Breaking

Sunday, July 31, 2011

Sunday, July 31, 2011

Esok kita Berpuasa..... Salam Ramadan Untuk Semua


Ramadan menjenguk lagi......
tak lama lagi aidilfitri
Syukur padamu atas lindungan illahi
Moga  terus diberkati

Kepada teman2 blogger..... kepada pembaca blog ku yang tah ape2 ni, 
ku ucapkan selamat menempuhi ramadan kali ini
marilah kita meriahkan suasana ramadan ini 
dengan mengucapkan kesyukuran kepadaNya 

Salam sayang..... muahhhhhh!!!!!

Dariku :

Noor Akma 
a.k.a 
Noor Karmanisah Binti Zainuddin

Saturday, July 30, 2011

Saturday, July 30, 2011

Bayam Merah Tumis Air



Smlm masak sayur bayam merah...... lama x jumpa bayam ni, selalu jumpa yg hijau je. Bayam merah lebih berkhasiat dari bayam hijau..... itu yang aku tahu. Masak sayur cara simple je .... macam biasa.

'Bayam Merah Tumis Air'


Bahan2 :

2 ikat bayam merah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bayam merah di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan bayam merah. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Okey.... cubalah!!

Saturday, July 30, 2011

Tip mencegah Nafsu Makan Berlebihan

Ini ada tip nak mencegah dari makan banyak sangat atau makaan berlebihan. Seeloknya berhenti makan sebelum kenyang. Tapi kalau makanan sedap2 dan banyak pulak tu, macam mana ye? Tepuk dada, tanya selera... Untuk menjaga kesihatan diri kita sendiri. Jangan diabaikan... nanti diri sendiri yang terima akibatnya.

Nafsu untuk makan berlebihan sememangnya sukar untuk dibendung. Ia juga boleh mengganggu kesihatan sekiranya tidak dikawal seawal yang mungkin. Ikuti tip di bawah untuk bendung nafsu makan berlebihan.
    • Minum  air putih 8 - 10 gelas setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan nafsu makan meningkat secara mendadak
    • Makan dalam kuantiti yang kecil sebanyak empat atau lima kali sepanjang hari. Makan  cara ini lebih baik dan dapat mencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan daripada makan dua atau tig kali dalam kuantiti yang besar/banyak.
    • Jangan lewatkan waktu makan. Ia akan menyebabkan anda makan berlebihan bila tiba waktunya nanti.
    • Kurangkan jumlah makanan berlemak dan mengandungi gula yang tinggi.
    • Tingkatkan jumlah serat didalam menu makanan anda. Serat membuat rasa kenyang dengan lebih lama.
    • Makan di rumah lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.
Itu ajelah....khas  untuk menjaga kesihatan kita semua.... muahhhhhh!!!!!!!

Friday, July 29, 2011

Friday, July 29, 2011

Seri Muka Sirap Ros

Dlm sibuk2 tu terajin  plak nak masak kuih... xyah beli barang pun. Kena beli santan je. Yang lain guna je yg ada dalam gobok aku ni.

Masak ajelah kuih ni... beras pulut  tu memang dah lama. Raya haji tahun lepas punya. Daun pandan...mana nk cari, so bubuh ajelah sirap ros.... itu je yg ada. Anak yg kecik tu  memang suka sangat ngan pulut  n kuih ni.

'Seri Muka Sirap Ros'

Bahan2 :

Lapisan pulut
2 cawan beras pulut
1 cawan santan  pekat
11/2  cawan air
sedikit garam


Lapisan Tepung
21/2 cawan santan pekat
1 sudu makan perwarna sirap ros
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
sedikit garam (jika suka)

Cara2 :

Basuh beras pulut selama 3 jam sebelum dimasak. Masukkan bahan2 lapisan pulut tadi kedalam loyang dan kukuskan. Bila dah masak tekan pulut  di dalam loyang sehingga mampat, kemas dan cantik. Campurkan kesemua bahan2 laisan tepung ke dalam mangkuk. kacau sebati dan tapiskan. Masakkan adunan ini sebentar sehingga berwap dan macam agak2 hampir nak pekat. Tuangkan adunan tadi perlahan2 keatas pulut tadi. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dahulu, kemudian baru dipotong2.

Selamat mencuba.....!

