Breaking

Sunday, December 1, 2013

Sunday, December 01, 2013

Lemak Cili Api Daging Dengan Belimbing Buloh

Aku skrg ni maybe akan rajin updated blog sebab dh ada assistant sepenuh masa nanti... anak perempuan yg dah abis SPM tu... dia yg jaga kedai... boleh le aku kemas2 rumah sesambil berblog kan!

Masak lemak cili api ni dah sinonim ngan aku kt blog ni.... ye la.... asyik2 itulah masakan yg aku updated kt sini.... Apa nk kata... itulah juadah yg aku sentiasa buat... balik2 cili api dan lomak cili api..!!!

Hehe... redah ajelah!!!


Bahan2:

300gm daging  - potong kecil2
15 biji buah belimbing buloh - belah dua
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. 

Selepas itu masukkan belimbing buloh yg telah dibelah dua. Masak lagi dan masukkan  secawan santan pekat serta secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Sedap tu....! buah belimbing ni sangat2 digemari my hubby... buat lauk! Jika suka boleh masukkan sekali tomato... buah kegemaran akulah tu!

Sunday, November 24, 2013

Sunday, November 24, 2013

Maggi Goreng Basah Simple.... auww!

Dah malas sesangat rasanya mengupdated blog.... sebab ...sebab... sebab.... letih, penat, bila balik niaga lah tuuuuuu....... Balik niaga dah kul 7 lebih ke kul 8.... lepas tu masak sampai kul 9... lepas tu makan... mengemas serba ckit dah ni kul 11... apa nk buat lg... kepala pun dah tingtong nk tido... cari tempat tido la.. tu la pase!

Ari ni rehat ckit kt rumah aku updated la masakan ni... mcm biasa... yg mudah2 je!!!


Bahan2 :

5 keping  mee segera 
(beli mee segera yg xde perisa tu - rendam dlm air panas sehingga lembut dan toskan)
2 keping daging burger 

(dipotong 2 kecil dan digoreng dahulu)
3 pokok sawi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sudu besar cili giling

2 sudu besar sos cili
2 sudu besr sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu teh pes asam jawa
1/4 dari sebiji kiub ayam
1/4 cawan air
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya.

Sedikit cili merah dan hirisan limau nipis utk hiasan

Cara2 :

Sawi dipotong2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat Tumiskan bahan tumbuk sampai wangi dan kekuningan.

Masukkan cili giling dan dimasak sampai garing selepas itu masukkan daging burger, sos tiram, kicap, pes asam jawa dan kiub ayam. Biar seketika sehingga daging masak.

Masukkan 1/4 cawan air dan sawi. Tunggu sehingga sawi layu. Lepas itu masukkan mee segera. Kacau2 sehingga rata. Kacau lagi dan bolehlah dihidangkan. Simple jeeeeeeeeeeeeee!!!


p/s : Simple pun sedap gak!

Saturday, November 16, 2013

Saturday, November 16, 2013

Kari Kepala Ikan Merah ~ besar gedabak u!

Kali ni masak kari plak.... Dah jemu berlomak cili api dan bersambal merah, kali ni kita masak yang real punya kari.... power gituuu.!

Selalunya pakai ikan yang comel2 je... kali ni, nah!.... besar gedabak kepala dia. Dua keping kepala yang dibelah dua tu penuh satu periuk.

Puas jugaklah kami sekeluarga nk mengabeskannya.... huhu! Sekali- sekala makan ikan yang besar2.... bukannya selalu!



Bahan2 :

1 ekor kepala ikan merah 
5 biji bendi 
1 biji tomato 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara2 :

Kepala ikan di belah dua dan dipotong. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk. Tumiskan bahan tumbuk dan daun kariBila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. 

Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga bendi yang telah dibuang pangkal dan hujungnya dan kepala ikan. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. 

Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato yang dibelah empat dan cili merah yang dibelah dua sekejap. lepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan


p/s : Seronok  bila tengok anak2 n hubby berselera makan..... alhamdulillah!

Monday, November 4, 2013

Monday, November 04, 2013

Pajeri Terung...... masakan kampung yang sedappp!

Huhu... sedap nih... inilah namanya makanan biasa tp rasa luarbiasa. Kegemaran seisi keluarga nih! Aku selalu buat ni... kalau x guna terung aku guna nenas.... buah kedondong pun boleh jugak...

Resepi turun temurun yang sentiasa x ditelan zaman walau masa terus berlalu.... walaupun cuma masakan kampung je...

Okeylah.... kita layan dulu...



Bahan2 :

4 - 5 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus
 ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Terung dibersihkan dan dibelah. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat.  

Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. 

Bila dah dah mendidih masukkan terung. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila terung dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Hidangan iringannya ikan sepat masin goreng dan sambal tempoyak... power!!!

Saturday, October 26, 2013

Saturday, October 26, 2013

Pizza Mini ~ Comel tp agak garing rotinya....

Aku ni bukannya pandai buat roti... x pernah aku buat pun. Buat pizza tu adalah. Dalam proses nk buat mini pizza ni, aku main redah je adunan kulit pizza yg biasa aku buat tu... nk tengok resepi pizza yg biasa buat, boleh klik sini.

So,  mini pizza yang aku buat ni, tang roti ni jadi agak garing dan mengeras ckit. Intinya plak okey je. Ala.... janji jadi dan boleh dimakan... n ada rupa mini pizza yang jual tu...hehe. ni ayat nk menyedapkan hati sendiri ngan anak2 la tu.

Ikutkan xyahlah share kt orang di sebabkan kurang menjadi .... tp utk blog aku ni, aku nk buat kenangan pasal buat roti ni, so aku update lah... 

N then aku letak resepi sekali.... hehe!


Bahan2 : 

Doh
250 gm tepung gandum
140ml air suam~jika suka boleh ganti/campur dgn susu cair/segar
1 paket mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
Topping
Sosej 
Sos cili
Mayonis
#secukupnya

Cara :
Bancuh yis dan gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Lepas tu masukkan semua bahan dalam bekas...Gaul guna mixer. Bila bahan doh bergaul, uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit. Kalau doh melekat... taruh tepung cukup2 bagi ia tak melekit.

Keluarkan dan uli seketika. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit. Apabila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin. 

Bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian dan canailah adunan tersebut menjadi bulatan leper yang  kecil dan diletakan dalam dulang atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Hiris sosej menyerong. Sapukan sos cili diatas setiap doh. Susunkan sosej diatanya dan picitkan pula mayonis. 

Bakar adunan dlm 15 minit atau sehingga doh masak.



p/s : Jadilah.... asal boleh dimakan, dlm pada tu... abis gak! Ada orang ckp nk buat roti kena buh bread improver... barulah roti lembut.... okey... lenkali aku buh bila wat roti lagi... dah beli dah!


Thursday, October 24, 2013

Thursday, October 24, 2013

Ikan Tenggiri dan Pegaga masak LemaK Cili Api

Hmmmm.... apa lagi, masak lemak cili api kegemaran hubby ku... Aku... suka jugak! Masak je... apa kesah, janji aku masak aritu...

Dah selalu aku masak lauk ni.... dahpun letak kt blog lama dulu... tp den nk letak gak... ponek den masak...hehe!



 Bahan2 :

3 ikat pegaga
3 keping ikan tenggiri potong
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pegaga dibersihkan dan dibuang  akarnya. Ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Ikan tenggiri dibersihkan, digaul gram dan kunyit serta digoreng separuh masak. Masukkan pegaga ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Wah.... podeh n sodap ni! Berpeluh2 makan ...... hidangan iringan, ikan masin goreng dan sambal tempoyak... sodapppp!

