun...waktu rumah lama ada belajar dengan jiran sebelah rumah. Kt sini adalah aku beli satu pokok bonsai masa mula2 duduk sini. Dek kerana sibuk x berapa terjaga. Aku nk jaga elok2 n nk tambah koleksi.

Buat bonsai ni x susah cuma memakan masa sikitlah. Pokok bonsai adalah sesuatu benda yang hidup...jd kenalah bersabar sikit nk bagi pokok tu besar... inilah yang excitingnya menanam dan memelihara pokok ni. Melihat tunas pokok tumbuh dan berkembang tu sesuatu yang sangat indah dan seni.... Lepas tu kena trim dan buang mana2 tunas dan daun yang x dikehendaki dan bubuh baja sebulan sekali... Ikat dan bentukkanya sikit biar serupa dengan pokok besar yang kt tepi jalan, tanam lumut kt bawah pokok tu lagi!... Semua tu mesti kena caranya... biar nampak antik dan cantik...

Bila ya! nk start hobi exciting ni... esoklah.!!! Nanti nk gi tengok pokok2 melati kt tepi sekolah belakang kedai. Ambil beberapa rantingnya n tanam dulu.. Dah berakar nanti boleh bentuk jadi bonsai.

Wednesday, December 8, 2010

Wednesday, December 08, 2010

Sakit Kepala....Tensionnya...

Dah tension ni...x penah2 main game bebudak...cupcake...ntah apa2 ni...Bukannya apa nk realese tension je. Boring pun ada..... Sakit kepala ni berdengung je... apa lagi nk buat ni... panadol dan segala macam ubt dah telan dah...

Monday, December 6, 2010

Monday, December 06, 2010

Hobi masa kt rumah lama.....

Dulu masa kt rumah lama aku ada hobi ni.... suka kumpul rumah English cottage yg kecik2 tu.... Dh banyak jugalah aku kumpul. Tp masa pindah... ada yang cicir dan pecah. Tinggal ajelah dua tiga biji lagi je. Skrg dah tak minat lagi sebab dah sibuk.... dulu duduk rumah je jaga anak kecil.

Friday, December 3, 2010

Friday, December 03, 2010

Dah kering Idea.....

Ntah apa2 jelah.... skrg ni sejak baik demam ni x de idea langsung nk di tulis. Otak ni macam dah blur je. Apa lagi ni yang x kena, entahlah..... :( peliknya!!!!!

Tuesday, November 30, 2010

Tuesday, November 30, 2010

Tuan Tanah.......Melayu

Aku nk jadi tuan kt tanah aku sendiri..... sudah tentu. Aku ni bukan reti pasal politik....jauh sekali nk jadi ahli politik. Tapi aku tahu..... ini  tanahairku, tanah tumpah darahku... Tanah Melayu. Sama macam kt luar negara... England, tanah org2 English...Scotland..... tanah org2 Scottish, Ireland.... tanah org2 Irish. Macam tu jugalah kt sini.... ini adalah tanah  orang2 Melayu. Mereka2 tu yg nk berebut tanah  ngan kita sebenarnya ada tanah mereka sendiri. So.......Bumi bertuah ku ini xkan ku gadaikan demi mencapai cita2 politik orang yang entah apa2 tu. Kalau diorang2  tu xnk jadi tuan... buang aje nama bergelar kt depan nama masing2... tukar je dengan pangilan si A ke, si B ke atau lain2. 

Aku xkisah siapa je yang jadi ketua pada tanahair ini.... janji ia mesti seorang Melayu Islam yang mendokong panji2 bangsa dan agama dengan penuh tangungjawab dan memiliki iltizam yang tinggi. Sesiapa saja yang tinggal di tanahair ini mestilah menghormati agama rasmi  tanahairku ini. Aku tengok skrg ni suka2 je orang dari agama lain menggunakan hadis dan alquran dalam ucapan dan percakapannya. Ini menunjukkan mereka dah x menghormati kita.... itulah kita.... terlalu memberi ruang dan luang hingga kita dah x dihormati lagi di tanahair kita sendiri. So ingatlah... jadilah bangsa dan umat Islam yang bermaruah... biar dihormati orang. kalau tidak inilah natijahnya.

Aku mengimpikan sebuah negara Islam yang mengamalkan cara hidup  Islam dan undang-undang Islam yang diguna pakai oleh seluruh rakyat tanpa prejudis dan diterima oleh semua yang menghuni tanahair ini. Setiap bangsa dan agama di tanahair ini menerima dengan hati yang terbuka... barulah best. Bukannya seperti sekarang.... iaitu cuba mengkucarkacirkan apa je yang sedia ada...  Seeloknya adalah penambahbaikan....

Zaman  dah berubah..... zaman skrg adalah zaman anak2 mmberontak, x mendengar kata ibu bapa. Begitu jugalah zaman ni orang suka memberontak dan membangkang apa aje tanpa berfikir dengan waras. Tapi kita ni kalau nk jadi pembangkang pun janganlah perkara yang betul pun nk dibangkang. Kenalah fikir dulu.....atau lu fikirlah sendiri.....!!!!