Thursday, July 28, 2011

Thursday, July 28, 2011

Kari Daging Berkentang


Masak lagi..... Hari2 pun kena makan, jadi kenalah memasak. Takkan nak membeli je kot!! Kenalah rajin-rajinkan diri aku ni yang dah sedia malas dan sibuk ni. Ini lauk makan tengahari smlm je.

Resepi nya .....'Kari Daging Berkentang'  

Bahan2 :

300gm daging - dipotong kecil; 
3 biji kentang - di buang kulit dipotong 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari daging 
1/4 cawan air asam jawa
1/4 cawan air
1/2 tin susu cair
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari ayam sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar. Masukkan kentang. Lepas tu masukkan 1/2 tin susu cair dan 1/4 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi. 

Selamat mencuba.....!

p/s : Selain makan dengan nasi boleh juga di makan dengan roti jala, roti canai dan macam2 lagilah.

Thursday, July 28, 2011

WARDINA CAFE


Ari ni nak promote kopi untuk wanita yang peka dengan kesihatan dirinya. Untuk wanita yang suka minum kopi elok sangatlah bertukar dengan kopi ni. Selain senang dan mudah dibancuh, dpt pulak pelbagai khasiatnya. Siap ada kacip fatimah, akar serapat, madu lebah, habatussauda dan berbagai lagi.... uhhhh power gillerrrrrrrrrrr!

WARDINA CAFE
Secangkir rasa, seribu penawarnya, hebat segala, rahsia kita....wanita

Kebaikan Dan Khasiat
  •  Membantu mengimbangi dan membekal estrogen khusus untuk wanita.
  •  Membantu menguatkan otot vagina serta menganjalkan dalaman wanita.
  •  Membantu melancarkan peredaran darah.
  •  Membantu menegangkan dan menganjalkan serta mencantikkan payudara.
  •  Mempunyai daya tahan kanser dan anti kanser.
  •  Membantu mengatasi masaalah sebelum haid atau selepas dan penetapan batu merian.
  •  Membantu mengatasi masaalah senggugut, keputihan serta bau yang tidak menyenangkan.
  •  Membantu menambah keserian wajah dan mencantikkan kulit (awet muda).
  •  Membantu meningkatkan ghairah serta kelazatan hubungan intim suami isteri.
  •  Membantu merawat luka dalaman selepas bersalin.
  •  Baik untuk sakit otot, sendi, buasir, gout, resdung serta sistem penghadaman.

FORMULASI EKSLUSIF UNTUK PENJAGAAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA

Harga : RM 25.00 (15 sachet x 25gram)

Cara Penyediaan : Sebungkus Untuk Secawan. Tuangkan Air Panas dan Kacau.

Jika berminat boleh hubungi saya di no.0172387594  atau datang ke kedai kami di Seksyen 24 Shah Alam atau datang ke Gerai Bazzar Ramadan di Masjid  Negeri Shah Alam.

Wednesday, July 27, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Sos Penyicah - D'ANSAR


Kali ni aku nak promote sos penyicah yang sangat sedap dan lazat. Sos ni dijamin halal. Diperbuat oleh sebuah syarikat bumiputera di Subang Jaya, Selangor. Memang berlambak jenis2 sos dipasaran. Tp apa salahnya kita tolong orang kita yg baru nk naik ni... Rasanya pun  x jauh berbeza, mungkin ada yang rasa yang ini lebih ummph.

Di sini aku sertakan info tentang sos ni.............

SOS PENYICAH  - D'ANSAR
- Rasanya Yang Lazat. Menjadi Pilihan.

Ramuan :
Cili, gula, garam, asid asitik, bijan dan bahan pengawet yang dibenarkan.

Sangat sesuai dimakan dengan keropok, ayam goreng, makanan laut, cucur udang, popia dan berbagai lagi makanan bergoreng.

Fakta Makanan : saiz hidangan : 100gm
Tenaga 135, CHQ 33.3, Prptein 0.4, Fat 0.0

Kandungan : 340gm
(bersamaan dengan saiz sebotol sos yang biasa dipasaran)

Harga : RM 2.50 sepaket

Jika berminat boleh hubungi saya di no.0172387594  atau datang ke kedai kami di Seksyen 24 Shah Alam atau datang ke Gerai Bazzar Ramadan di Masjid  Negeri Shah Alam.

