Breaking

Wednesday, October 26, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Dorayaki

Akupun konpius ni...... ini dorayaki atau lempeng!!!!!

Tu la..... sarapan pagi cuti Deepavali  ari ni adalah dorayaki. Anak aku ckp "mummy masak lempeng yer!"

Aku beritahulah, aku masak dorayaki kt dia..... "macam lempeng je". Apa aku nk ckp lagi...... "kt Jepun org panggil lempeng tu dorayaki gamaknya"....... ha..ha...ha....

X kesahlah..... memang rasanya dan rupanya mcm lempeng pun, rasa apam balik pun ada.... bolehlah... aku dah banyak kali buat ni... tp dah lama aku x buat.

So, kita layan ajelah resepi dorayaki ni!!! Aku dah x ingat kt mana aku cedok resepi ni.... tp kt internetlah jugak. Waktu tu aku baru2 nk bejinak2 dgn blog dlm 1 - 2 tahun dulu... aku dah lupa. Jd pada sesiapa yg punya resepi  aku mohon maaflah x dpt letak link dia kt sini.



'Dorayaki'

Bahan2 :

1 cawan tepung gandum
3 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu makan soda bikarbonat
3 sudu makan susu pekat
1 cawan air
Minyak masak utk melenser.

Cara2 :

Pukul telur hingga kembang. Ambil 3 sudu makan air dan campurkan dengan soda bikarbonat. Kacau sampai larut. Masukkan kedalam adunan telur. Kacau sebati.

Ayak tepung dan masukkan kedlm adunan telur. Gaul merata sampai sebati. Bancuh susu pekat dengan secawan air dan masukkan kedlm adunan. Kacau lagi hingga betul2 sebati.

Panaskan kuali pan dan lenser dengan minyak. Letakkan sesudu adunan dlm pan dan buat macam penkek. Masak sehingga buih2 udara dan tunggu buih2 itu pecah baru diterbalikkan. 

Masak hingga kedua2 belah berwarna kecoklatan. Bolehlah diangkat.



P/s : Sedap di makan dgn jem, pes kacang merah. Tp ari ni  jem xde... kacang merah apalagilah. So, mkn dgn madu jerrr!!! Makan gitu je pun sodap......!

Nk bagi bentuknya seragam aku buat pakai acuan telur buat burger tu atau org panggil banjo...!

Wednesday, October 26, 2011

Jemput-jemput Ikan Bilis

Dah lama x buat ni....... my hubby suka ni!!! Aku buat ni smlm. Simple jer!!!!

Apapun layan jelah. Aku ni tengah sibuk kemas barang.... nak pindah rumah!!!



'Jemput-jemput Ikan Bilis'

Bahan2 :

500gm tepung gandum
Segengggam ikan bilis
1 biji telur
3 biji bawang merah
2 biji cili merah
1 sk baking powder
1 sk serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara2 :

Bawang merah dan cili merah dihiris halus. Ikan bilis ditumbuk kasar. Dlm mangkuk adunan, masukkan semua bahan2. Selepas tu masukkan air secukupnya. Adunan seperti membuat jemput2 pisang. Agak2 lembut boleh disudukan dlm kuali. Kira okeylah tu.

Goreng jemput2 didlm kuali dengan minyak yg banyak sehingga nampak kegaringannya. Dah masak, bolehlah diangkat dan ditoskan.

Sedia utk dihidangkan.....

Makan dengan sos Penyicah D'ansar. - promote lah pulak.... hehe!!

Tuesday, October 25, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Apam Marmar

Asyik2 aku ni post n3 x semenggah jerrrrrrrrrrrrrrr...........!!! Ari ni aku pos n3 yg best ckit. Yalah tu.... !

Aku ni  memang selalu sibuk berniaga, hari2 biasa dan hari minggu pun aku masih sibuk. Kalau nak masak yg berat dan canggih,  lepas tu pos resepi  yg best  x bolehlah selalu sangat. Lagipun aku ni x kreatif mcm blogger2  tu. Aku masak benda yg sama....tp kt tangan aku selalunya jadi lain dan gambonya pun hodoh je.