Saturday, October 19, 2013

Saturday, October 19, 2013

Sambal Tumis Terung Dan Ikan Bilis

Sedapnyer.... dan sungguh menyelerakan..! Salah satu masakan kegemaran yang biasa dibuat. Mak kat kampung selalu buat jugak.... Kiranya aku belajar masak juadah ni dari dia...!

Senang... mudah dan sedap. Anak2 dan hubby suka je.... xde yg komplen pun!


Bahan 2 :

4 biji terung panjang - potong serong
2 sudu ikan bilis - bersihkan dan goreng
2 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - hiris
21/2 sudu besar cili giling  atau 15 biji cili kering - tumbuk lumat
Sebesar ibu jari asam jawa - ambil airnya
Gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya

Cara2 :

Terung panjang digoreng jangan terlalu masak(cukup sekadar lembut). Ikan bilis digoreng sebentar. Bawang merah dan putih ditumis dengan sedikit minyak. 


Bila dah kuning sikit masukkan cili  dan goreng sampai garing. Kalau terlalu pekat tambah sikit air. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Kacau sampai naik minyak. 

Masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan ikan bilis  dan terung yang digoreng tadi. Kacau sebati. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Blog saya ni hanya ada masakan simple je... harap x boring yer..!

Wednesday, October 16, 2013

Wednesday, October 16, 2013

Berdangdutlah Denganku ~ Puding Laici Dangdut Lagi....

Waktu hari2 yang panas minggu lepas, akupun sediakan juadah ini sebagai pencuci mulut dan minum petang. Sedap puding ni... x jemu2 makannya... dah makan terasa nk lagi dan lagi!

Resepinya dah tentulah aku ambil dari seorg chef terkenal iaitu chef hanieliza.

Ramai dah tahu resepi ni.... dah dikenali ramai..! Tp aku share jugaklah resepi kt cni...


Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air ( 8 cawan air)
2 cawan gula ( boleh kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. 

Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh. 

 Bekukan dan  sejukkan di dalam peti ais.



p/s : Selain isi dalam mangkuk ni.... aku isi dlm mangkuk2 kecil yg org jual dadih tu.... ckit aku bagi kt kawan2 niaga kt spital... sedap kata diorg!

Saturday, October 12, 2013

Saturday, October 12, 2013

Ikan Keli Masak Tomyam

Kengkadang tu buntu jugaklah nk masak apa.... terpaksalah perah otak memikirkan apa lah yg sesuai nk di masak ikan keli ni... Nk masak sambal, cili terlupa beli... Nk masak gulai tempoyak, tempoyak xde... Yg ada.... kiub tomyam dan sayur ckit.... Kes ni beberapa hari lepaslah...

Aku kerjakanlah masak tomyam ikan keli ni.... haha..!!. Resepi ni pernah buat sebenarnya cuma ikannya aku tukar... dari ikan tonggkol dan ikan kembung.... kali ni buat ikan kli plak. Sumber asal resepi dari blog Secubit Garam....!


Bahan2 :

2 ekor ikan keli sederhana besar
1 ketul kuib tomyam
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 kuntum cendawan tiram
1/2 batang carot
1 biji tomato

1 sudu besar sos tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi

2 biji limau kasturi
Beberapa helai daun limau purut
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan,dipotong2 dan digoreng separuh masak. Bawang putih, halia, cili padi dan serai dititk. Bawang besar dan carot dihiris. Cendawan disiat2. Tomato pula di belah empat.

Tumis bahan yang dititk bersama. Bila dah kekuningan, masukkan daun limau purut, kiub tomyam dan sos tomato. Masukkan juga carot dan sedikit air. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.

Bila kuah dah mendidih, masukkan ikanvkeli. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan tomato. Tutup api dan selepas tu masukkan perahan air limau kasturi. Dah siap bolehlah dihidangkan panas2.

p/s : selalunya ikan x perlu digoreng... tp aku goreng ikan keli ni xnak bagi hancur.