Wednesday, July 27, 2011

Kangkung Goreng Pedas Dengan Bebola Ikan


Masak lagi lauk yang simple. Itu je yang mudah .....bzzy xlah sangat.... Cuma pening ckit dengan masalah perniagaan aku ni. Tentang tempat niaga, barang niaga dan segala bagai lagi..... Huh...huh!!! boringnyeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!

Apapun n3 ari ni 'Kangkung Goreng Pedas Dengan Bebola Ikan'

Bahan2 :

1 ikat kangkung
1 paket bebola ikan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili api 
2 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1/4 drp  seketul pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bebola ikan dibelah dua. Bawang merah, bawang putih cili api, cili merah dan ikan bilis ditumbuk  Tumiskan bahan tumbuk. Masukkan air dan pati ayam. Biar hingga mendidih. Masukkan pula kangkung dan bebola ikan. Masak lagi sehingga kangkung agak2 dah layu. Sesuaikan rasa garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : Lauk sayur yang sangat simple dan sedap, sebagai lauk sampingan.

Tuesday, July 26, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Bubur Jagung Caca


Ari ni blog aku tukar baju baru.... Siap ngan fesyen rambut baru lagi n tambah mekap ckit sana-sini.. Sesaje..... terlebih rajin ckit menggodek lappy ni. X susah pun... sekejap je dah siap. Nanti kalau dah boring ngan baju ni.... kasi tukarrrrrrr lagiiiiiii!

Dan kali ni aku nak post n3  Bubur Jagung Caca .....  Aku buat bubur ni smlm jugak. Minggu lepas my hubby beli  jagung... katanya nk makan bubur. Baru smlm aku sempat buat. Jagung tu adalah dalam 4 tongkol. Sikitnya... fikir punya fikir, akupun campurkan dengan caca. Takut nanti tak cukup. Almaklumlah  anak ramai... 4 orang. Senang je buatnya...

Bahan2 :


4 tongkol Jagung - dihiris dari tongkolnya
1 paket caca
1 keping gula melaka
21/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpulkan

Cara2 :

Rebus caca dengan secawan air sehingga lembut. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Rebus lagi sampai gula hancur. Masukkan jagung , daun pandan, santan dan secawan lagi air. Masukkan garam jika suka . Biar hingga betul2 mendidih. Dah masak sedia untuk di hidangkan.

p/s : simple je... senang sangat kan!

Tuesday, July 26, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri dan Pegaga

Smlm Aku masak lauk kegemaran my hubby..... Ini yang dia suka n aku tengok laju je dia makan. Sebenonya ...... semua suka lauk nogori ni... Podeh pun xpe, semua anak2 dah di train untuk tahan makan podeh2 ni.

Dlm sibuk2, sempat jugak pergi pagi smlm ke tempat pemborong kurma... nk jual sempena bulan puasa ni. Banyak jugaklah borong buah kurma untuk jualan di bulan puasa. Macam2 ada.... ada kurma merah, kurma hitam n kurma bertangkai. Mintak2 jualan kurma aku nanti memberangsangkan.... amin! boleh order banyak2 lagi.

Okeylah... aku  letak resepi aku kt sini 'Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri dan Pegaga'

Bahan2:

3 ikat pegaga
3 keping ikan tenggiri potong
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pegaga dibersihkan dan dibuang  akarnya. Ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul gram dan kunyit serta digoreng separuh masak. Masukkan pegaga ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Wah.... podeh n sodap ni! Berpeluh2 makan ...... ada plak sambal tempoyak, apalagi!!!!!

Monday, July 25, 2011

Monday, July 25, 2011

Asam Pedas Ikan Selar

Ari ni sambil kira stok barang2 jualan, buat akaun serba sikit...... akupun sempat jugaklah mengupdated blog aku ni. Begitulah hari2 yang dilalui ..... buat ini sikit, buat itu sikit, selesailah kerja satu hari. Bzzy... memanjang, tp kerja x siap2 jugak..... Sabo ajelah, buat pelan2, mana yang x selesai sambung esoknya plak. 

Masak hari2 yang x pergi bukak gerai itu mesti....... walau cuma yang simple je. Xnak makan lauk kedai je... Kalau bzzy sesangat waktu  kt gerai terpaksalah..!!! . Ini ada kat rumah (rumah aku ni merangkap kedai rawatan sekali @ rumah kedai) .... mesti masak walau cuma sayur dan ikan goreng. 