Itu ajelah..... xmau ckp lebih2 lagilah.....:P

Monday, November 29, 2010

Monday, November 29, 2010

DEMAM TERUK.......

Hampir seminggu x update blog.... kena demam teruk. Siap dengan batuk dan selsema. Aku pulak ada asthma sikit. Lagi le tambah teruk..... Hari ni pun masih x rasa okey lagi. Apa boleh buat... dah nak kena. Mintak2 esok lusa aku dah rasa betul2 sihat.... tp apapun aku kena kuat.. utk anak2, suami dan kerjaya aku ni... sebenarnya letihnya aku, sengal2 satu badan dan sakitnya kepala aku.......!Itu je..

Wednesday, November 24, 2010

Wednesday, November 24, 2010

Dorayaki

Pagi ni aku masakkan sarapan untuk anak2 kuih dorayaki...inti peanut butter dan jem anggur. Selalunya kan dorayaki berinti kacang merah tp peanut butter pun jadilah... okeylah tu. Sekolah cuti anak2 lapar je... kenalah kreatif buat breakfast. kalau beli je nanti lari budget. Tghari ni lepas masak tetiba je rasa pening yang amat sangat... telan panadol dan tidur. Ptg  ni baru rasa okey.

Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Air Terjun

Anak2 cuti sekolah ni... rasa boring pulak. Ingat nk bawa diorang gi jalan2 tapi entahlah.... sibuk sangat. Badan pun penat. Teringin rasanya pergi ke suatu tempat yang sejuk, nyaman dan menenangkan. Aku terfikirkan air terjun. Boleh ke.. takut juga bila dengar macam2 kemalangan kt tempat macam tu. Nantilah akan difikirkan kemudian, skrg ni xde masa lagi.

Monday, November 22, 2010

Monday, November 22, 2010

Lagi.... SET RESDUNG



Dari Kiri... 
  
BEDAK PERMATA PUTERI
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • Ia juga berfungsi sebagai pelembut dan pencantik kulit muka, badan dan tangan.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas tapak tangan dan sapukan ke muka, tangan dan badan selepas mandi atau apabila perlu. Amalkan pemakaian sebelum tidur untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB MATA
  • merawat mata yang gatal dan kemerahan akibat resdung.
  • juga menyejukkan mata yang letih dan kepanasan akibat penat membaca atau tak cukup tidur.
 Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas kapas dan letakkan pada pelupok mata. Ia juga boleh dititiskan kedalam mata untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB HIDUNG
  • merawat hidung yang gatal-gatal dan selsema akibat resdung atau akibat alahan makanan dan cuaca.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis pada kapas dan lekapkan pada tepi hidung yang kering selama 5-10 minit. Ia juga boleh dititiskan kedalam hidung untuk meredakan hidung yang gatal akibat resdung.

Harga : RM 10.00

VCO SOAP
  • diformulasikan daripada minyak kelapa dara.
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • membersih, melembut dan melembabkan kulit wajah.
  • kaya dengan vitamin E.
Cara guna:
Basuh dan cuci muka dengan VCO soap bersama air suam sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Boleh juga menggunakan air sejuk.

Harga : RM 9.50

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit  bayaran pengeposan.

Sunday, November 21, 2010

Sunday, November 21, 2010

Penatnya...

Minggu ni penat.... anak2 x sihat... kerja banyak. X larat rasanya. Mood pun xde... macam melayang-layang saja fikiran ni... Itulah sibuk melayan anak2 demam.... apa yg nk dibuat semuanya terkejar2 x cukup masa dan rehat...cepatlah selesai semuanya ari ni.. nk tidur je rasanyaaaaaa....

Wednesday, November 17, 2010

Wednesday, November 17, 2010

BATOOKA




  • Ubat batuk sapu yang pertama di Malaysia
  • Membantu melegakan hidung yang merengsa & gatal2 akibat resdung.
  • Membantu mencairkan kahak, melegakan batuk, selsema & pening kepala.
  • Juga boleh digunakan untuk sakit perut, urutan, bisa2 kaki, aromaterapi apabila susah tidur, mabuk perjalanan dll. 
  • Amat sesuai untuk anak2 kecil kerana tidak memedihkan apabila terkena mata.
Cara guna : Sapu dibahagian leher, belakang leher, sekitar hidung/dahi apabila batuk, selsema & pening kepala.

p/s : Dgn bau pudina. Bau yang amat menenangkan. Sebagai ganti minyak angin yang biasa digunakan.

Harga : RM 7.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594

Tuesday, November 16, 2010

Tuesday, November 16, 2010

PANTUN SOLAT...MUHASABAH INDAH AKIDAH

Ini adalah pantun kedua dari pakcik janggut...yg aku kenal di Masjid Negeri.

