Breaking

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, August 22, 2016

Monday, August 22, 2016

Red Melon Cake ..... Kek Eksperimen....Hehe!


Tergerak hati nak makan kek. Kumpul bahan2 yang mana ada jer. Maka terjadilah kek ni. Adaptasi dari resepi kek buah. Disebabkan teringin juga nak makan kek red velvet.... aku warnakan merah. Ada sebekas chocolate rice... tambah jer.

Nasib baik menjadi dengan jayanya. Oh yer... gula hangus tu aku gantikan dengan 3 sudu besar madu lebah. Boleh tahan la kesedapannya. Macam buah tembikai pun ada rupa kek ni...hihi!. Memula tu risau jugak takut tak menepati citarasa. 

Anak2 dan en. somi semua suka jer.... Ngap2 jer habis di makan. Nanti boleh buat lagi....yeay!!

Bahan2 :

300 gm tepung gandum
150 gm gula  halus
4 biji telur- kalau telur kecik 5 biji 
1 ketul buttercup (250g)
1 botol chocolate rice
1 sudu teh serbuk pewarna merah
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar madu lebah
aluminium foil

Cara2 :

Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Masukkan pewarna. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti. 

Masukkan pula tepung bercampur soda bicarbonate. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.Campurkan madu lebah dan chocolate rice.Gaul lagi sampai rata. 

Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan buttercup dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 1 jam.

p/s :  Merahnya mak ngah..... hahaha!


Saturday, March 19, 2016

Saturday, March 19, 2016

Fruit Cake.... So Easy!

Dah lama tak menyinggah kat blog ni.... apa lagi nak buat entry. Bukan tak masak tapi buat masakan yang biasa2 sangat. Tak ada juadah yang bagus nak di update..... 

Rumah yang aku tinggal sekarang ni, menyukarkan aku untuk memasak... Dapur sempit, kawasan tak sesuai.... Penuh barang pun iye dan banyak benda susah nak cari bila nak guna. Setakat masak makanan harian tu bolehla....

Tapi kelmarin, tekak teringin nak makan kek. So, buatlah yang kukus je. Tak larat nak bawa keluar oven.... nak letak mana kalau nak guna, serba serbi sempit ....

Jadilah kek kukus buah a.k.a fruit cake yang mudah2 jer... Separuh dari resepi asal.. Resepi asal dari myresepi dan dah olah di SINI.



Bahan2 :

300 gm tepung gandum
150 gm gula  halus
4 biji telur 
1 ketul butter
1 cawan mix fruit
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan gula - buat gula hangus
aluminium foil

Cara2 :

Gaulkan fruit mix dengan sedikit tepung. Ketepikan. Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati. 

Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti. 

Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.  Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm adunan cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati. 

Masukkan pula  mix fruit yg telah dicampur  tepung tadi. Gaul lagi sampai rata. Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan butter dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 1-2 jam.


p/s : Lepaslah kempunan makan kek. Disebabkan dah lama tak buat,sekejap jer dah nak selesai...berebut2 makan dengan my hubby dan anak2.


Wednesday, April 1, 2015

Wednesday, April 01, 2015

PRODUK JUALAN ~ Coklat Moist Doorgift


Saya menerima tempahan membuat kek coklat moist yang di isi dalam bekas plastik kecil untuk doorgift serta boleh dijadikan hadiah buat yang tersayang, cenderahati majlis pertunangan, majlis perkahwinan, birthday gift dan sebagainya.. 

Harga

RM1.00 sebekas

Minimum order 50 bekas

Order 5 hari awal sebelum pick up date
Order jumlah yg banyak 2 minggu sebelum pick up date

Penghantaran boleh dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya.

Berminat untuk order SMS/CALL /WHATSSAP : 017-2387594 (ANNURBEAUTY CAKE and CATERING)


** Deposit DIPERLUKAN untuk confirm order / WITHOUT DEPOSIT I ASSUME THAT THE ORDER IS NOT CONFIRMED / Deposit tidak akan DIKEMBALIKAN jika pihak anda membatalkan order.


Tuesday, March 17, 2015

Tuesday, March 17, 2015

Pavlovaku.... Tak Secantik Mana... Rasanya Walla!

Teringin nak makan pavlova yang mewah dengan krim dan buah strawberry yang masak ranum..... Dah kumpul bahan2 dan kirim hubby beli strawberry kat Mydin... aku mula lah mengodek membikin pavlova nih...

