Breaking

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Sunday, May 14, 2017

Sunday, May 14, 2017

Peria Masak Taucu

Lauk sayur peria masak taucu peberet aku nih.... Walau ramai tak suka sayur peria ni, aku sangat suka dengan sayur. Pahit-pahit sedap macam petai, jering dan kerdas. Tapi peria ni tak ada berbau. Ada satu keluarga yang aku kenal tu... suka sungguh buat ulam cicah sambal belacan sayur ni. Tapi aku paling suka bila sayur ni buat peria masak taucu la... sedappp!!!

Peria Masak Taucu
Peria Masak Taucu

En. suami, setelah dapat tahu yang akku suka sayur ni... rajin pulak dia membeli. Dia bukan makan sangat pun. Tapi sejak aku rajin buat lauk sayur peria masak taucu ni, anak-anak dah ada yang boleh menerima dan memakannya. Baguslah macam tu. Peria ni antara sayur yang sangat berkhasiat tau...! Selain masak taucu aku biasa masak goreng bersama telur... sedap jugak. Nak resepi...? Jommm.....


Peria Masak Taucu


Bahan-bahan:

3 biji peria katak
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
4 biji cili api hijau
Sepeket taucu
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu teh kicap masin
Beberapa ekor ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Air dalam 1/4 cawan lebih kurang

Cara-cara :

Peria di buang biji dan bahagian putih di dalamnya. di potong-potong dan di rendam dalam air garam sekurang-kurangnya 5 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mengurangkan rasa pahit. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Cili api di belah tidak putus.Tak perlu buang tangkai. Ikan bilis di bersihkan.

Tumis bahan yang di hiris bersama cili api dan ikan bilis. Dah hampir kekuningan, masukkan taucu, Goreng sebentar, masukkan peria yang telah direndam tadi tetapi sebelum tu cuci bersih dari air garam. Masukkan sekali air, pes asam jawa dan kicap masin. Air tu ikut kesesuaian. Nak lebih kuah tambah lebih air. 

Biarkan masakan merenih sebentar, iaitu menutupnya dengan tudung periuk dalam 2 - 4 minit. Ini utuk membolehkan peria menjadi sedikit lembut. Selepas tu perasakan dengan gula dan garam. Sudah sesuai ikut rasa sendiri. Boleh tutup api dan di hidangkan. 

p/s : Oh yer... jika suka, boleh di tambahkan tomato yang di belah 4 - 6 dalam peria masak taucu ini sewaktu memasukkan perasa. Okey!

Friday, November 11, 2016

Friday, November 11, 2016

Nasi Goreng Sambal Tumis Dengan Kacang Panjang

Juadah nasi goreng ni aku buat hari minggu yang lalu. Menyediakan masakan untuk keluarga ni kena kreatif dengan bahan2 yang ada dan tersedia di dapur. Pagi2 minggu terasa nak berehat dan duduk2 bersantai dan berbual dengan anak2 je. So, buat hidangan yang ringkas2  makan pagi dan tengahari lepas tu bolehlah mengadap tv dan bergurau senda bersama anak2.

Anak2 semua ada dirumah. Jadi tak nak berlama2 di dapur. Dah petang sikit baru masuk dapur untuk makan makan malam pulak. Dah selalu sangat update masak nasi goreng ini kat blog. Dah puluh2 resepi nasi goreng dah kot. Asas masak nasi goreng ni sama jer. Cuma olahan bahan2 iringan yant lain2. Dan rencah2 nasi goreng tu kena sepadan dengan jumlah nasi. 

Ini resepi ringkas je... gabungan sambal tumis dengan nasi gitu. Lihat je lah resepi mudah yang dah terbiasa ni... hihi!


Bahan2 :

4 cawan nasi
5 batang kacang panjang
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa @1 sudu makan pes asam jawa +1/2 cawan air
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Kicap secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara :

Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan. Kacang panjang di potong2. Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. Bawang besar di hiris. Tumis bawang2 yang dicincang. Dah naik bau dan kekuningan, masukkan cili giling.

Dah agak garing cili giling tu, masukkan air asam jawa dan bawang besar. Taruh sedikit garam dan gula. Kacau lagi sehingga pecah minyak dan hampir kering masukkan kacang panjang. Bila kacang panjang dah mula lembut, masukkan telur.