Buat subuh naluri tak angkuh,
kerjakan zohor hati jadi luhur,
Dirikan asar hidup tak tersasar,
Solat maghrib ajar hidup tertib,
Sembahyang isyak jadi warak;
Tunaikan solat tanpa disuruh,
Haji atau umrah buatlah teratur,
Jasad tertunduk jiwa jadi besar,
Dengan insan berkawan karib,
Dengan Allah bercinta mutlak.

Inilah hasil nukilan pakcik janggut... yg di SMSnya kat hp aku...
Hmm

Saturday, November 13, 2010

Saturday, November 13, 2010

BERAKAL BERTAQWA....

Ini tajuk pantun....ada satu orang hamba Allah tu.... tiap kali hari Jumaat lepas solat Jumaat mesti singgah kt gerai.... dia ni asyik bercakap je.. peramah... umurnya dalam 60an... lelaki... Dialah yang kasi pantun ni... Pantun Ibadah katanya...Ada lagi dua pantun yang diberi... tp kita perdengarkan yang pertama dulu...


Harta yang terbaik ialah akal,
Anugerah ini sangat berharga,
Manusia hebat kerana akalnya,
Ianya sentiasa pintar bekerja,
Manusia tanpa akal tiada gunanya,
Ada akal tuan jadi bijaksana,
Tanpa akal kita kena tipu daya,
Usaha Berjaya bila akal diguna;
Nak dunia akhirat perah akal,
Selalu digunakan akal berbisa,
Akal itu penolong yang setia,
Ada akal nafsu rela jadi hamba,
Di mana saja akal itu berguna, 
Ianya praktikaldan bijaksana,
Tuan berakaltuan manusia,
Hambakan akal mencari taqwa!


Inilah rupanya pantun tu ....pantun ke? ntah apa2 ajelah. Inilah pertama kali saya jumpa pantun yang panjang berjela... nk tahu katanya dia ni bapa saudara Fara Fauzana...yg Melodi tu!! ya kut... sebab cara bercakap tu ada gayanya... Jangan perkecilkan dia... Ada org cakap dia ni bukan calang2 orang. Dulu dia kerja eksekutif bank...jutawan tu.. Iyolah ..tp poneng kepalo den....sekojap dek pantun ni.. Apapun...hayatilah mesejnya..

Thursday, November 11, 2010

Thursday, November 11, 2010

NT RESD (PENAWAR RESDUNG ANDA)


  • MEMBANTU MENGATASI MASALAH ALAHAN (SINUS).
  • MEMBANTU MENGATASI BATUK, SELSEMA, LELAH, ASMA, SAKIT GIGI DAN GUSI SERTA ULSER.
  • MEMBANTU MENYEGARKAN NAFAS DAN MULUT BERBAU.
  • JUGA MEMBANTU MENINGKATKAN TENAGA DAN DAYA TAHAN BADAN.
Ramuan NT RESD:
Madu, Habbatus Sauda,Cengkih, Kulit Kayu Manis,
Kolegen, Mengkunyit, Adas Pedas Dan Cuka Epal.

Testimoni :
En.Omar dari kangar perlis...0134252988, telah menggunakan NTRESD 2 minggu yang lalu, permulaan penggunaan hingus cair keluar tanpa henti, disusuli hingus pekat dan yang terakhir hingus yang bercampur darah, setelah seminggu Alhamdulillah masalah resdung beliau hilang, tiada lg bersin dan gatal2, ...sekarang beliau telah menjadi pengedar NTRESD di Perlis.

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganNya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit bayaran pengeposan.

Harga : RM 25.00 sahaja


Thursday, November 11, 2010

Bangkit Dari Kegagalan.....

Kita mempunyai 1001 alasan untuk gagal tetapi kita hanya perlu satu sebab sahaja untuk berjaya. Jika kita inginkan perubahan jadilah perubahan itu. Tiada manusia yang dilahirkan di dunia ini untuk gagal dalam kehidupan melainkan orang itu sendiri yang memilih untuk gagal. Kegagalan yang sebenar adalah kegagalan untuk mencuba dan takut untuk merebut peluang yang lalu di depan mata.

Aku x mahu gagal lagi.... perit dan pahit untuk ditelan. Dah ada peluang ni aku nk usaha sungguh-sungguh... Biarlah bersusah payah dahulu.... mana tahu boleh bersenang di kemudian hari... kalupun bukan untuk aku...dah tentu untuk anak2  aku... Semoga usahaku ni diberkati Allah hendaknya... Amin...
yes

Wednesday, November 10, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Pasar Malam Depan Rumah

Kalau dah pasar malam tu depan rumah... bauannya memang dapatlah.... jadi anak2 jangan haraplah nk makan malam kt rumah. Semuanya minta duit nk beli satay, ayam goreng, dan serba anika barang jualan pasar malam. Siapkan ajelah duitnya. Ari ni aku beli apam balik ngan kacang kuda rebus je.. anak2 aku tengok beli spring potato, char kuay teow, taufu fah dan macam2 lagi..