Kali ni aku  masak lauk berkuah plak iaitu 'Asam Pedas Ikan Selar'

Bahan2 : 

3 ekor ikan selar
8 biji bendi
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Ikan dibersihkan dan dipotong 2. Bendi di potong tangkai dan hujungnya. Tomato di belah empat Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. Bila mendidih masukkan  bendi. Masak lagi dan masukkan ikan. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.

p/s : Selalunya asam pedas taruh belacan dan daun kesom serta bunga kantan tp aku x masukkan sebab hubby aku tak suka... kalau taruh dia x makan lauk ni. So kalau korang nk taruh dlm resepi ni, silakan... mesti lagi sedap!!!

Monday, July 25, 2011

Petua Bekas Gula Tak Dihurung Semut


Minuman tanpa gula memang tak sedap....

Dan semut  sanggup mati kerana gula......

Ini semua di sebabkan kemanisan yang ada pada gula.......

Balang gula tak boleh langsung dibiarkan terdedah atau tidak ditutup rapat. Tau-tau berderet-deret semut datang dan menghurung balang gula tu....

Selalunya memang bertutup, tapi tau jelah..... terkadang balang gula tak ditutup rapat,  Apalagi penuhlah balang penuhlah dengan semut.

Petua untuk mengelakkan semut dari memasuki balang gula..... senang je!

Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih atau kulit kayu manis ke dalam bekas gula. 

Insya-Allah, dengan cara ini semut pasti tidak akan masuk.

p/s : Ada satu lagi cara iaitu sapukan balang gula dengan sedikit minyak masak, nescaya semut mesti tak boleh masuk. Tapi melekit-lekitlah pulak.


Sunday, July 24, 2011

Sunday, July 24, 2011

Tampil Menyerlah Dengan Solekan Yang Simple


Ari ni nak kongsi tips macamana nak menyerlah dan nampak hebat walau dengan solekan yang simple je... Aku korek rahsia ni dari majalah lama yang berlambak kat rumah.

Ini infonya...... copy je!

Walau sekadar merias wajah dengan solekan biasa tapi jika kena dengan tekniknya anda mampu tampil hebat dan menawan. Pasti ramai wanita ingi tahu bagaimana caranya bukan? Sebabnya ramai wanita hari ini begitu sibuk. Justeru tidak punya banyak masa untuk  menghias wajah . Bagi mereka asalkan nampak tidak pucat sudah memandai. Tips ni akan memberikan panduan bagaimana dengan menggunakan alatan mekap biasa anda boleh kelihatan lebih bergaya.

Warna natural serlahkan mata
Solekan  dimulakan di bahagian mata dengan menyapu pembayang mata warna pastel dan natural pada kelopak mata. Sapukan sedikit pada garis mata bahagian bawah untuk memberikan kesan lebih segar. Selepas itu sapukan liquid liner sepanjang garis mata bahagian atas. kepit bulu mata dengan pelentik bulu mata dan seterusnya menyapu mascara pada bulu mata atas dan bawah

Sapuan pemerah pipi
Sekiranya anda tidak mahu atau tidak berkesempatan untuk menyapu pembayang mata atau mascara, memandai sekiranya anda menyapu pemerah pipi pada tulang pipi, dahi dan rahang wajah. Selain itu anda boleh menyapu sedikit glitter pada leher dan wajah.

Gincu naikkan seri
Lipstik bukan sahaja menaikkan seri wajah seseorang, malah dianggap penyelamat ketika anda kesuntukan masa. Begitupun, pastikan pemilihan lipstik sesuai dengan suasana atau majlis yang akan anda hadiri. Jika menghadiri majlis santai misalnya, anda boleh memilih warna-warna natural/

Manakala untuk majlis rasmi, jangan ragu untuk menunjukkan kesan dramati. sebagai contoh, apa kata anda serlahkan penampilan yang sebenar dengan memilih lipstik merah. Biarpun ala kadar, namun pasti akan menyerlahkan penampilan anda pada majlis tersebut.

p/s : Sebagai panduan diriku dan anda semua..... muahhh!!!

Saturday, July 23, 2011

Saturday, July 23, 2011

Talam Marble


Jarang sangatlah aku masak memasak ni ambik resepi mana2.... Selalunya main buat je.... Tp kali ni aku cuba buat masakan kuih  ni... Nampak sedap dan aku tahu anak2 mesti suka... Aku masak ni hari Rabu lepas.... sesaje test, kalau menjadi boleh buat  lagi untuk menu berbuka bulan pose nanti.