Kacau lagi biar telur merata dan tidak berketul. Masukkan nasi, kacau cepat2 dan pecah2kan ketulan nasi di dalam kuali. Percik2kan kicap kedalam nasi goreng ikut kesesuaian warna dan rasa sendiri. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera sendiri. 

Akhir tabur ikan bilis goreng. Kacau2 rata. Bila semua bahan dah sebati dan merata bolehlah diangkat dan dihidangkan. 


p/s : Sesuailah untuk selera kami sekeluarga..... nyum nyum!


Wednesday, October 26, 2016

Wednesday, October 26, 2016

Masak Lemak Telur Itik Bersama Pucuk Ubi Dan Belimbing Buluh

Juadah masakan beberapa hari lepas. Selera hubby la tu. Masak lemak cili api ni hari2 pun dia tak jemu. Setiap kali macam2 sayur dan lauk kampung nak di masak sekaligus. Kalau boleh semua benda tu nak dimasukkan sekali harung. Nasib baik bila dicampur2 tu menjadi dan sedappp...

Kali ni pucuk ubi dan belimbing buluh di gandingkan dengan telur itik. Rasanya.... perghhhh! Cili api aku bubuh dalam 25 biji. Tak pulak rasa pedas berlebihan. Rasa pedasnya sedang elok je kat tekak kami anak beranak. Rasanya boleh kot lain kali letak 30 biji pulak... hihi!

Kat blog ni ... inilah resepi yang paling sinonim. Dah tu, inilah juadah masakan yang hari2 mau jer kat tekak seluruh keluarga.. especially hubby. Apa nak buat orang nismilan... masak lemak cili api tak dapat dipisahkan..... :)


Bahan2 :
5 biji telur itik - di bersihkan dari kotoran
Secekak pucuk ubi - ambil pucuk dan daun muda sahaja
15 biji belimbing buluh - belah dua
25  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk ubi direbus sebentar. Buang airnya. Masukkan pucuk ubi yang telah direbus dan belimbing buluh yang telah dibersihkan   ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, pecahkan telur itik perlahan2 ke dalam periuk. 

Kacau bahagian atas gulai perlahan2 agar tidak terkena pecahan telur. Masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Biar lebih pedas... lebih ummpph.... Tapi yang tak nak pedas kurangkan jer la... hihi!


Sunday, October 9, 2016

Sunday, October 09, 2016

Sawi Dan Cendawan Stail Masakan China

Hari ni nak update cerita tentang masakan sayur yang sangat simple. Resepi ni aku dapat dari buku masakan china. Anak2 dan hubby suka sangat bila aku masak sawi stail macam ni. Semangkuk besar boleh habis sekali makan tengahari. Bila aku masak goreng sayur stail biasa.... kurang diorang nak layan. 

Resepi sayur ni pada asalnya sebenarnya sangat complicated. Sayur sawi ni perlu dicelur dalam air yang dah di letak sedikit minyak masak. Cendawan pun sama. Lepas tu disusun cantik di dalam pinggan. Kuahnya perlu dibuat dengan air rebusan daging. Ada di letak sedikit minyak bijan juga tapi tak letak pun takde hal punya.

Di ubah dan di olah ikut cara sendiri. Sayur sawi tu dalam resepi, digunakan sawi yang kecik saja dan cendawan pula cendawan yang macam straw tu. Tapi aku guna sawi yang biasa dan cendawan guna cendawan tiram biasa. Aku dah pernah cuba sayur kobis panjang... juga cendawan kering yang hitam tu. Boleh saja... tak lari kesedapannya.

Air rebusan daging tu aku ganti dengan sedikit kiub ayam. Dan aku masak terus sekali harung dalam periuk. Lepas tu tuang dalam mangkuk. Terus hidang. Takdenya nak susun2 bagai. Pernah buat susun2 dulu. Tapi dah malas dah. Lainkali nanti kalau jemput saudara mara datang makan ke rumah buat masakan ni, bolehlah hidang sayur ni dan susun cecantik.

Resepi?..... jommmmm!