Tuesday, November 9, 2010

Tuesday, November 09, 2010

Air, Oh Air....

Pagi ni xde air.... aku ingat paip pecah lagi ke kat tepi jalan macam minggu lepas...atau syabas repair paip ke... rupa-rupanye air kena potong.....  Aku x sangka perkara ni boleh berlaku... sebab meter kat rumah x nampak berkunci atau pakai topi... rupanye dia memang dah kunci dari dalam...meter plastik memang gitu.. kata diorang  yg aku tanya... yalah aku xsedar bila masa org Syabas buat keje tu... Hubby aku kata  dah bayar bil awal bulan lepas.... rupanye dia bayar bil terdahulu je... ada dua bulan tertunggak lagi... padan muka aku.. seksa... Hubby dah pegi byr tapi petang nantilah dalam pukul 6.00 ptg baru dpt air balik... Dalam masa tu pandai2 lah kalau nk membuang apa ke... atau nk cuci apa2 ke... tahan ajelah!!!
Crazy 1

Monday, November 8, 2010

Monday, November 08, 2010

Penatnya tak terkira.....

Dah hari Isnin dah.... Selama 3 hari ni... aku pulun habis buat macam2 barang jualan... walaupun hari Ahad burger & dadih tak habis terjual.... dah lebih dari balik modal dah, tambah dengan yang sebelum tu.. kira dah okeylah. Penat dan letih jangan kiralah... mengantuk x cukup tidur lagi... mana tidaknya, dalam 3 hari tu tidur 3-4 jam je. Itulah namanya mencari rezeki. Kena buat betul2, barulah dapat hasilnya.

Friday, November 5, 2010

Friday, November 05, 2010
Inilah geraiku..... Hari ini... hari Jumaat, seperti hari Jumaat sebelumnya... aku berniaga di sini. Bangun pagi pukul 5 pagi, siapkan barang jualan.... buat burger dan hotdog.. dadih telah kusiapkan semalamnya siap sedia di peti ais. Selain jualan keropok, roti piza, kaya, kelapa, kacang, gula2 bermacam2 jenis air seperti biasanya produk aku yang tak pernah ketinggalan iaitu NTRESD, BATOOKA dan produk resdung lainnya serta jenis2 Madu..... madu minda, madu halia, madu arab, madu tualang tiga, air zafaran dll. Habis niaga biasanya lepas solat Isya'...dalam lebih kurang pukul 9.00 malam. Esok dan esoknya hari Sabtu dan Ahad aku berniaga lagi disini...Hari Ahad malam kemas gerai... untuk simpan semua barang2... Begitulah seterusnya.. ! Sesiapa yang datang Ke Shah Alam, boleh le singgah ke Masjid Negeri,Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ... Masjid Biru yang cantik....

Thursday, November 4, 2010

Thursday, November 04, 2010

Kemas2 gerai.....

Baru balik dari menyusun barang2 dan kemas2 gerai untuk jualan pagi esok..... aku berniaga di masjid negeri Shah Alam hanya 3 hari seminggu.. iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tiap2 minggu... itulah peraturan niaga di masjid negeri... Khamis malam aku n hubby dan anak2 akan buka stor dan punggah barang2 .... pada Ahad malam punggah balik dan simpan... itulah kerja aku setiap minggu. Penat memang penat tp nak tambah pendapatan punya pasal.... semuanya aku lakukan. Inilah cabarannya...

Wednesday, November 3, 2010

Wednesday, November 03, 2010

Keluh Hidupku....

Hidup mana yang x ditimpa masalah.... kalau hidup tu statik je... xdelah cabaran... bagi aku setiap kali aku ditimpa masalah atau disentap jiwa raga... aku kuatkan semangantku, tawwakal dan pastikan aku x cepat mengalah dan tewas dengan semua tu. Akan ku tempuh segalanya... aku nak jadi insan yang amat penyabar dan tegar menghadapi setiap ujian mu ya Allah.... itu tekadku... azamku... Sekiranya aku khilaf Kau berikanlah petunjuk agar aku x silap membuat perhitungan.....  Ku memohon padamu agar meletakkan tahap kesabaranku ke tahap yang jitu..dan kukuh di hatiku ini.. Aku pasrah dengan segala yang kau takdirkan untukku.. Sesungguhnya segala yang baik itu datang darimu... dan perkara yang buruk itu hadir disebabkan kelalaianku dari mengingatimu, YA..ALLAH.. Amin Ya Rabbil A' Lamin.

Tuesday, November 2, 2010

Tuesday, November 02, 2010

Rendang Ayam Sekuali

Ari ni buat rendang ayam lagi...... ada orang tempah. janji dapat duit... 