Hubby kata.... wah rajinnya memasak!.... Siap buat kuih lagi. Maklum dah jarang aku buat kuih, sejak aku terbabit dalam meniaga ni. Rasanya aku dah terjangkit virus rajin memasak dengan para blogger masakan kot. Ha..ha..ha!!

Resepi ni aku ambil di My resepi...by Kak Fida... tp aku modified  ckit ... ikut apa yang aku ada kat gobok aku ni.  Asal boleh je.......!!!!

Inilah resepinya Talam Marble

250 gram tepung Jagung  ( Kak Fida guna tepung Hong Kwee)
* kita xde tepung tu ...

2 cawan gula  ( Kak Fida  buat 21/4)
* kurangkan ckit

1 tin susu cair dan ditambah dengan air cukupkan 2000ml
- Kak Fida guna 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
* kita x pakai santan - okey je!

3 sudu besar serbuk koko
*atau 1 botol serbuk koko yg kecil tu

1 sudu teh garam
* x bubuh pun xpe

Cara2 :

Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi dua. Satu  bahagian di campur koko. Masak adunan dlm periuk yangg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris. Cara ni hendaklah dilakukan dgn cepat kerana adunan cepat mengeras. Sejukkan. Siap utk dipotong dan dihidangkan.

p/s : xcantik langsung aku potong kuih ni.... aku ni dalam bab memotong kuih memang fail...agak buruk upenya!

Friday, July 22, 2011

Friday, July 22, 2011

Sup Bebola Ikan


Dalam kesibukan aku mengemas barang semlm sempat jugaklah mengupdated blog... masakan semalam yang simple. Campak2 je dah siap. Masakan berkuah dan bersup ni memang kegemaran aku dan anak2, lebih2 lagi di masak dengan  bebola dan kek ikan. Di tambah dengan sedikit sayur.... emm berkhasiat!

Masakan aku kali ni 'Sup Bebola Ikan'

Bahan2 :

1 paket bebola ikan
3 keping kek ikan
2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1/2 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Bebola ikan di belah dua, kek ikan, sawi, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2.  Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan bebola ikan, kek ikan, carot dan cendawan. Didihkan seketika. Masukkan sawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. Siap sedia untuk dimakan.

Sedap nih!,  makan pula dengan kerabu tomato... berselera makan. 

Nak resepi kerabu tomato? Klik sini

Thursday, July 21, 2011

Thursday, July 21, 2011

Meehoon Goreng


Tengahari smlm masak meehoon goreng je... Lauk kemarin masih berbaki. Lagipun pada petangnya ada pasar malam depan rumah kedai ni. Tau ajelah.... Bau semerbak pasar malam tu, buat anak2 pun merengek kt ayahnya nk macam2. Kalau dah macam tu, dah xde sapa nak makan mlm. Membazir je. Jadi buat masak tengahari meehoon goreng je.  Itupun meehon goreng yang sangat2 simple. Xde daging, ayam ataupun udang dan sotong segala bagai.... simple je!!!

Resepi 'Mehoon Goreng' aku yang simple.....

Bahan2  :

1 paket meehoon
2 keping kek ikan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
12 ekor ikan bilis
2 pokok sawi
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos  cili
1/4 cawan air asam jawa
3 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Meehoon direndam selama 15 minit dan ditoskan. Sawi, daun sup, daun bawang di potong2 dan dibersihkan. Kek ikan dipotong kecil. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Ikan bilis ditumbuk separuh lumat.

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk termasuk ikan bilis. Bila dah nampak kekuningan, masukkan cili giling. Tumiskan sampai agak2 garing. Masukkan  sos cili, sos tiram, 1 sudu kicap pekat dan air asam jawa. Masukkan juga kek ikan. Kacau2... 

Selepas itu masukkan sawi. Bila dah agak2 layu sikit, pecahkan telur. Gaul2kan sebati. Masukkan meehoon dan kacau. Selepas tu masukkan 2 sudu  kicap pekat lagi. perasakan denga garam dan gula. Gaul rata2 sampai semuanya bergaul dengan sebati. Lepas tu masukkan  daun bawang dan daun sup. Gaul lagi... sehingga serata. Dah siap... bolehlah dihidangkan dengan cili padi jeruk jika suka pedas...!

Itulah resepi aku ..... ye!