Lagipun ambik gambar dgn kamera yg x semenggah jugak... Kamera ni ambik gambo x terang, bercorak2 gambarnya... tp bila cucuk kt  laptop okey plak. Apa nk kata, tu aje yg ada.

Masakan aku kali ni adalah apam marmar. Cantik, menarik, sedap dan gebu je!!!

Aku mula2 tengok gambar apam ni dalam blog Tun Telani qurrataaayun .blogspot com. Resepi asal dari CMG@myr

Okeylah.... kita jamu mata  kejap!!!


'Apam Marmar'

Bahan2 :

250 g tepung  tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)



Cara2:


Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.


Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. 



Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.




p/s  : Dah selesai..... ari ni nak buat apa plak!!!

Monday, October 24, 2011

Monday, October 24, 2011

Pisang Nangka Dibuat Goreng......

Juadah minum petang kemarin dulu......... dah lama ni!!!

Pisang nangka ni dihantar dari kg oleh keluarga aku yg menghadiri kenduri kahwin di Shah Alam seminggu yg lepas. Separuh aku buat goreng dan separuhnya lagi telah dibuat pengat pisang.

Goreng pisang ni simple je...... tp yg simple tu yg aku suka. Aku x suka pisang yg digoreng  dengan tepung beras yg biasa dijual ditepi2 jalan. Aku suka goreng dengan tepung gandum jerrrrrrrrrrrr......!!!



Bahan2 :

Sesikat pisang
2 cawan tepung gandum
1 camt serbuk kunyit
secubit kapur makan
sedikit garam
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng


Cara2 :

Campurkan tepung dengan semua bahan berikut. Gaul merata dan  masukkan air secukupnya iaitu apabila dicelup pisang, pisang akan bersalut dengan adunan. Adunan x terlalu pekat tp x pula cair.

Goreng adunan secukup garing dan toskan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Sedap!!!

Sunday, October 23, 2011

Sunday, October 23, 2011

Petola Rebus Air

Masak sayur yg simple je!

Ini lauk sampingan drpd lauk2 lain yg aku masak smlm. Setiap hari mesti ada satu hidangan sayur. memang simple sangat2lah masakan sayur aku kali ni. Tapi memang sedap..........!

Cara masak sayur ni pun amatlah mudah...... cuma sesaje je nk share pada yg sudi dok mengintai aku blog ni!



Bahan2 :

1 biji petola
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula

Cara2 :

Petola di buang kulit kerasnya dan dipotong kecil. Bawang merah dan cili merah di hiris. Masukkan semua bahan kedalam periuk. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih dan petola pun dah empuk, bolehlah  diangkat dan dihidangkan.

p/s : Agaknye.... macam nilah kiranya  n3 x semenggah yg di bebelkan oleh CMG dlm blognye tu. Ada ke resepi cam gini pun nk masuk n3????  Tp macam kata CMG tu...... ini  blog aku, aku punya sukalah.... apa org nk kata..... , ada aku kesah!!! rasa  macam ayat bebudak lah plak! ha..ha..ha! 

Saturday, October 22, 2011

Saturday, October 22, 2011

Masak Kentang Putar dan Sosnya.......!

Dah lama nk try buat ni......! Cari resepi yg paling mudah je. Ambil resepi ni dari sebuah blog ni.... fabulousnana.com. namanya.

Beberapa hari lepas  aku buat ni utk minum petang. Rasanya resepi inilah yg paling simple dan x banyak karenah.

Disebabkan nak cepat hantar anak ke sekolah petang..... aku blend je. Jadilah terlembik sikit. Tapi rasanya sedap!!! 

Selesailah  sudah.......... dimakan. Lega!!!



Bahan2 :

8 - 10 biji kentang (kupas kulit)
1/4 drp seketul butter 250gm
1 kotak kecil susu segar
Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara :

Kentang direbus sehingga empuk. Toskan airnya. Lenyek kentang  bersama butter dan susu segar. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah. Lenyek sehingga sebati dan merata. Butter dan susu akan membuatkan kentang putar ini jadi gebu dan sedap.