Berangan nak buat pavlova mini... senang nak makan.. tak payah potong2 dah. Dah siap bakar.. masa nak mengentel krim bemasaalah... krim tak menjadi... Suruh hubby beli krim lagi... barulah menjadi tapi sememeh... jangan ceritalah...

Okeyla.... walau kureng menjadi... makan sodapp!! Nak tengok n3 pavlova yg aku buat sebelum nih... klik sini.


Bahan2 :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor (pakai gula pasir~blend je!)
1 sb tepung jagung
1 st cuka makan
1 st esen vanila

Utk topping

Whipping cream secukupnya
Gula pasir~blend (kalau guna cream yg xd gula)
Buah-buahan (pakai strawberry je)

Cara :
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)


Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk, baru dihias dengan topping

Cara menghias :

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Letakkan whipping cream kt atas pavlova. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti sejuk. Pavlova ni sedap dimakan sejuk.. Sedia untuk dimakan.


p/s : Sedappp... masam, manis bersatu...!!!

Saturday, January 31, 2015

Saturday, January 31, 2015

Pandan Layer Cheese Cake

Minggu lepas teringin nak makan desert yang manis2 sedap gitew... So, terjadilah kek ni.. mula2 nak buat kek coklat tapi baru lagi buat moist kek awal tahun baru ari tu....kita tukar citarasa...huhu!

Dari resepi chocolate layer cheese cake ambil dari blog yang dah lama terpendam.... blog dayangjack... dapurku sayang... terjadilah resepi ku ini....

Hurm... tak kalah rasanya dengan kek coklat... dengan wangian pandan yg memikat dan cheese yang lemak berkrim.... masih terbayang kesedapannya....!

Kalau nk tengok resepi asal dari dayangjack... klik sini


Bahan2 :

Lapisan Pandan:
  • 170g tepung tepung gandum (diayak)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 170g mentega
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen pandan
Lapisan Keju :
  • 250g krim keju (pada suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • 300g gula kastor
  • 1 esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

Lapisan pandan :

Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  
Masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau dan putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 

Lapisan Keju :

Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata. 

Masukkanesen vanilla. Putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

 
Cara mengukus :

Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Adunan pandan di bahagi tiga dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. 

Mula-mula tuangkan lapisan pandan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik. 

Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah itu, masukkan pula adunan pandan. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit. 

Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


p/s : Kalau korang nak lapisan keju tu tebal bolehlah tambah... aku beli yang kecik je... keju mahal woo...!

Friday, January 2, 2015

Friday, January 02, 2015

Moist Chocolate Cake, Sambut Tahun Baru.....

Tahun baru dah menjelma...xde rasa apa2. Macam mimpi jelah, tahun dah bertukar. Yang pasti hidup perlu diteruskan... walau apapun cabarannya... huhu..!

Termenung sana sini mengenangkan pencapaian tahun lepas yang entah apa2 tu... nak menyedapkan hati dan jiwa..... maka terhasil lah sebiji kek coklat kegemaran anak2....

So... kepala pun dah pening dengan macam2 hal, sebelum mood terbantut kita layan jelah resepi kek ni....!

Pernah buat kek ni dulu.... klik sini.

Bahan2 :

4 biji telur
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
1 1/2 ketul butter
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat

Cara:


Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana.. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati.. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg.. Masukkan esen vanilla. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..


Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe.. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ).. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss.. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak.. aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Dah siap... sejukkan... boleh gak dihias ikut citarasa dgn krim atau coklat cair... ikut kreativiti masing2... 


p/s : Setakat ni jelah yg boleh dibuat....curah coklat cair tabur rainbow rice..cantik gak...hehe!

Wednesday, November 5, 2014

Wednesday, November 05, 2014

Slice Cheese Cake Versi Marble.....

Disebabkan teringin punya pasal dalam sibuk2 tu sempatlah aku meyelit masak kek ni.... hehe! Sedap tau...cair di mulut je.

Sekali hadap je, banyak tuh... dek anak dara dan bujangku. Oleh sebab bekas tu besar guna bekas 30cm, yang  biasa dah pakai untuk benda lain, so nampak terkepek ajelah jadinya. Xpelah.... janji sodap!!

Resepi sebenarnya dah pernah buat dulu.... nak tengok, klik sini. Tapi untuk mempermudahkan, kita share jugak resepi kat sini.