Bahan2 :

3-4 pokok sawi
5-6 tangkai cendawan
2-3 hiris halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/6 dari seketul kiub ayam
1 sudu teh minyak bijan - kalau takde tak apa
1/4 cawan air
Minyak masak secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan pemekat - 2 sudu besar air campur 1sudu besar tepung jagung

Cara : 
Sawi di patah2kan ikut suka. Cendawan di siat2 sahaja. Halia dihiris memanjang. Tumis halia sehingga hampir kekuningan. Masukkan lada hitam, sos tiram, kiub ayam, minyak bijan dan air. Kalau nak lebih kuah, boleh tambah air lagi. 

Masukkan sawi dan cendawan. Masukkan juga bahan pemekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sayur dah cukup masak bolehlah di angkat dan dihidangkan. 


p/s : Suka hati kita la nak  buat cara apa pun... janji sedap kat tekak kita sendiri.... kan!


Wednesday, January 20, 2016

Wednesday, January 20, 2016

Tumis Kacang Panjang Dan Sambal Sardin

Dah lama tak bersiaran di sini.... Nasib baik ada yang sudi singgah lagi. Kalau tidak, bersawang la blog nih. Aku bukannya sibuk mana pun, cuma tak ada masakan2 baru yang dapat ku update di sini. 

Sekarang ekonomi keluarga ku pun kurang stabil. So, masak pun makanan2 ringkas jer. Yang semuanya dah pernah ku update diblog ni. Tapi dek blog ni memaparkan kisah makanan dan masakan... letak ajelah gambar ni.


Inilah juadah hidangan keluarga ku beberapa hari yang lepas..... Simple jer. Nak resepi, boleh klik SINI dan SINI.

Sekarang aku sedang cuba membangunkan blog2 aku yang lain. Ada 2 blog tu. Blog personal dan blog butik. Gigih sebenarnya nak menambah rezeki keluarga. Doakan semoga aku berjaya melakukannya.... aminnnn!

p/s :Teringin nak  buat kek, apakan daya mixer dah rosak ....iskh..iskh...iskh :(



Friday, December 18, 2015

Friday, December 18, 2015

KIMCHI.....

Minggu lepas ada tengok kat Wanita Hari Ini... cara buat kimchi. Sebelum tu ada tengok kat FB orang buat jual kimchi tu. Nampak sedap jugaklah... Anak2 plak minat korea... bila dapat tahu aku nak buat kimchi teruja sesangat diorang....

Aku pun mula membelek 2 resepi kimchi kat google. Macam2 versi ada. So, aku buat rumusan sendiri. Buat cara senang jer..  Ada yang buat letak paste tepung pulut... tambah sayur lobak putih... epal pun ada.

Tak letak itu semua .... hanya kobis panjang dan bawang putih jer... buat sikit jer... nak merasa jer...hihi!



Bahan2 :

1/4 dari sebiji kobis panjang
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan sos tiram
2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula

Cara2 :

Kobis dibersihkan dan dipotong besar2. Bawang putih di cincang kasar. Kobis digaul sebati dengan garam dan ditekan padat dalam sebuah bekas. Biarkan selama 6 jam.

Selepas 6 jam, basuh kobis yang bergaul garam beberapa kali untuk membuang lebihan garam. Gaulkan kobis dengan cili giling, bawang putih. sos tiram dan gula. 

Perap dan peram selama2 hari dibawah suhu biasa. Dah 2 hari, barulah boleh di makan dan disimpan dalam peti sejuk. Kalau nak lebih masam peram la 3 hari ikut kesesuaian rasa.



p/s : Anak2, mula2 teruja... tapi bila dah jadi cakap baunya tak sedap, menyengat. Camne nak makan tuh...hihi!

*******************
my priority.....!
klik SINI
*******************

Monday, December 14, 2015

Monday, December 14, 2015

Kacang Botor Goreng Cili Merah

Hmm..... ari ni nak kongsi resepi masakan sayur jer. Jangan tak tau sedap tau.... Rugi kalau tak makan. Masak sayur ni kalau kena caranya memang sedapppp!

Kacang botol atau kacang botor tak tau la.... Sama je kan! Macam biasa, anak2 suka jugak makan sayur ni... tapi ada yang pelik tengok ...dia kata kacang botor nicnampakmacam berkepak bila di potong2 tu.... hihi!
Okeylah kita tepek gambar ngan resepi kat sini....