Wednesday, July 20, 2011

Wednesday, July 20, 2011

Rendang Pedas Ayam Perak Style


Masak rendang ayam semlm.... Sesaje nk ubah selera. Dah dekat nak bulan puasa ni. Bulan puasa ni lagilah sibuk...... Mungkin aku berniaga kat bazaar ramadan di Masjid Negeri sebulan penuh. Jadi... masa  pun nanti dah  sangat terhad. Makan minum di bulan puasa ni kat Masjid Negeri memanglah percuma sebab ada jamuan makan free. Tp aku ni memilih sikit... 

Ingat tahun lepas masa ramadan.... seksa nak makan, penat lg. Apa tidaknya.... makan nasi bungkus bukannya sedap, terkadang dah nak basi lg. Katering tu mungkin dah masak dari pagi  dan bungkus masa tengah panas... tu yang berbau semacam je.

Apapun kali ni aku akan cari masa nak masak jugak... simple pun xpe...  

Resepi yang aku nak post kali adalah 'Rendang Pedas Ayam Perak Style'....

Bahan2 :

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci isi kunyit
6 biji cili api
3 batang serai
2 sudu besar cili giling 
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
3 cawan santan pekat
Sedikit garam dan gula

Cara2 :

Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, isi kunyit, cili api dan  serai di kisar lumat. Daun kunyit di mayang halus.Masukkan semua bahan kisar, ayam dan daun kunyit kedalam kuali. Masukkan juga cili giling, santan, asam keping  dan  daun kunyit yang di mayang halus tadi. Masakkan sehingga hampir kering. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah masak dan agak2 kering rendang ni, bolehlah diangkat dan hidangkan. 

p/s : Selain makan dengan nasi, bolehlah juga di makan dengan lemang, ketupat dan nasi impit waktu hari raya nanti.... rayalah plak!!

Tuesday, July 19, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Kobis Panjang Tumis Air



Masak sayur lagi? Hari2 pun masak sayur.....  hari2 makan sayur xpe, kan sayur-sayuran ni berkhasiat. Baik untuk kesihatan... Ini lauk sayur untuk hidangan tengahari semalam daa.....

Inilah dia ..... simple je......'Kobis Panjang Tumis Air'

Bahan2 :

1/4 dari sebiji kobis panjang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kobis panjang  di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kobis panjang. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bye!

Monday, July 18, 2011

Monday, July 18, 2011

Sambal Telur Hancur Berkicap

Masak semalam sangat2 simple. Maklum aku ni sibuk sangat berniaga kat bazaar Masjid Negeri Shah Alam. Balik sekejap kat rumah.... tengok anak2 x makan lg. Aku cuma sempat masak nasi dan buat sambal ni aje... jadilah asal boleh makan.... anak2 ok je. Sebenonya  aku n anak2 dah x larat makan lauk kedai. Tak menepati selera langsung...!

Inilah dia, masakan segera.... 'Sambal Telur Hancur Berkicap'

Bahan2 : 

4 biji telur
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu besar kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Telur digoreng dan dihancur2kan di dalam kuali sehingga garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, kicap dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan telur hancur tadi dan gaulkan sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ok...!. sampai sini dan selamat makan.

Sunday, July 17, 2011

Sunday, July 17, 2011

Sawi Goreng Dengan Tauhu


Resepi sayur lagi..............! itulah aku.... yang  sangat suka masak sayur. Kalau boleh nak makan sayur je. Jadi vegetarian.... badan sihat, penyakit pun susah nak datang.

Masakan kali ni adalah 'Sawi Goreng dengan Cendawan'

Bahan2 :


1 ikat sawi
1 keping tauhu
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili api hijau
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Sawi di potong2 dan dibersihkan. Tauhu digoreng dan dipotong dadu. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili api dipotong dua.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan sawi. Masukkan air dan pati ayam. Masukkan juga tauhu. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : Lauk sayur yang sangat simple...... 

Saturday, July 16, 2011

Saturday, July 16, 2011

Petua Agar Spaghetti Tak Melekat


Spagetti .... sejenis makanan barat. Dulu2 mana ada benda ni. Kalau tanya Opah aku mesti dia tak tau punyalah. Sebut pun dia tak reti. Apa lagi nak masak dan makannya.

Selain spaghetti....... ada macam2 jenis benda ni.  Ada macoroni, fettucini dan  banyak2 lagi nama yang pelik bagi kita. Sekarang dah tak pelik lagi kot!......Sebenarnya semuanya sama. cuma bentuk2 tu aje yang berlainan. Di buat dari tepung dan telur je. Bila belum di masak keras sungguh benda ni.