Bahan2 utk sos :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/4 dari 1 ketul butter 250gm
2 sudu tepung jagung
1 ketul kiub ayam
Air secukupnya
Sedikit lada hitam dan lada sulah

Cara2 :

Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. cairkan butter dan tumiskan bawang kedlmmya. masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung bertukar warna. Masukkan air dan kacau sebati. 

Pecah2kan kiub ayam dan masukkan dlm kuah. masukkan sekali lada hitam dan lada sulah. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan air. Kacau rata dan tutupkan api. masukkan kuah dlm blender dan kisar sampai halus dan tak berketul.

Hidangkan bersama kentang putar tadi.

p/s : Pasti akan buat lagi dan akan ikut resepi dengan berhati2.

Thursday, October 20, 2011

Thursday, October 20, 2011

Asam Tempoyak Ikan Keli dgn Timun dan Tomato

Berselera kami sekeluarga makan smlm dgn masakan ni..........

Gulai ni peberet my family di kg dan juga  aku dan anak2 except my hubby. Dia aku masakkan lauk sambal ikan je.

X nak panjang2kan cerita, sila2........!!!!

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..................... fuhh!!!!!

'Asam Tempoyak Ikan Keli dgn Timun dan Tomato'




Bahan2 

3 ekor ikan keli
1 biji timun
1 biji tomato
3  sudu besar  
6 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan dan dipotong2. Jangan lupa rendam sebentar dengan air asam jawa untuk buang hanyir.  Timun dpotong2 dan tomato dibelah enam .Cili api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. 


Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan juga timun sekali Lepas tu masukkan air. Didihkan. Dah mendidih, masukkan tomato pula Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.



Makan hingga menjilat jari..............!

Wednesday, October 19, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Kuih Bakar Pandan

Inilah juadah minum petang my family smlm......... sedap!

X pernah aku buat kuih ni, selalu aku beli je yg org panggil kuih bakar kemboja tu (sama je rasanya) .........! Mak kat kg dulu biasalah buat. Cuma aku je x pernah nak belajar.

Anak2 kata sedap, hubby plak kata  terlebih manis. Xpelah, lain kali gulanya akan dikurangkan. Pertama kali buat ni....

Aku dpt resepi ni dari blog Izah Muffin Lover dan blog Hasue:I Love My Life.


'Kuih Bakar Pandan'

Bahan2 :

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan

1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur

Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka


Cara2 :
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan2. Blender hingga sebati. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya. Taburkan bijan (jika suka). Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Dah masak, sejukkkan dahulu baru dipotong.




p/s : Mesti akan buat lagi kuih ni, sedap dan mudah!!

Tuesday, October 18, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Cencaru Dengan Kacang Panjang

Letih sangat smlm dan ari ni............. Sibuk menguruskan anak2 dan pakaian yag bertimbun x berlipat dan berbasuh, membuatkan aku pening dan x terlarat nk buat apa2 lagi.

Masak pun simple je...... sempat gi pasar smlm  dgn hubby yg bercuti. Beli barang2 utk masak dlm 2-3 hari ni. Nk berjimat sikit.

Smlm masak lauk yg biasa dan simple jerrrrrrrr...........!


'Masak Lemak  Cili Api Ikan Cencaru Dengan Kacang Panjang'

Bahan2 :

1 ekor ikan cencaru
1 ikat kacang panjang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan cencaru  dibuang kulit kerasnya dan dibersihkan. Kacang panjang dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang dan ikan serta secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Simple dan bolehlah,  janji sedap dan all my family suka.......!

Monday, October 17, 2011

Monday, October 17, 2011

MONAVIE


Ini salah satu produk jualan aku.....Di sini aku sharekan beberapa perkara tentang produk ni.....Banyak kebaikan bila mengamalkan produk ni ....

Apapun, jom layannnnnnnnn!!!

Monavie mempunyai 4 jenis jus, iaitu MONAVIE Original, MONAVIE Pulse, MONAVIE Active dan MONAVIE (M)mun. Sama seperti jus, monavie gel mempunyai nama yang sama. Monavie juga mempunyai produk lain seperti EMV, EMVlite dan RVL, walaubagaimanapun, kesemua produk kecuali Monavie Pulse (botol Merah) dan Monavie Original (botol ungu) belum lagi berada di dalam pasaran Malaysia.