Bahan : 

Secekak kacang botor
2 sb ikan bilis
3 biji cili merag
2 ulas bawang merah
1 ulas bawag putih
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Kacang botor dibersihkan dan dipotong2. Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Ikan bilis ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk sehingga wangi.

Masukkan kacang botor, air, garam dan gula secukup rasa. Tutup kuali. Apabila kacang botor dah agak lembut, tutup api.

Angkat dan sedia dihidangkan.

*Ikan bilis boleh ganti udang kering, nak pedas boleh tambah cili padi dan lebih berperisa... letakla sedikit belacan...


p/s : secukup rasa gittewww!

*******************
my dream.....!
klik SINI
*******************


Monday, October 5, 2015

Monday, October 05, 2015

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Goreng

Dah lam blog ni x berentry... bukan tak masak.... kemalasan melanda. Bila ada kerajinan sikit, masak kuih kurang menjadi. Hahaha....  Tak dapatlah tunjuk kat sini..... haish!

So, entry masak yang tak semenggah yang ada... gasak la engkau.... Tepek je la kat sini... Apa orang nak kata... ada aku kesah..!

Macam biasa... my hubby suka masak lemak cili api.... dan  anak2 suka ikan keli. Aku plak suka peria yang pahit. Jadilah kombinasi masakan ni....



Bahan2 :


1 biji peria (sederhana besar)  - potong kecil2
3 ekor ikan keli -goreng garing
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Peria yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan keli yang telah digoreng dan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Untuk mengurangkan pahit peria rendam peria yang telah dipotong2 dalam air dicampur garam lebih kurang dalam 5 minit....Suka sangat peria nih!


Monday, August 31, 2015

Monday, August 31, 2015

Ikan Siakap Masam Manis Bersama Epal Hijau

Masak lagi.... kali ni teringin makan ikan besar masak macam kat gerai atau restoran tu... Disebabkan nak jimat belanja, cari bahan2 kat pasar.... Kita masak sendiri!!

Ala.... nenas plak tak jumpa, tak nak yang dalam tin... tak fresh ..Alternative lain, epal hijau lah...

Jadilah masakan ni..terliur tuh... huhu! tapi presentation kelautt....

Layan resepi lah!


Bahan2 :

1 ekor ikan ikan siakap
3 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia- hiris
1 biji epal - buang kulit, hiris nipis
1 sk serbuk kunyit
1 sk tepung jagung
2 sm cili giling
3 sm sos tomato
3 sm sos cili
3 sm sos tiram
3 sm air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng dan menumis
Untuk hiasan nya sedikit cili merah dihiris dan sebiji tomato dipotong 6.

Cara2 :

Lumurkan garam, kunyit dan tepung jagung pada ikan. Goreng ikan dengan minyak yg banyak sehingga kuning keemasan dan masak. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia hingga kekuningan dan wangi.


Masukkan 3 jenis sos dan gaul rata. Masukkan juga air. Kacau rata dan biar terus mendidih. Masukkan epal hiris dan bahan hiasan. Dah masak, bolehlah dicurahkan kuah tadi atas ikan.


Sedia dihidangkan.





p/s : wah, rasa macam makan kat restoran 5 bintang tuuuu!

Thursday, August 20, 2015

Thursday, August 20, 2015

Masak Lemak Putih Petola, Fucuk dan Tauhu Bersama Sambal Ikan Kembung


Sekarang ni dah tah terkejar masak macam2 makanan dah... Dedulu rajin try dan buat resepi itu... resepi ini... Dah surrender dah... Masak apa yang patut je.

Sebab pertama... sibuk.... Sebab seterusnye, tak ada ramai yang nak makan.... 2 - 3 kerat je yang tinggal kat rumah. Memilih makan plak tu... yang tak biasa dia makan atau tak pernah jumpa dan rasa, jangan harap la dia nak sentuh. Nanti terbuang jer... suami denan anak bongsu... cerewet bab makan ni...

Tu la... alkisahnyer bila anak2 dah tinggal jauh belajar. So, tu yang lagi xde mood nak masak lebih2..

Okey la.... 

Sesiapa yang nak resepi mudah aku ni.....hehe!

