Breaking

Monday, November 25, 2019

Monday, November 25, 2019

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!

Ikan tongkol ini di kampung aku di panggil ikan kayu. Tak taulah kenapa di panggil begitu. Mungkin nampak keras macam kayu agaknya. Ikan tongkol masak kari lah lauk kesukaan aku dan seisi keluarga. Bila di buat masak ikan tongkol masak kari ini, siap sedialah masak nasi lebih dari biasa.... heh!

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!
Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!

Ikan tongkol ni yang paling aku suka pada daging ikan yang berwarna hitam tu. Goreng macam tu saja pun boleh jadi sedap. Apatah lagi bila dah di buat masak kari. Gulai kari aku ni adalah gulai kari yang paling mudah aku rasa. Memang lain dari gulai kari mamak yang jual di kedai tu.


Banyak yang aku jumpa di kedai, rasa kari dia lain macam dari kari yang aku buat. Anak-anak kata kari ikan tongkol yang aku masak juga yang sedap. Entahlah, aku buat macam biasa je caranya. Ikut resepi turun temurun mak aku je.Tak terlebih dan terkurang cuma ada yang aku ubah cara sebab nak ringkaskan cara memasak je... hehe!

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!


Bahan-bahan:

Seekor ikan tongkol sederhana
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
7 biji bendi
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)

Cara-cara:

Ikan tongkol di potong-potong ikut suka nak berapa potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. 

Masukkan cili giling dan tumiskan  sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada.

Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.

Masukkan bendi yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga bendi menunjukkan tanda bertukar warna. Masukkan pula ikan tongkol.

Tunggu sehingga mendidih dan mata ikan nampak keputihan. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula.  

Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap di buat lauk tengahari dan makan malam. Boleh juga makan dengan roti.

Inilah resepi mudah aku. Kalau ikut macam mak aku buat, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masuk sahaja.Lebih menyenangkan dan lebih mudah . Itu jelah bezanya.

Nak tengok resepi lain di blog ni... klik SINI

p/s: Inilah resepi mudah aku yang membangkitkan selera... resepi campak-campak jer... hihi!

Tuesday, November 12, 2019

Tuesday, November 12, 2019

Sayur Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api , Masakan Kampung Yang Sedap

Sayur kulat sisir @ cendawan kukur ini biasanya di temui di atas batang pokok getah yang hampir reput d kawasan kebun getah. Bagi penggemar lauk pauk kampung dan masakan kampung, sudah pasti amat mengenali sayur kulat sisir @ cendawan kukur ini. Oleh kerana agak sukar di temui, harganya melambung tinggi sekarang iaitu dengar khabarnya RM60 sekilogram. Ini menjadikan ia masakan kampung yang sangat ekslusif jugalah sekarang ini....haihh!

Sayur Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api , Masakan Kampung Yang Sedap
Sayur Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api , Masakan Kampung Yang Sedap

Masakan ini aku buat beberapa hari lepas, selepas en. suami membelinya di pasar malam. Di belinya dengan harga RM9. Adalah dalam 1.5 gram saja beratnya iaitu dalam 2 genggam sahaja lebih kurang. Mahalnya harga kulat sisir ini di bandingkan dengan dulu-dulu. Oleh kerana nak bagi nampak banyak di dalam periuk bila di masak, aku masak bersama setengah ikat pucuk paku.

Kulat sisir ini biasa tumbuh dalam cuaca panas hujan yang tak menentu seperti sekarang ini. Dulu-dulu masa aku kecil, kulat ini tiada harga di pasaran. Hanya menjadi makanan orang kampung. Bila dah banyak di kutip, biasanya orang kampung orang akan jemur sampai kering dan simpan dalam botol kedap udara. Bila nak masak, rendam sebentar baru di masak. Sekarang tak sempat nak buat simpan-simpan dah. Kalau dapat banyak baik jual, berbaloi-baloi ... ya tak?




Selain masak lemak cili api, kulat sisir ini juga sedap di buat rendang yang macam masak rendang ayam tu. Sedap hingga  menjilat jari. Kalah rasa ayam kepci tu tau. Harga pun dah lebih kurang sama je... kan! Cara memasak lemak aku ni sama je dengan masak lemak cili api yang bisa. Cuma cara aku, nak bagi kulat tu lebih bergaul sebati dan aroma dan rasanya lebih sedap, sebelum memasak tu aku tumbuk separa lumat kulat sisir tu. Lain orang lain caranya... yer!

Sayur Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api , Masakan Kampung Yang Sedap


Bahan-bahan :

2 genggam lebih kurang kulat sisir
1/2 ikat pucuk paku
Segenggam ikan bilis
17 biji cili api
1cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 batang serai 
2 cawan santan pekat.
Secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

Kulat sisir dibersihkan dari kulit kayu, dan pasir dengan caram merendam dalam besen dan angkat kulat yang timbul. Buat beberapa kali hingga betul-betul bersih. Pucuk paku di patah-patahkan dengan tangan dan ambil batang dan daun yang lembut sahaja. Basuh hingga bersih.

Selepas tu tumbuk cili api, kunyit hidup dan bawang merah bersama sehingga lumat. Titik serai hingga pecah-peach di hujungnya. Jika mau, tumbuk separa lumat kulat sisir itu. Tak nak buat pun tak apa. Lepas tu masukkan bahan yang di tumbuk, ikan bilis, pucuk paku dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan. Bila dah mendidih, masukkan kulat sisir tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat. Sedap sangat di jadikan juadah tengahari. 

Selain dari sayur pucuk paku, banyak jenis sayur boleh di campur bersama kulat sisir ini. Antaranya seperti pegaga, pucuk ubi, terung pipit, terung telunjuk, petai dan banyak lagi yang sesuai. Ikut citarasa dan kemahuan tekak sendiri sebenarnya. Kulat sisir ini pasti sedap dan menggiurkan rasanya. Boleh tambah nasi berpinggan-pinggan.... hehe!

Banyak resepi masakan dah kongsi di blog ni... klik SINI

p/s: Nak yang kurang pedas, kurangkan cili yer! Tapi lebih pedas, lebih terasa sedap dan menyengat di jiwa... gitu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...