Monavie jus yang telah memasuki pasaran Malaysia hanyalah Monavie Original dan Monavie Pulse. Manakala Monavie Active, masih lagi terdapat dalam pasaran Singapura. Begitu juga gel active masih lagi dijual di pasaran Singapura. Dalam masa beberapa bulan lagi monavie active akan memasuki pasaran Malaysia.

Produk MONAVIE sangat bagus sebagai makanan tambahan atau menyembuhkan penyakit-penyakit kronik atau yang telah lama berlarutan seperti kanser, sakit jantung, darah tinggi, strok, gout, asma, migrain dan diabetis.


MONAVIE Original

RM 135.00 sebotol

MONAVIE Original mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu anggur putih, epal, acerola, aronia, anggur unggu, kranberi, buah passion, prun, kiwi, blueberi, wolfberi (buah goji), laici, buah delima, camu camu, buah lai, pisang, dan bilberi.


Antara khasiat utama MONAVIE Original adalah :



• Merangsang kesihatan secara umum dan panjang umur

• Melindungi badan anda pada tahap sel yang baik

• Melawan kesan kerosakan oksidatif dan penuaan

• Memberikan antioksidan yang efektif dan perlindungan dari radikal bebas

• Menyediakan khasiat nutrisi untuk semua peringkat umur

• Hanya 120 ml Jus MONAVIE Original membekalkan antioksidan yang menyamai lebih kurang 13 hidangan        buah-buahan biasa dan sayur-sayuran.

• Sesuai untuk diet yang seimbang
MONAVIE Original sesuai digunakan untuk merawat diabetis, migrain, kanser, sungugut, dan penyakit kulit. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan perempuan yang mengandung. Ia juga boleh membantu tumbesaran anak-anak.

MONAVIE Pulse

RM 145.00 sebotol

MONAVIE Pulse mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu epal, acerola, aronia, kranberi, blueberi, buah delima, camu camu, bilberi, anggur Concord, nanas, prickly pear, elderberi, yumberi, blackberi, cheri, raspberi, strawberi, dan cupuacu. .


Antara khasiat utama MONAVIE Pulse adalah :



• Menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi

• Melindungi jantung dan sistem kardiovaskular

• Membantu mengekalkan level kolesterol yang baik

• Melawan kerosakan oksidatif dan penuaan

• Memberi kesihatan jantung yang sihat dari plant sterois dari tumbuhan,resveratrol dan asid lemak Omega 3

• Diformulakan secara saintifik dengan jantung sebagai sasaran

• Sumber antioksidan yang hebat
MONAVIE Pulse amat baik untuk kesihatan jantung. Ia sesuai digunakan untuk merawat sakit jantung, darah tinggi, kanser, gout, diabetis, dan strok. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur. Satu botol Jus MONAVIE bersamaan 750 ml. Amalkan 30 ml (6 sudu besar) sekali minum. Perbanyakkan kekerapan dalam sehari untuk kesan yang lebih cepat.


PERINGATAN


Jus MONAVIE bukan ubat, tetapi jus buah-buahan yang berkhaisat. Pengambilan jus secara berlebihan TIDAK akan mendatangkan masalah melainkan sekiranya ada alahan. Sekiranya penyakit berlanjutan, sila rujuk pada pakar kesihatan atau doktor. Untuk tempahan, sila hubungi :NOOR, Tel : 0172387594

Saturday, October 15, 2011

Saturday, October 15, 2011

Makaroni Ayam Bakar dgn Kepingan keju


Hari khamis lepas  aku masak makaroni bakar lagi............ 

Nak menghabiskan  stok makaroni  yg buat makaroni bakar yg sebelum ni. Lagipun anak2  sibuk suruh buat lagi.  Diorang suka sangat......