Disini aku nk perturunkanlah resepi ayam pencen ni pada pembaca2 blog aku.... aku ni x kedekut . Semua boleh kongsi... Sapa2 yang teringin buat boleh ikut.... Sapa2 yang malas boleh order... tp kt Shah Alam je... xleh nk pos... nanti basi. Seekor ayam RM 30.00


RENDANG AYAM PENCEN

Bahan -Bahan:
1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus)
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
semangkuk air


Bahan Kisar:
8 labu bawang merah
6 ulas bawang putih
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
2 biji buah keras
secubit jintan manis & jintan putih


Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.
Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.

Itu ajelah..... SELAMAT MENCUBA!!

Monday, November 1, 2010

Monday, November 01, 2010

Finally....... anak2 guna Score A

Selalunya promote tentang score A tapi sebenarnya anak2 x guna lagi pun. Hari in baru le start guna.... Harap ia dapat meningkatkan tahap pembelajaran anak2.... Puas jugalah nk memahamkannya...... masuk sana-sini. At last biarlah anak yang dengar... mereka yang nk pakai kan! Cuti panjang ni biar di isi dengan pelajaran je. X de chance le diaorang nk main2 lebih.

Saturday, October 30, 2010

Saturday, October 30, 2010

Selesaikan Masalah Muka dengan Produk murah...

Rasanya kaum wanita zaman skrg ni mesti pakai pencuci dan krim muka. Dah xde macam mak2 kita dulu yang cuma guna sabun biasa (guna sabun badan sekali) dan lepas tu pakai bedak sejuk je.Kalau xpun pakai guna yg berjenama yang biasa2 tu pun jadi...


Aku ni sejak zaman remaja memang dah guna macam2 produk dan jenis pencuci dan krim muka ni. Masa tu belajar lagi guna je yg murah dan senang dpt...yg lovely2 tu. Bila dah kerja guna yang branded sikit... muka macam tu juga... xde apa2 perbezaan... bila bulan naik tumbuh juga jerawat batu. Bila berkahwin suami ejen jualan langsung.... ada satu produk  dia tu aku pun guna... mahal jangan cakaplah tapi dek suami yg sponsor pakai ajelah... ingatkan muka makin tambah mulus, xde apappun... dahle macam2 pulak tu.. ada mask,scrub, toner dan krim mukanya... Kira adalah dalam 4-5 tahun aku pakai. Lepas tu  aku naik fed-up dan ekonomi suami aku melecet dah... aku balik lah pakai yg lovely2 tu... dan kadang2 pakai produk guna nama pompuan tu... 


Sesuai dengan peningkatan usia, mukapun dah ada pigmentasi sikit. Aku pula jenis alegik ngan seafood...tapi pantang jumpa... makan aje.. mukapun gatal2...bila garu, timbul merah2. Tahun lepas dulu balik kg jumpa adik...tengok muka aku yang agak teruk ni... diapun bagi le satu set produk muka. Produknye guna nama pompuan juge.. Katanya bagus.... aku tengok mukanya licin macam telur dikupas... teringin le jadi macam dia.. Beria-ialah aku menggunakannya, anak2 dan suami gelakkan aku le... Sehari demi sehari dah masuk bulan dan tahun..... muka aku x juga elok macam muka adik ku tu..... Makin tambah teruk ade le... Baru 2 guna tu aku ingat kesan waktu mula je..tp dah cukup lama dah...muka kut makin tambah gatal2, kering dan terkopek2 ... merah2 pulak tu.. Ada le aku beli 2-3 pencuci dan krim muka  lain lepas tu (yg ada iklan artis terkenal kat tv tu). x berkesan pun... macam gitu le jugak. Sampai satu tahap aku dah x pakai lagi krim muka lagi... sapu ubat gatal2 kulit  kat muka... Aku tanya pharmacist, dia kata krim gatal2 tu akan rosakakn kulit muka sebab kulit muka nipis. Tension bebenor le aku... 


Satu hari tu gi shopping brg2 dapur kt mydin... jumpa produk pencuci dan krim muka yang murah giler. Sesaja aku beli, kalau x berkesan pun xpe... murah! Sehari dua aku pakai... aku dapat rasa muka aku dah lembap dan x kasar berbintik2 lagi.. Semingu lepas tu.... muka aku dah makin cerah dan pigmentasi dha pudar..tompok2 jeragat nampak bebayang je... Dah sebulan... muka akupun dah x gatal2 lagi... Masa bulan naik ari tupun  jerawat batu x muncul. Wah! boleh tahan juga produk ni... Kira settle le aku punye masalah .Produk ni namanya x glamour langsung... TEMULAWAK. Tp produk ni.... macam2 ada atas jenamanya.. lipstick, compact powder, set makeup, dll. Tp aku ni ....masih berangan nk pakai satu jenis produk tu... kawan aku kata produk ni bagus sangat... tp mahalnye jangan cakaple... nanti le bila dah betul2 senang.... 


Apapun.... bukan semua produk yang murah tu x bagus... kan! Cuma kenalah cari yang sesuai dengan diri...