Masak lemak putih petola, Fucuk dan tauhu... klik SINI

Sambal ikan kembong..... klik SINI

Sehingga bertemu lagi.... bye!

Wednesday, August 12, 2015

Wednesday, August 12, 2015

Masak Kicap Telur Rebus...kegemaran keluarga!

Sibuk jugakla, kebelakangan ni.... Masak sehabis ringkas gitu... Ada berapa masakan ringkas yang digemari sekeluarga... Itu la yang selalu di ulang2 memasaknya. 


Salah satunya ini la dia.... gambar kat atas tu, ringkas jer... Nak nampak bervariasi campur dengan kentang.  Makan plak berulam timun dan tomato.


Ini satu lagi gambar masak telur kicap jugak.... Yang ni tak ada kentangnya... tapi sedap jugak ni.. Tak abis2 ngan masak kicap telur rebus ...hihi!

Masak kicap ni dah banyak kali masuk blog.... so, klau nak resepi kliK je la kat SINI..

Okey... chau dulu...:)

Saturday, August 8, 2015

Saturday, August 08, 2015

Menu Tengahari Smlm... Sambal Tumis dan Masak Lemak Putih..



Masak tetap masak..... Sibuk tetap macam biasa. 
Bila perut berkeroncong minta diisi... kena lah masak dan makan.
 Kalau tidak, kebulur plak tak makan...

Ini aje la yang sempat disiapkan... Okeyla tu, kan? 
Berselera la makan... ada petai. 

Peberet tuh... hihi!

Nak resepi sambal tumis ikan bilis petai.... klik sini
Resepi masak lemak putih plak .... klik sini 

Sampai sini saje.... ada kerja ckit nak buat....
bye!


Thursday, August 6, 2015

Thursday, August 06, 2015

Nasi Goreng Mudah, Cepat Siap Dan Sedap...


Nasi goreng hari minggu kelmarin.... Sarapan pagi tapi tak la pagi sangat pada hari minggu. Biasa la hari minggu anak2 lewat bangun tido..... 

Tengahari tu tak masak, sebab nak pergi kenduri kahwin. Lebihan makan pagi... makan lagi sebelum pergi kenduri. Tak la nampak kebulur sangat kat rumah orang kahwin tu.... hihi!

Nasi goreng, makanan yang biasa sangat aku buat dan letak kat blog nih... Macam2 jenis style dah letak ......yerla, mudah la katakan!

Kalau nak tengok resepi2 tu ..klik sini..

*******************
my life.....!
klik SINI
********************


Wednesday, July 29, 2015

Wednesday, July 29, 2015

MENU TENGAHARI INI : IKAN SAMBAL DAN KANGKUNG TUMIS AIR.....

Mood memasak sekarang ni dah lemau je rasanye.... Bukannye apa, xde masa sesangat nak cuba atau eksperimen ngan resepi2 baru... Resepi yang masak hari2 tu dah hampir semua di kongsi  kat sini....

So, untuk mengelakkan blog ni terabai... aku share gambar apa yang aku masak hari2 tu kat sini bila ada kelapangan.... mungkin 2 - 3 kali seminggu....

And then bagi link dia kat sini.... hehe!. Tapi kalau ada resepi baru yang aku masak, akan dishare seperti biasa.... boleh lah yer!

Menu tengahari ni..... ikan sambal dan kangkung tumis air jer!!!


Untuk resepi ikan sambal boleh klik sini... dan kangkung goreng klik sini ... Antara juadah yang paling biasa di masak. Itula seadanya... Alhamdulillah.... rezeki hari ni... :)  

Sampai ber updated lagi.... bye!



Thursday, May 21, 2015

Thursday, May 21, 2015

PERIA GORENG

Haiyya... bisnes online ni baru nak mula.... belum lagi sales terpaksa huru-hara tuh! Hari2 memang ngadap laptop tapi tak sempat updated blog nih! Tu la dia....

Kali ni nak share resepi mudah...... yang aku sorang je suka.... hubby ngan anak2 memang tak suka...Haha... mencebik dorang bila tengok lauk ni terhidang....

Xpe2... ramai lagi yg suka... kat luar tu ramai penggemar nih! Layannn.....


Bahan2 :

1 biji peria sederhana besar
3 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Hiris peria nipis2. Buang biji dan empulur yang warna putih2 tu. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit. Lepas  tu basuh 2-3 kali utk membuang masin tu.