Kali ni punya resepi aku olah balik utk nmenjadikannya lebih rasa berkeju.... Barulah terasa kejunya kt keseluruhan makaroni ni. Bila keju kat atas cheese je, anak2 korek bahagian atas je. Yang kt bawah dah tinggal dlm bekas...!!!  

Resepi Makaroni ni aku cedok dari resepi Dari Dapur MadDiHaA yg katanya ambil dari  Dapur Tanpa Sempadan (CMG).Dan  aku derhakakan dan olah sana sini..... dan aku olah sekali lagi!!!!!

'Makaroni Ayam Bakar dgn Kepingan Keju'


Bahan2 :

250 gram makaroni 
1 paket cendawan biasa-hiris je
2 keping dada ayam  - dikeluarkan tulangnya dan dicincang kasar 
2 biji tomato merah - potong dadu
1/2 batang karot - parut kasar
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji cili merah - dihiris 
2 pokok daun bawang - di hiris 
3 ulas bawang putih, cincang halu
1 camca teh serbuk lada hitam 
2 camca besar sos tomato 
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaitun - boleh ganti minyak masak biasa
1 sudu teh oregano
3 keping keju/cheese - utk letak diatas adunan

BAHAN KASTARD :


5 biji telur
50 ml susu sejat
3 keping keju 
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit gula
2 sudu makan tepung jagung

Cara2 :

Makaroni direbus sehingga lembut di dlm air yg berisi sedikit minyak. Toskan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam. Masukkan sos cili dan serbuk lada hitam. Renihkan sebentar sehingga ayam masak. Selepas tu masukkan  karot,  cendawan, cili merah, daun bawang  dan tomato. Kemudian, masukkan sekali makaroni . Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula serta oregano.Angkat dan biarkan sejuk seketika.

Buat bahan kastad pula. Panaskan susu dengan api perlahan. Siat2kan kepingan keju. Masukkan kedlm susu dan bila keju dah cair, tutupkan api. Angkat dan biarkan sejuk sebentar Pecahkan telur kedlm mangkuk besar. Pukul telur bersama  tepung jagung. Masukkan adunan susu dan keju tadi berserta bahan2 lain dan kacau sebati. 

Panaskan oven pada suhu 175C.  Lenser bekas dengan sedikit mentega. 

Gaulkan makaroni goreng yg dah sejuk dengan bahan kastard. Gaul sehingga betul merata. Lepas tu masukkan  kedlm bekas yg telah dilenser dengan butter untuk dibakar. Letakkan  dan susun kepingan keju diatasnya. Tekan2 sedikit dan bakar 40 - 45 minit. Bila masak boleh dihidangkan.



p/s : Pergh...... Sedapnyerrrrrrrrrrr...........!!!

Friday, October 14, 2011

Friday, October 14, 2011

Petua Menghindari Peti Sejuk dari Berbau


Setiap rumah skrg ni mesti ada peti sejuk........ 

Kalau xde peti tu, memang payahlah nak survive. 

Macam2 barang disumbat kedlm peti tu. Lebih2 lagi ikan, ayam, udang, sayur dan macam2 bahan memasak lagi. Ia membuatkan peti sejuk itu mengeluarkan macam2 bau yang kurang menyenangkan. 

Petua yg aku dapat ni adalah dengan cara meletakkan sekeping roti putih atau roti sandwich semalaman kedlm peti sejuk. Kat atas roti tu titiskan beberapa titik esen vanila. Peti sejuk akan kembali segar dan harum.

Satu lagi petua adalah dengan menggunakan soda bikarbonat dicampur air utk membersihkan atau mengelap peti sejuk. Bau yg kurang menyenangkan pasti akan terhapus.

Itu je...... !!!!!

Selamat Mencuba!

Thursday, October 13, 2011

Thursday, October 13, 2011

Slice Cheese Cake


Smlm aku buat cheese cake........... Memang aku pernah makan cheese cake seblm ni  tp aku x pernah beli. Kadang2  bila  gi rumah sedara mara buat majlis  harjadi adalah aku makan.... itupun diorang beli je!!!

Tergerak hati nk buat plak.... asyik2 tengok kt blog bila bw tu, terliur sangat2. Hati aku terdetik, sedap  nampaknya...........!!