Thursday, October 28, 2010

Thursday, October 28, 2010

Edar Flyers Score A.... & Masak Rendang Ayam Pencen

Rendang ayam pencen seekor
Ari ni pagi2 masak dadih untuk jualan esok.... lepas tu masak rendang ayam pencen yang di tempah orang .... Masa ambil anak dari tadika pukul 12 tghari dan hantar anak sekolah rendah pukul 1 tghari sempat lagi edar flyers score A kat member2 yang sama2 hantar & ambil anak sekolah. Itulah aku.... kalaupun x jadi super woman...aku ni supermummy yang sibuk dari pagi hingga ke malam... masih sempat berblog lagi tu... Rendang ayam pencen tu aku masak lebih sikit untuk juadah tghari ni... 2 dalam 1 lah ni... Orang ni tempah x banyak manapun 1 ekor ayam je... RM 30. Sikit2 pun duit jugak. Janji masyuk...bolehlah kalau ada yang nk tempah... aku buat catering kecil-kecilan.

Wednesday, October 27, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Print dan photostat flyers SCORE A...


Xde halangan apapun yang boleh buat aku menyerah  kalah kini.... hari ni ada le ckp2 ngan member2 di sekolah anak... ada yang nk dengar tp banyak juga yang x peduli.... sabar jelah. Esok aku nak cuba dan cari lagi. Lebih mudah dengan edar flyers ni. TERUSKAN.... JANGAN SESEKALI PUTUS ASA DAN PUTUS HARAPAN..... SEMOGA BERJAYA :p

Tuesday, October 26, 2010

Tuesday, October 26, 2010

Aku Nak Berjaya...Dalam Hidup

Baru balik dari preview score A di Bandar Tasik Selatan. Bersemangat rasanye untuk terus memperjuangkan diri dalam score A ini agar aku berjaya merubah corak hidup........... x tertanggung rasanye hidup dibelenggu masalah dan hutang. Biar sesusah manapun aku nk teruskan juga. Aku dh masuk dan jual macam2 produk jualan langsung sebelum ni tp entah kemana le produk tu, asyik nk maintain je, pening..!... Aku pasti program inilah yang paling mudah untuk tarik perhatian. Ini program pendidikan..... salah satu sebab aku tertarik kerana anak2 nk belajar. Dulu aku buat cara manual ajar anak2 (x boleh harap sekolah je) terbukti anak2 aku berjaya dapat 5A dan 4A dalam UPSR...Itu tahun2 lepas masa aku ada masa nk ajar (surirumah sepenuh masa). Sekarang ni aku seorang peniaga.... ada kedai & gerai. Suami pula kerja. Jadi inilah jalan penyelesaiannya.....TUISYEN ONLINE. Boleh pantau anak2 walau sesibuk manapun kerana ada report melalui SMS. Aku memang x percaya kalau ank2 ambil kelas tuisyen walaupun tempatnye x jauh dari rumah. Bukannye ape.... takut melencong ke tempat lain. Bebudak le katakan..... Dengan kata lain orang x tolak kalau pasal pendidikan ni..... siapa xnak anak pandai... Esok  dan esok  lagi kalau jumpa org dan kawan2 yang aku kenal, x lain mesti cerita yg x  tinggal adalah pasal score A... AKU NAK JADI ORANG YANG BERJAYA DAN NAK ANAK2 BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN.......itu impian yang nyata skrg..... insyaallah!!!

Monday, October 25, 2010

Monday, October 25, 2010

Harap Terus Sukses ....

Hari ini dah beberapa org saya jumpa dan ceritakan pasal score A...... Nk promote habis-habisan ni. Walau sesusah manapun akan di cuba juga untuk mencari orang join score A. Baru le sukses.... Pun hari ni ada orang buat rawatan.... tp org lelaki. Panggil perawat lelaki le...

Sunday, October 24, 2010

Sunday, October 24, 2010

CERITA SCORE A SEMALAM

Program Score A semalam walaupun  kehadiran x spt yang diharapkan tapi agak memberangsangkan jugalah..... Jadilah.... bukannya senang nak pelawa orang jadi senang.... kita pun belum senang lagi, jadi macamana nk tunjuk kat orang keberkesanan program tu..sabarlah, kan kita baru join.!!! itu semua adalah cabaran dalam hidup. Ambil iktbar pasal hal ini...Apapun aku akan terus mengorak langkah kedepan. Insya'allah!!