Gaul peria dgn tepung beras, tepung gandum dan serbuk kari. Gaul biar semua bahan tu bersalut dgn peria. Goreng dgn minyak panas sehingga garing.

Dah masak bolehlah dihidangkan dgn nasi panas dan kari ikan....


p/s ; Utk yg tak suka tu, biasalah... pada penggemar peria...uhhh marveless!!


Tuesday, May 12, 2015

Tuesday, May 12, 2015

Pucuk Paku Dan Ikan Masin Masak Lemak Cili Api

Sejak terjebak dalam bisnes online nih...'terjebak' tuh.... busy yang amat aku... tak berkesempatan aku nak updated blog nih hari2... 

Alhamdulillah ada rezeki aku dalam bisnes nih... apapun, hobi mengupdated apa yg aku masak kat blog ni akan terus berjalan.... walaupun tak se aktif dulu2 tuh... hehe!

Masakan yg aku nak update ni.... masakan kampung je.... resepi pilihan my hubby... makan hari2 pun xpe, cuma tukar jenis bahannya je....

Bahan2 :

2 ikat pucuk paku

3 ekor ikan masin
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk  paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan masin dibersihkandan dipotong. Masukkan pucuk paku dan ikan masin ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. 

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. 

Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Apalagi... laju je hubby ngan anak2 makan,sesuai ngan citarasa le tu!

Wednesday, April 29, 2015

Wednesday, April 29, 2015

Sawi dan Cendawan Tumis Air Chinese Style

Lauk sayur iringan makan tengahari semalam.... Sejak pertama kali buat, terus jadi kegemaran keluarga lauk sayur ni... 

Sibuk macam mana pun mesti masak... yang ringan2 dan mudah2 jer... yang berat2 beli... bukan malas tapi tak berkesempatan lama2 di dapur.

Layan je la resepi simple nih....

Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam 
@ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. 

Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. 

Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.


p/s : Dah diubahsuai.... bercitarasa melayu.... gitu!

Wednesday, April 8, 2015

Wednesday, April 08, 2015

Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Api Dengan Kacang Panjang

Sedihnya ari ni.... dalam sibuk2 nak masukkan gambar masakan dari hp ke laptop, tiba2 tertekan delete. Habis padam semua gambar.... Ala... sedihnya, penat ambik gambar, kumpul gambar hilang sekelip mata je..... sob...sob!

Pujuk hati sendiri.... xpe2 nanti kita kumpul lagi... tapi beringat, lepas ambik terus masuk lappy... untuk safety. Agak sibuk ari ni menguruskan brg2 jualan online yg nak dipos... alhamdulillah dah selesai dah! Skrg menyibukkan diri updated brg2 online lagi.... harap2 rezeki dtg lagi.

Ari ni... masak lemak cili api lagi.... itu je la yang diulang2... Sedap gitu dan sesuai selera sekeluarga. Hmmmm.... layan gambar dan resepi lagi....hehe!


Bahan2 :

1 ekor ikan cencaru
1 ikat kacang panjang

12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan cencaru  dibuang kulit kerasnya dan dibersihkan. Kacang panjang dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang dan ikan serta secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Bolehlah,  janji sedap dan menyelerakan.......!


Monday, March 30, 2015

Monday, March 30, 2015

Gulai Betik Lemak Kuning

Satu hari tu my hubby bawak balik sebiji betik muda, kecik je betik tu... muda benar plak tu. Nak masak lemak kuning katanya. Ikutkan ajelah.

My hubby tolong buangkan kulit dan hiris2kan betik tu... So, aku pun masakkan lah betik tu. Not bad.. sedap jugaklah, masak sayur ni.

Cuma sayur ni tak bolehlah buat pedas macam masak lemak cili api yang biasa... nanti hilang plak kemanisan sayur betik tu.

Okeylah.. kita layan gambar dan resepi...


Bahan2 :
1 biji betik muda
Segenggam ikan bilis
7  biji cili api - tumbuk
1/2 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Betik muda dibuang kulit, diracik nipis dan dibersihkan. Lepas tu didihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan ikan bilis. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan mereneh. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Cantik je my hubby racik2 betik muda tu...hehe!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...