Sekarang ni spaghetti ni dan yang seumpama dengannya ni.......... telah jadi biasa dengan lidah orang melayu sebab dah jadi alternatif pengganti mee, meehoon dan laksa dalam masakan melayu. Masakan barat yang dibuat dengan spaghetti  dan segala bagai ni  di kira okey ..... agak sesuai dengan lidah Melayu. Sedap gak!

Ini nak bagi petua sikit pasal cara2 merebus spaghetti............

Setiap kali merebus spaghetti, ia akan melekat antara satu sama lain. Bagi mengatasinya, letakkan sedikit minyak masak ketika merebus spagetti.

Agar lebih berperisa pula, masukkan garam.

Dengan cara ini, spaghetti bukan sahaja tidak melekat bahkan kelihatan menarik dan sedap.

Friday, July 15, 2011

Friday, July 15, 2011

Agar-Agar Kacang Hijau


Semalam mengemas laci dapur... dek terperasan ada lipas sekor. Punggah barang2 sikit. Nak kejar lipas ni.... Terperasan kat laci ada  sepeket agar2 yang di simpan dari bulan posa tahun lepas. Lamanya... nasib belum expired lagi. Boleh buat agar2 ni... Nak buat agar2 apa ye!... nampak plak dalam balang kecik tu ada kacang hijau, nak buat bubur x cukup punya... sikit sesangat. Okeylah pulun buat agar2 kacang hijau ajelah... 

Nak kena taruh santan ni.... panggil anak suruh ke kedai jap beli santan. Dah ready on semuanya... berusahalah aku membikin.......

'Agar-Agar Kacang Hijau' yang ntah ape2 ni....

Bahan2 :

1 paket agar stripe
1/2 cawan kacang hijau
2 cawan santan
2 cawan gula
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
air secukupnya.

Cara  :

Agar2 di basuh dan direbus sehingga hancur dan tidak bertali lagi. Kacang hijau direbus dengan 2 cawan air sampai  kembang. Satukan kedua2 bahan2 ni. Masukkan gula, daun pandan, santan dan perwarna hijau. Kacau sehingga hampir mendidih. Lepas tu bolehlah diangkat dan dimasukkan kedalam acuan. Sejukkan di dalam peti ais. Bila dah bekukan bolehlah dikeluarkan dari acuan dan dihidangkan. Boleh juga isi dalam loyang dah beku bolehlah dipotong2.
'Selamat makan'

p/s : Kena agak2 sendirilah banyak mana airnya....  kat paket agar2 saya ni ditulis air sebanyak 1400 ml. Apapun , aku kurangkan airnya nanti takut tak keras pulak agar2  ni.

Thursday, July 14, 2011

Thursday, July 14, 2011

Masak Lemak Betik Muda


Kelmarin....... my hubby bawak balik 3 biji buah betik Ada sebiji tu betik muda. Katanya buah betik ni kawannya bagi...... apalagi aku pun teringat masa kecik2 dulu kat kampung. Mak aku buat masak lemak.... emm sedap ni! Hubby pun setuju nak buat masak lemak betik ni. Tapi bukan masak lemak cili api... lemak cara lain pulak. 

Jadi...... aku nak cubalah ni... 

'Masak Lemak Betik Muda'....  resepi mak aku, ringkas je.

Bahan :

Separuh dari sebiji betik muda tapi dah merah kuning isinya.
4 biji cili hijau
2 biji bawang merah
1 helai daun kunyit
12 ekor ikan bilis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan santan
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Betik di buang kulit dan dipotong nipis.Cili hijau dibelah empat, bawang merah dihiris halus, daun kunyit di carik2 sahaja dan ikan bilis dibersihkan. Masukkan semua bahan ini kedalam periuk bersama secawan air dan secawan santan. Masukkan juga serbuk kunyit. Didihkannya. Apabila mendidih dan betik dah empuk, masukkan secawan lagi santan. Kacau sentiasa. Apabila dah mendidih sekali lagi, perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

'Selamat Mencuba'

p/s : Anak2 pelik tengok buah betik jadi sayur.... orang bandarlah katakan. Ha!... inilah masanya nak kenalkan pada diorang. Orang dulu2 kreatif jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...