Friday, October 22, 2010

Friday, October 22, 2010

PROGRAM SCORE A DI MASJID NEGERI ESOK

     Esok kami nk kumpul ramai orang dengar cerita pasal score A ..... buat di  bilik seminar Masjid Negeri. Waktunya ada 2 sesi. Sessi pertama  pukul 3 petang dan  sessi  Kedua pukul 5 petang. Dah ajak ramai tu...biar ramai-ramai. Sesiapa yang tinggal di Shah  Alam dan kawasan sekitarnya boleh datang....... dengar dan join lepas tu.
     Program yang teramat bagus untuk anak menjadi pandai dengan tuisyen online nya dan program yang teramat bagus untuk ibubapa menambah pendapatan. Sambil  menjadikan anak bijak dan pandai kita pula boleh buat duit..... Ada ke orang yang tak nak anaknya pandai, sudah tentu tak ada kan....!!! Dan lagi program in akan  berterusan....selagi ada orang kahwin dan dapat anak, selagi itulah program ini berjalan. Jangan tunggu lagi... rebutlah peluang selagi boleh....anda adalah apa yang anda lakukan...buatlah pilihan yang tepat.
     Sesiapa yang datang ke Masjid Negeri nanti boleh jumpa Noor di Gerai Makanan & Minuman Ringan (berdepan dengan Gerai Cermin Mata) atau talipon no : 0172387594
Friday, October 22, 2010

Layan blog smbil berniaga.....

Skrg ni... di waktu ini saya berada di Masjid Negeri Shah Alam......sambil berniaga dan tunggu org yang lalu-lalang tu singgah membeli.... saya layanlah blog ni buat menghilangkan boring tu. Alkisahnye dulu gerai ni hanya jual brg2 makanan je... sejak sendiri jaga... letak sekalilah brg2 rawatan resdung tu. Sambutan tu bolehlah tahan. Apapun kenalah berusaha... tak gitu!!!! :P

Thursday, October 21, 2010

Thursday, October 21, 2010

Beli & survey brg2 utk gerai ..... niaga sok.

Sibuknye, urus macam2 dan membeli-belah nk siapkan barang2 esok. Nk kena buat makanan sikit, hotdog, burger dadih & piza. Beli kertas, mayonis, sos cili, sos lada hitam., kobis roti, sosej daging burger dan macam2 lagilah........!! Bajet pun nk dikira jugak..

Wednesday, October 20, 2010

Wednesday, October 20, 2010

SCORE A

Baru balik dari dengar cerita pasal score A di Bandar Tasik Selatan. Excited memang excited bila dengar tang dapat duit, duit dan duit tu.........Tp bagi yg x berduit nk masuk macam aku ni.......xtaulah nk cari duit kt mana. Dapat duit nk masuk bagi anak belajar online tu pun dah cukup baik.....!! Ni ada pula yang program usahawan enterpreneur la pulak...... mana nk korek duit banyak2..... memang le pulangannya banyak.... nk mula tu yang payah sikit. At last nnti le difikirkan kemudian...!!!!! Apapun dah dapat cari downline dah!!!!  GO SCORE GOOOOOO!!!!!




Monday, October 18, 2010

Monday, October 18, 2010

URUS GERAI SENDIRIAN

Gerai kt masjid xde orang jagakan..... yang biasa urus gerai tu ada hal lain. Kenalah uruskan gerai tu sendirian. Sibuk memang sibuk serta penat sangaat.....tp puashati sebab income solid masuk akaun sendiri.... Boleh tahan jugak jualan kat gerai runcit tu. Dah macam tu, ambil sikit ruang di depan tu jual brg2 rawatan resdung... oklah pulak ...boleh pulak jalan jualan produk2 tu. Apapun kenalah berdikari dan sahut cabaran untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Tak gitu!!! Nanti kita dengan keluarga kita jugak yang senang.....kan, kan!

Friday, October 15, 2010

Friday, October 15, 2010

LOSYEN JUZ MINT

  • membantu memecahkan lemak dalam badan.
  • sebagai urutan untuk sakit-sakit otot dan sendi.
  • mengurangkan selulit
  • melegakan sakit perut akibat senggugut
  • sesuai untuk wanita lepas bersalin
  • melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Harga : RM 25.00

Pertanyaan dan pembelian : Hubungi Noor di 0172387594

Wednesday, October 13, 2010

Wednesday, October 13, 2010

Tips berjimat.....cermat

 Bila pergi kedai beli barang2, pastikan hanya barang2 yang diperlukan saja yang dibeli. Jika perlu ambil masa 10 saat memikirkan perlu atau tidak barang itu dibeli ... jika tidak, letak balik. Kalau boleh jangan bawa anak2 sewaktu berbelanja. Jika tidak, beli dulu satu saja  kemahuannya supaya tidak menggangu membeli brg.

Jangan  membawa anak2 beriadah ke kompleks membeli-belah. Ini akan membuat kita terikut-ikut dengan kehendak anak untuk membeli brg2 yang tidak perlu. Bawalah anak ke taman permainan atau taman bunga. Bawa bekal sekali. Ini untuk mengelakkan dari membeli makanan atau minuman yang di jual yang tentunya mahal.