Bahan2 :

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara2 :

Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. 

Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit. Gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 


p/s : Sedap sangat..... pada sesiapa yg suka cheese :))

Friday, August 22, 2014

Friday, August 22, 2014

Kek Marble a.k.a Kek Zebra

Uhuk....uhuk... uhuk terbatuk2 aku dok membuang habuk dan sawang kt blog kesayangan ni.... Sibuknye aku bukan main lg.. Bukannya tak masak, gambar masakan dh penuh dlm hp tp sibuk pun satu hal... malas dek kepenatan pun satu pasal gak.... ish...ish..ishhh!

Ramadan dah berlalu.... raya pun dah lepas.... tah apa2 lg yg x dpt aku kongsikan kt sini.... haiiiiiyaaaa!  Tp nk jugak aku kongsikan kt sini kek raya yg x sepertinya ni yg aku buat tuk anak2 walau dlm kepenatan teramat sangat!

Inilah dia kek marble a.k.a kek zebra... kekadang ada yang buat colourful jdlah kek marbe. Bila gandingkan ngan coklat jadilah kek kuda belang atau kek zebra.

Okey kita layan resepi ...ambil dar blog mana tah....dah lupa.


Bahan2:

250gm mentega - seketul
200gm gula - blend halus
5 biji telur
1 sudu makan ovalette
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1  cawan susu segar/cair
(saya guna 1 kotak susu dutch lady)

Cara-cara :

Ayak tepung dan baking powder. Pukul gula dan mentega sampai gebu atau mentega bertukar ke warna keputihan. Masukkan telur dan ovalette, pukul lagi sampai ringan dan gebu. Masukkan sekali esen vanilla. Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama-sama dengan susu berselang seli sambil memutar sehingga sebati
.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan bahagian kedua di campurkan serbuk koko dan coklat emulco. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli sesudu demi sesudu utk mendapat belang yg cantik. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 50 minit- 1 jam (atau sehingga masak) dengan suhu 170C.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba....



p/s : Lembut dan gebu jerk...!

Monday, May 5, 2014

Monday, May 05, 2014

Cheese Brownies Cupcakes

Kepingin nk makan cheesecake kira2nya...... and then nk buat seketul2 senang nk mkn n xyah potong2. Jadilah marble cheese brownies dlm mangkuk kertas. Senang nk makan n bawak gi kerja bagi kengkawan.

Dek x de kepandaian berkreativiti...... itulah jadinya..... Sempoi je, janji boleh makan...sedap.... marvelous dgn cheese coklatnya.

Resepi ambil dari blog Dari Dapur MaDiHaA...... sebuah blog yg penuh dgn resepi yg bagus2 belaka. Di edit serba sedikit dan letak dlm cup kertas yg keras tu.....

Copy jelah resepi ni.....




Bahan :

Choc. Cake
250gm Butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur - gred B 
1½ cwn gula kastor 
½ cwn susu cair 
1½ cwn tepung gandum 
1 sdt Baking powder 
1 sdt Soda bikabonat 
1 sdt esen vanilla 


Lapisan Cheese 
250gm Cream Cheese 
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B
2 sudu kecil tepong jagung



Cara :- 
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata. 
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati. 
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati. 
4- Masukkan susu cair > kacau lagi... 
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila. 
6- Panaskan oven 
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit) 
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble) 
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah 



Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese.. 
> Pukul cream cheese sehingga gebu. 
> Masukan gula & pukul lg hingga sebati. 
> Masukkan telur, tepong jagung, pukul lagi hingga sebati 



**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek... 
**Paipkan baki chocolate atas cheese, &; lorekkan ikut suka.. 
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...(guna api atas sahaja) 
**Siap...



p/s: Boleh buat dlm loyang spt resepi diatas..... atau dlm acuan cup like me...!


Sunday, September 22, 2013

Sunday, September 22, 2013

Kek Buah Kukus

Blog oh blog.... mood berblog dah datang tu updated jelah! Mood masak pun sama.... masak memang hari2 tp bila datang malas tu xmo nk snao gambar.... terus je ngap makan. Bila datang mood tu, tetiba je nk bergambar bagai masakan tu....

Mood berblog pun sama.... dh berderet gambar dlm folder, bila nk updated?.. hehe tunggu punya tunggu sampai lupa gambar mana yg dah di updated dan dimasukkan dlm blog... tu lah dia...! 

