Breaking

Wednesday, June 12, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Potato Wedges

Skrg ni kehadiran aku berblog ni mcm biskut... kejap ada, kejap xde...! Apa nk buat ... bila ada masa line atau wifi aku ni buat hal. Selalunye aku pun memang busy manjang  jerr.! Semenjak guna wifi ni line teramat slow sebab ramai kt dlm rumah share wifi sekali....  time lembap tu rasa nk je kucampak wifi tu ke longkang..... hehe..sib baik sabo!

Resepi yg nk aku share ni, mudah jer.... boleh dibuat ngan berbagi cara dan amat sesuai tuk minum petang... anak2 suka sangat!!! Resepi ni aku main redah jer sebenarnyer.... nk cepat!!!


Bahan2 : 

1/2 kg kentang (dlm 6-7 biji kentang sedang)
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara-cara : 

Kentang di buang kulit dan di potong baji. Rebus kentang separuh masak. Toskan kentang dan gaulkan dengan tepung gandum yg telah dicampurkanserbuk  lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan goreng dengan minyak panas sehingga keperangan. Dah masak, sedia dihidangkan. Cicah dengan mayonis.... sedapppp!!!


p/s : Juadah minum petang hari minggu yang lepas.... cuti!

Saturday, June 1, 2013

Saturday, June 01, 2013

Hawaiian Chicken Pizza

Pizza lagi.... untuk anak2 yang teringin nk makan. Mummynya pun suka gak. Bila memasak ni, saya suka cara mudah dan murah. Xdelah pening2 kepala nk cari bahan2 yg biasanya kt kedai biasa atau supermarket mydin x jual. 

Pizza ni aku masak dlm loyang biasa yg aku selalu buat kek je... xde dulang pizza....jadi gak! Cheese xde mozarella bagai tu... jumpa cheese yg keping2 je... yg lain tu mcm capsicum pakai cili merah je dan  Asal jadi.... kita yg buat dia kan!!!

Sebelum ni aku dah pernah buat pizza sekali iaitu pizza sardin.... nk tengok klik sini. Ada ckit kelainan yg aku buat kali ni.... !

Sedapnyerr.......!!! kata anak2.... nasib baik kali ni buat dua loyang... klau tidak akupun x merasa. Laju anak2 makan.


Bahan2 : 

Doh
250 gm tepung gandum
140ml air suam~jika suka boleh ganti/campur dgn susu cair/segar
1 paket mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
Sedikit oregano

Cara :
Bancuh yis dan gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Lepas tu masukkan semua bahan dalam bekas...Gaul guna mixer. Bila bahan doh bergaul, uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit. Kalau doh melekat... taruh tepung cukup2 bagi ia tak melekit.

Keluarkan dan uli seketika. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit. Apabila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin. 

Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Cucuk2kan permukaan doh dengan garpu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung.. Bakar sekejap doh pizza selama lebih kurang 10-15 minit,  Biarkan sejuk dulu, baru taruh topping. 


Topping
2 keping dada ayam tanpa tulang
2 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 biji nenas masak
6 keping keju kraft
sedikit Oregano

Cara :

Potong bawang besar dan cili merah dan cincang halus bawang putih . Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang cili merah sampai layu kemudian masukkan semua dada ayam dengan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa. Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan. Nenas di potong dadu kecil2.


Sapu doh dengan sos cili, taburkan isi ayam tumis. Selepas tu tabur nenas. Akhir sekali tabur cheese yg telah di hiris kecil serta oregano.

Bakar pizza yang telah siap di topping selama 35 minit atau sehingga masak  lagi dengan suhu 180C.


p/s : Apa lagi, dah masak ngap jelah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...