Tuesday, October 8, 2013

Tuesday, October 08, 2013

Mee Goreng Mamak

Ini mee goreng mamak aku di pagi minggu.... Xyah gi kedai mamak, masak dan makan kt umah je.. haha!!

Resepi mee ni aku dah lama tau ... Yang lain tu aku main redah je ikut sedap tekak dan sesedap rasa aku je...

Dah lama x buat.... anak2 semua makan dgn lahapnya... Kenyang sampai tengaharilah.  X masak tghari plak sebab gi kenduri kahwin... huhu.. Mlm makan yg ringan2 jelah... Perut pun dah penuh....!


Bahan2 :

1 paket mee kuning
3 biji  bawang merah - ditumbuk
2 ulas  bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili giling
4 sudu makan kicap
1/2 cawan sos cili
1 biji telur ayam
1 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu

2 keping cucur udang - dipotong2 (xdepun xpe)
2 pokok sawi - dipotong2
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili giling dan kacau garing. Masukkan tauhu, cucur udang, sos cili dan kicap. Gaul dan masukkan air. Didihkan sebentar. Masukkan sawi.

Bila sawi dah layu, pecahkan telur. Kacau dan masukkan mee kuning. Kacau lagi serta perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap, hiaskan dengan cili merah hiris, bawang goreng dan sehiris limau kasturi.. lepas tu bolehlah dimakan panas2.



p/s : Sedap tau...!

Thursday, October 3, 2013

Thursday, October 03, 2013

Ikan Kerisi Black Pepper

Kelmarin aku masak simple je..... Ikan merah kecil atau ikan kerisi masak lada hitam. Sesaje je letak nama omputih...nk bagi glemer ckit... boleh kan!!! Sedap tu makan dengan nasi putih panas2. 

Badan pun letih dengan kerja2 di siang2 hari.... jadi xnak celoteh panjang2... kita updated je resepi yg x seberapa ni...!


Bahan2 :

4 ekor ikan ikan kerisi  saiz agak sederhana 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Goreng Ikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. 

Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.

Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. Sedia di hidangkan.


p/s : Hias dan makan berulam dengan tomato merah... sedap!

Sunday, September 29, 2013

Sunday, September 29, 2013

Nasi Goreng Kampung

Penat balik dari KL yg sesak dan menyesakkan tghari  tadi, membeli barang2 serba ckit untuk jualan.... masak jela menu simple ni.

Dah masak dan makan.. kepala pun ting tong je.... nk tido anak2 asyik keluar masuk2 umah je.... ntah apa2 dibuat... akupun taiplah n3 ni...

Senang yg amat masaknya... plak!


Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
12 biji cili api - tumbuk lumat
2 biji telur
Secekak kangkung
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang besar, bawang putih. Bila dah kekuningan, masukkan cili api tumbuk. Goreng sampai agak wangi dan berbau menyengat. Masukkan kangkung yg telah dipotong dan dibersihkan. Biar sedikit masak. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan. Untuk ulam dan hiasan, letaklah timun dan tomato...!


p/s : Selesai suda... untk tghari... malam nanti masak lagi...menu apa eh!

Sunday, September 22, 2013

Sunday, September 22, 2013

Kek Buah Kukus

Blog oh blog.... mood berblog dah datang tu updated jelah! Mood masak pun sama.... masak memang hari2 tp bila datang malas tu xmo nk snao gambar.... terus je ngap makan. Bila datang mood tu, tetiba je nk bergambar bagai masakan tu....

Mood berblog pun sama.... dh berderet gambar dlm folder, bila nk updated?.. hehe tunggu punya tunggu sampai lupa gambar mana yg dah di updated dan dimasukkan dlm blog... tu lah dia...! 

Xpelah janji blog aku ni berfungsi .... buat suka2 je blog ni, sesambil cari rezeki.!!!

And then kita updated resepi seterusnyerrrrrrrrrr......!!!