Xpelah janji blog aku ni berfungsi .... buat suka2 je blog ni, sesambil cari rezeki.!!!

And then kita updated resepi seterusnyerrrrrrrrrr......!!!

Resepi simple n  ramai orang tau buat.... aku dh pernah buat tp ini kali pertama letak kt blog. Rasa memang x menghampakan... sedap, x manis sangat... dan x muak bila makan banyak2..!

Resepi asal ambil dari my resepi oleh Diana D... olah ckit sebab resepi kek dia besar sangat dan acuan aku kecik ckit!


Bahan2 : 

450gm tepung gandum
225gm gula halus
1 1/2 ketul mentega
6 biji telur
1 1/2 sk soda bicarbonate
1 1/2 sk esen vanila
1 cawan gula halus - buat gula hangus
1 cawan buah-buahan campuran



Cara2 :

Gaulkan buah-buahan campur  dengan sedikit tepung. Ketepikan. Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati. 

Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti. 

Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.  Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm aduna cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati. 

Masukkan pula  buah-buahan  yg telah dicampur  tepung tadi. Gaul lagi sampai rata. Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan butter dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 2-3 jam.


p/s : Kek kukus ni buat minggu lepas... sebelum ni ada aku buat sebijik tuk raya aritu ..entah nape x plak ambik gambar.... aku kukus ni dlm satu jam lebih je.... sebab nk keluar wktu tu... kalau kukus lame mesti warnanye lebih gelap dan  cantik kan!!

Wednesday, August 28, 2013

Wednesday, August 28, 2013

Kek Coklat Moist

Dah berkurun rasanya x updated resepi kt blog ni.... Pun dah lama x bersiaran dengan resepi2 baru. Ari ni cuma nk updated kek yang aku buat beberapa ari lepas. Kek ni aku buat untuk majlis hari raya kt sekolah anak2 aku. Kuih raya dah tinggal serdak je... camne nk bawak kesekolah... so buatlah kek.

Fikir punya fikir dan belek2 resepi...aku buat kek ikut resepi ni.... sebenarnye dh pernah rasanya aku buat tp cuma x berkesempatan letak kt blog. Kek ni memang sedap... terasa sangat moistnya. 

So... agar resepi ni dan nostalgia makan kek ni  yg terasa menjilat jari... x hilang ditelan waktu.. aku hapdet kt cni ....lahhhhhh!!!

Resepi ni aku ambil dari blog http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com  mohon  share  yer!!!




Bahan2 :

4 biji telur
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
1 1/2 ketul butter
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat


Cara:

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana.. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati.. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg.. Masukkan esen vanilla. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..

Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe.. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ).. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss.. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak.. aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Dah siap... sejukkan... bolehlah dipotong2.... boleh gak dihias ikut citarasa dgn krim atau coklat cair... ikut kreativiti masing2... 



p/s :  aku plak x kreatif dan xde masa... takat ni jelah n terus ngap!


Thursday, May 23, 2013

Thursday, May 23, 2013

Carrot Cake

Sibuk je memanjang aku ni.... bilalah nk dpat pembantu. Bolehlah cuti sekejap. Kalau tidak penatnyer x terkata. Macamanapun ujung minggu ni aku nk rehat. Apa nk jadi-jadilah...haha! kalau x camne nk praktis memasak... bahan2 dah ready, masa plak xde!

Juadah yg aku nk tayang kali ni..... Carrot Cake atau boleh jugak dikenali sebagai Kek Lobak Merah. Aku buat kek ni masa cuti minggu lepas. First time buat kek carrot ni. Alhamdulillah menjadi... cantik sekali. Sedap dan crunchy dengan kepingan almond tu... huh!

Resepi ni aku ambil dari facebook... tp pemberi resepi x ingat... sori yer. Apapun terimakasih atas resepi yg sedap ni....



Bahan2 : 

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) - x letak
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang - ganti dgn kepingan almond

Cara-cara :


Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.

Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati


Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

Dah masak... sejukkan, bolehlah dipotong2.