So, dah siap semua barang2 aku pulak cubalah menerainya. Dlm hati berdoa, jadilah hendaknya.

Nak dijadikan cerita............ aku buat 2 kali sebenarnya. Kali pertama bebrapa hari lepas buat blueberry cheese cake. Ntah apa sebabnya, kek  tu cair semacam kt dlm . Blueberry tu mendap kebawah dan cair  je. Adunan kek okey je.  X boleh dipotong.... tp rasanya boleh tahan.

X puashati, aku buat lagi sekali smlm.... Buat slice cheese cake belang2 plak. Dlm hati siap berdoa bagai., jadilah mintaknya........

Alhamdulillah..... menjadi. Sedapnyer!!!.....Gebu je dan cair kat mulut gitu . Sekali ngadap makan ngan anak2 petang semalam, selesailah sudah!!!

Kek ni resepi asal dari  Ros(Onigiri)myresepi dan aku ambil  resepi ni dari Nor Azmihah Secubit Garam.



'Slice Cheese Cake'

Bahan2 :

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila



Cara2 :


Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.


Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. 

Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit. Gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 

Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Sedap sangat..... pada sesiapa yg suka cheese :))


p/s : Inilah blueberry cheese cake yg x boleh dipotong tu........... tp tetap sedap dimakan. Aku ambil resepi ni dari blog Izah Muffin Lover. Macammanalah blueberry tu boleh tenggelam x nampak. Nnti aku nk buat resepi  ni  sampai boleh.... mungkin aku x ikut betul2 resepi tu kot!!!

Wednesday, October 12, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Pajeri Nenas

Banyak perkara yg nk difikirkan............. Terasa macam duduk di awangan  je. Risau pun ada....


Mintak2 nya problem yg satu ni selesai. Masalah apa? Nanti-nantilah aku cerita...

Okeylah, x nak fikir panjang........... aku selitkan masakan aku smlm disini.

Sebetulnya ini menu ulang tayang je. Dah adapun dlm list masakan aku. Xpelah.... janji masakan terkini.





'Pajeri Nenas'


Bahan2 :

1 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari 
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong.  Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat. Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. 

Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba....!

Tuesday, October 11, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Buat Burger Utk Jualan


Salah satu produk jualan aku yg paling laris adalah burger.......... !

Aku berniaga di masjid negeri setiap hari jumaat, Sabtu dan Ahad sahajaaaaaaaaa!.  Macam2 ada kt gerai aku..... dari produk kesihatan, barang2 kegunaan harian, termasuk makanan dan minuman. Utk mendapat sale yg bagus, aku kenalah mempelbagaikan produk jualan.

Kalau hari Jumaat, burger ni aku buat dlm 200 ke 300 biji bergantung pada hari kerja atau hari cuti. Hari sabtu aku kurangkan  ckit sebab pembeli x seramai hari Jumaat.

Burger ni aku buat sendiri tau!............. aku pakai jenama Ramli Burger dari roti, daging dan sampailah ke pembalutnya.  kalau sayur tu ada jenama Ramli. Itupun aku nk  jugak. He...he!

Burger ni aku buat siap dah bungkus sekali dah........ xdenya masak kt situ sebab x  dibenarkan. So, burger ni dah sejuklah. Tp sedap dan boleh lagi dimakan walau dah seharian.

Nk kena letak resepi ke???

Emmm.....bolehlah..... !



Bahan2  :

Roti burger
Daging burger - ayam atau daging
Kobis dan carot - diparut kasar
Sos cili
Mayonis

Cara2 :

Daging burger di panggang atau digoreng didlm pan sehingga masak.  Roti burger kalau nk bakar sekejap pun boleh. X bakar pun xpe. Belah dua. Kobis dan carot digaul sebati.

Ambil roti bubuh kobis dan carot yg telah digaul mayonis. Lepas tu taruh sos diikuti daging. taruh sos lagi dan dikuti sayuran lagi dan tutup dengan roti yg sekeping lagi.

Lepas tu bolehlah dibungkus. Siap sebuku burger. bolehlah terus ngapppppppp!!!