Berbelanjalah  mengikut kemampuan, jadilah pengguna yang bijak.
Wednesday, October 13, 2010

MADU HALIA

  • membantu menyingkirkan toksin, bahan kimia, dan kolesterol
  • membantu memecahkan lemak dalam badan
  • membantu menghadamkan makanan
  • membuang angin yang terdapat dalam usus besar dan usus kecil
  • melawaskan pembuangan air besar (sembelit)
  • membantu merawat penyakit dalam perut
  • baik untuk masalah sendi dan sengal2 badan
Harga : RM 32.00

Untuk pertanyaan dan pembelian hubungi NOOR di 0172377594

Tuesday, October 12, 2010

Tuesday, October 12, 2010

MADU ARAB

  • Campuran madu dan habbatussauda.
  • mengatasi masalah penafasan spt asma,  paru2 berair, batuk berpanjangan dan perokok.
  • membantu mengatasi masalah penghadaman dan sexsual.
  • menguatkan antibodi dan imunisasi dalam badan.
  • membantu memulih dan membekalkan tenaga segera.
  • sesuai untuk membuang angin dalam badan.
  • mengalakkan pengeluaran susu untuk ibu2 yang menyusukan anak.
Harga : RM 45.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594
Tuesday, October 12, 2010

x sihat ari ni..

Badan rasa x sihat...... selsema teruk siap ngan bersin2 sekali. Cuaca pulak panas beberapa hari ni. Dah lama x hujan. Jadi angin rasa kering dan panas. Tu yang buat diri rasa pening2 dan xde mood je. Rasa nk tidur tp xleh tidur, kerja banyak!

Monday, October 11, 2010

Monday, October 11, 2010

MADU MINDA

  • Gabungan 5 makanan sunnah yang termaktub dalam Al Quran dan hadis.
  • mencerdaskan minda dengan membekalkan oksigen yang cukup untuk otak.
  • membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan.
  • mengelakkan dari penyakit nyanyuk dan pelupa.
  • mengatasi masalah hiperaktif dan masalah bertutur.
  • mewujudkan ketenangan fikiran dan mengatasi masalah stress.
  •  menguatkan antibodi dalam badan.
p/s: Amat sesuai untuk anak2 yang akan menghadapi peperiksaan dan untuk ibu2 yang mengandung.

Harga : RM 45.00 

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit  bayaran pengeposan.

Sunday, October 10, 2010

Sunday, October 10, 2010

AIR ZA'FARAN

  • Za'faran dicampur dengan air zam-zam dan air mawar.
  • Khasiat dari janin hingga ke liang lahat.
  • Rawatan untuk mental, fizikal & spritual.
  • Baik untuk Al-hafiz dan Hafizah.
  • Mencerdaskan minda, ingatan dan hafalan.
  • Sebagai penyucian rohani dan penerang hati.
  • Mengatasi masalah anak2 degil dan nakal. 
Cara guna : Diminum,disapu, direnjis, disiram & dijaram. Tiada had sukatan dan boleh diguna mengikut keperluan. Wanita hamil memadai 2-4 sudu sehari.


Harga : RM 12.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594
Sunday, October 10, 2010

Lagi....SET RESDUNG

Dari Kiri... 
  
BEDAK PERMATA PUTERI
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • Ia juga berfungsi sebagai pelembut dan pencantik kulit muka, badan dan tangan.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas tapak tangan dan sapukan ke muka, tangan dan badan selepas mandi atau apabila perlu. Amalkan pemakaian sebelum tidur untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB MATA
  • merawat mata yang gatal dan kemerahan akibat resdung.
  • juga menyejukkan mata yang letih dan kepanasan akibat penat membaca atau tak cukup tidur.
 Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas kapas dan letakkan pada pelupok mata. Ia juga boleh dititiskan kedalam mata untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB HIDUNG
  • merawat hidung yang gatal-gatal dan selsema akibat resdung atau akibat alahan makanan dan cuaca.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis pada kapas dan lekapkan pada tepi hidung yang kering selama 5-10 minit. Ia juga boleh dititiskan kedalam hidung untuk meredakan hidung yang gatal akibat resdung.

Harga : RM 10.00

VCO SOAP
  • diformulasikan daripada minyak kelapa dara.
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • membersih, melembut dan melembabkan kulit wajah.
  • kaya dengan vitamin E.
Cara guna:
Basuh dan cuci muka dengan VCO soap bersama air suam sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Boleh juga menggunakan air sejuk.

Harga : RM 9.50

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit  bayaran pengeposan.

Saturday, October 9, 2010

Saturday, October 09, 2010

BATOOKA





  • Ubat batuk sapu yang pertama di Malaysia
  • Membantu melegakan hidung yang merengsa & gatal2 akibat resdung.
  • Membantu mencairkan kahak, melegakan batuk, selsema & pening kepala.
  • Juga boleh digunakan untuk sakit perut, urutan, bisa2 kaki, aromaterapi apabila susah tidur, mabuk perjalanan dll. 
  • Amat sesuai untuk anak2 kecil kerana tidak memedihkan apabila terkena mata.
Cara guna : Sapu dibahagian leher, belakang leher, sekitar hidung/dahi apabila batuk, selsema & pening kepala.

p/s : Dgn bau pudina. Bau yang amat menenangkan. Sebagai ganti minyak angin yang biasa digunakan.

Harga : RM 7.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...