~ SeLaMaT MeNCuBa ~ :)



p/s : Selalunye setiap kali tengok FB kalau ada resepi yg bagus aku mesti copy dan letak dlm folder komputer aku ni. Kengkadang tu terlupa lak nk copy nama pemunya resepi tu sekali... beribu2 maaf saya mohon pada tuanpunya resepi yer!!! :P

Friday, May 17, 2013

Friday, May 17, 2013

Red Velvet Brownies

Bukan salah sesiapa.... melainkan salah aku jugak. tengah siap nk mengadun brownies ni, hubby plak ajak gi Mydin beli barang. Tinggalkan kejap. Balik dari Mydin aku bakar  brownies ni... so agak bantat ckit tp anak2 cakap still sedap!!! hehe... jadilah buat makan2 sekeluarga.

Apa-papun bukan salah ibu mengandung..... salah aku gak! Lagipun aku memang x pandai berkreativiti dalam memasak ni.... jadilah cam gini..... haish!  Tp aku nk gak share kt blog aku ni.....yalah dah penat2 buat... org nk kata.... suka atilah!

Resepi aku copy dari blog kesukaan..... Secubit garam.... oleh Nor Azmihah Muhammad. Kalau nk rengok brownies yang cantik jelita tu, tengok kt sini... Abaikan gambar comot brownies aku ni, ye kengkawan!!!



Bahan utk brownies:

2 1/2 cawan (250gm) tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan (113gm) mentega ~ dicairkan
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis ~ cuka pun boleh

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 160C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~
Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
~ ~ ~
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama mentega cair sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Bila adunan dah sebati, masukkan cuka dan kacau sekejap (jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 2 - 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.

Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.

Tips :
1. Buangkan baking paper dr brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk pembakaran kali ke2 (selepas dimasukkan topping cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja bila permukaan cheese mula menampakkan keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko)
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yg dah dipanaskan terlebih dahulu.




p/s : Makan jelah.... asal jadi!!

Tuesday, May 14, 2013

Tuesday, May 14, 2013

Pavlova Putih.... Pavlovakah ini....haha!

Dah penah buat pavlova ni.... teringat2 selalu tentang kesedapannya. Buat pavlova pun tersangatlah mudah plak tu...

So... aku mula menggodek dapur buat benda ni.... Dah siap bakar, baru sedar yang buah2 pun xde... yang ada cuma buah lai je... Buah ni memang peberet suami aku... Sentiasa ada je kat dlm fridge!

Hentam sajalah labu... aku pun hiris cantik2... decoratelah kt atas pavlova dan untuk bagi ada kaler ckitlah tabur rainbow rice yg warna warni ni...:)))

Excited gile!!!


Bahan2 :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor (pakai gula pasir~blend je!)
1 sb tepung jagung
1 st cuka makan
1 st esen vanila

Utk topping
Whipping cream secukupnya
Gula pasir~blend (kalau guna cream yg xd gula)
Buah-buahan (xde buah strawberry..... buah lai je yg ada~hentam sajalah)

Cara :
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. 


Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

 Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk, baru dihias dengan topping

Cara menghias :

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Letakkan whipping cream kt atas pavlova. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti sejuk. Pavlova ni sedap dimakan sejuk.. Sedia untuk dimakan.



p/s : Walaupun x berseri2..... rasa x langsung berbeza..... sedap sesangat!!!!

Thursday, April 18, 2013

Thursday, April 18, 2013

Kek Red Velvet (RVC)

Walau dah pernah buat kek ni.... masih tergoda aku dgn warnanya yg merah mengerlap... Rasapun very2 marvellous.

Kelmarin tercapailah misi aku menggodek2 dapur dengan jayanya untuk mengerjakan sebijik kek yg diidamkan.....!!!!

Dek ketidakpandaian aku dengan aising bagai ni.... kek ni xlah secantik mana setelah di sapu cream cheese... selekeh je..... tp tetap menawan di mata aku...yg pasti anak2 puji... cantik dan sedap katanya...kira okeylah tuhhhh!!!

Kek ni pernah buat dan share kt blog ni.... nk tengok  sila klik sini


Bahan2 :

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko (guna 1 botol kecil serbuk koko)
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor (buat 200g gula)
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar - (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah - (habiskan 1 botol kecil serbuk)
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

KRIM:
250 gram krim keju
1 cawan krim putar
(Jika menggunakan krim putar tanpa gula, tambah 1/2cawan gula halus)



Cara2 :

Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.

Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.

Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung). Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. 

Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.

Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium). Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.

Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.  Potong dan hidangkan.


p/s : Nampak macam remeh je.... tapi bolehlah, dah habis daaaa.... nanti nk buat lagilah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...