Kalau xnk susah2 buat, dtg je ke masjid negeri........

Harga : RM 2.00 sebiji.

Kalau nk order buat majlis harijadi atau apa2 majlis boleh hubungi : Noor - 0172387594 ( Harga boleh runding - 100 biji keatas)

Monday, October 10, 2011

Monday, October 10, 2011

Tulang Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang

Dah beberapa hari ni terlalu sibuk dengan business aku ni........... Ari ni bila dah ada masa, blog buat hal plak. Dah ptg2 ni barulah boleh bila dah godek sana sini dulu.

Beberapa hari lepas aku sertai Halal Carnival kt Uitm Shah Alam, tu yg terlebih sibuk sangat tu. Seronok sebab dpt pengalaman  baru. Tp yg x seronoknya, sambutan kurang memberangsangkan. Mungkin karnival ni kurang promosi kot.... orang yg dtg x berapa ramai. Itu je....!!

Berbalik kepada masakan aku ni........ gulai ni aku masak minggu lepas sebelum dilanda kesibukan.

"Tulang Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang"


Bahan2 :

400gm tulang lembu
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Tulang dibersihkan dan direbus lama dengan 2 cawan air sehingga daging nampak dah tanggal dari tulangnya. Lepas tu  masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititk ke dlm periuk rebusan tulang.

.Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

Wednesday, October 5, 2011

Wednesday, October 05, 2011

Makaroni Sosej Bakar


Ini menu sarapan pagi ari ni...... aku buat mlm sebelumnya. Pagi2 tadi aku panaskan sekejap.

Anak aku cakap........... sedap, macam pizza!!!

Pada aku............ bolehlah, maklum ajelah, tekak melayu aku ni payah nk serasi. he...he!

Makaroni ni aku cedok dari resepi Dari Dapur MadDiHaA yg katanya cedok dari  Dapur Tanpa Sempadan (CMG). Dan  aku derhakakan dan olah sana sini..... bolehkan?

Sebabnya aku buat dengan apa yg ada kt gobok aku ....yg aku beli kemudian, cuma makaroni jer! Bukannya apa.... nk jimat kos!!!!!

So, jadilah "Makaroni Sosej Bakar'


Bahan2 :

250 gram makaroni 
125 gram keju mozarella, hiris nipis (nak parut pun boleh)..atau guna keju pilihan anda

(beli keju yg dah siap parut kt pasaraya)
1 tin cendawan butang ( pakai 1 paket cendawan biasa-hiris je)
1 tin tuna (ganti dengan 10 btg sosej - dihiris2 )
1 biji tomato merah, cincang halus (2 biji)

1 biji bawang holland, dadu (guna bawang besar biasa pun boleh)
2 biji cili merah - dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh serbuk lada hitam 
2 helai bay leaf (x ada pun)
1 camca besar sos tomato (2 camca besar sos cili)

Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaitun ( pakai minyak biasa je) 

* tambah 1 sudu teh oregano


BAHAN KASTARD :-)
5 biji telur
50 ml susu sejat
(guna 50 ml susu kotak penuh krim)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit gula

* tambah 2 sudu makan tepung jagung


Cara2 :


Makaroni direbus sehingga lembut di dlm air yg berisi sedikit minyak. Toskan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos cili dan serbuk lada hitam. Masukkan juga cendawan, cili merah dan tomato. Lepas tu masukkan sosej. Kemudian, masukkan sekali makaroni . Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula serta oregano.Angkat dan biarkan sejuk seketika.

Buat bahan kastad pula. Pecahkan telur kedlm mangkuk besar. Pukul telur bersama  tepung jagung. Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati. 

Panaskan oven pada suhu 175C.  Lenser bekas dengan sedikit mentega. 

Gaulkan makaroni goreng yg dah sejuk dengan bahan kastard. Gaul sehingga betul merata. Lepas tu masukkan  kedlm bekas untuk dibakar.  Taburkan dengan keju parut. Tekan2 sedikit dan bakar 40 - 45 minit. Bila masak boleh dihidangkan.

p/s : Makan dengan sos cili, "sedapnya"..... anak aku cakaplah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...