Resepi simple n  ramai orang tau buat.... aku dh pernah buat tp ini kali pertama letak kt blog. Rasa memang x menghampakan... sedap, x manis sangat... dan x muak bila makan banyak2..!

Resepi asal ambil dari my resepi oleh Diana D... olah ckit sebab resepi kek dia besar sangat dan acuan aku kecik ckit!


Bahan2 : 

450gm tepung gandum
225gm gula halus
1 1/2 ketul mentega
6 biji telur
1 1/2 sk soda bicarbonate
1 1/2 sk esen vanila
1 cawan gula halus - buat gula hangus
1 cawan buah-buahan campuran



Cara2 :

Gaulkan buah-buahan campur  dengan sedikit tepung. Ketepikan. Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati. 

Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti. 

Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.  Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm aduna cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati. 

Masukkan pula  buah-buahan  yg telah dicampur  tepung tadi. Gaul lagi sampai rata. Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan butter dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 2-3 jam.


p/s : Kek kukus ni buat minggu lepas... sebelum ni ada aku buat sebijik tuk raya aritu ..entah nape x plak ambik gambar.... aku kukus ni dlm satu jam lebih je.... sebab nk keluar wktu tu... kalau kukus lame mesti warnanye lebih gelap dan  cantik kan!!

Thursday, September 19, 2013

Thursday, September 19, 2013

Kari Daging Pekat

Dalam kesibukan.... sedar x sedar dah hampir seminggu jugaklah x updated blog ni... Sibuk, x sihat, stress dan macam2 belaku plak tu.... sabo ajelah!

Aktiviti memasak dan makan tetap diteruskan.... Kengkadang rajin nk ambil gambar dan share kt cni... ada masana malas sangat plak!

Ari ni cuma nk share kari daging pekat ni..... hubby yg masak tau....! Aku tolong2 siapkan bahan2 je! Jangan x tau... sesekali dia masak sedap jugak... anak2 kata ... ayah masak, best!!!



Bahan2 :
500gm daging - dipotong kecil
(aku buat ni campur ckit dgn daging tetel)
3 biji kentang - di buang kulit dipotong 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1 cm halia 
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari daging 
1 sudu teh pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu besar kerisik
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat. Tumiskan.. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. 

Masukkan serbuk kari daging  dan kerisik sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging dan secawan air, renihkan sehingga daging benar2 empuk.Masukkan kentang... tunggu sekejap. 

Lepas tu masukkan santan Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk dan kuah menjadi pekat. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap bolehlah diangkat.



p/s :  X banyak  beza dgn kari daging biasa cuma ada penambahan kerisik je...sedap!

Thursday, September 12, 2013

Thursday, September 12, 2013

Sawi Dan Cendawan.... Chinese Style

Inilah masakan sayur yg paling aku suka.... aku belajo ni dari buku masakan china tau! 

Sebenarnya masakan ni dibuat dengan cara lain... iaitu sawi tu kalau boleh cari yg kecik2 je... celur dan susun dalam pinggan. Cendawan aku guna cendawaan tiram ... dlm buku tu guna cendawan kecik2 halus mcm taugeh tu.. celur jugak sekejap. buat kuahnya lepas tu siram atas sawi dan cendawan yg telah disusun cantik.

Aku buat cara mudah sebenarnya...tp bagi sesiapa yg nk buat cantik utk jamuan makan, memang sesuai dihias cantik. Klau nk makan sendiri tu, x kisah..buat cara mcam aku ni... kita yg buat dia kan!



Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
(Kalau xde pakai je sawi biasa)
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam @ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. 

Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. 

Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.



p/s : Sedap, aku suka ratah2 gitu je... hmmm! Dah pernah letak masakan ni dlm blog ni... tp sesaje nk letak lg dan lg.... xde idea le tu.... haha!


Tuesday, September 10, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Sambal Tumis Petai dan Bawang Besar ~ simple dan sedap....

Skrg ni asyik moody dan sibuk manjang.... nk updated blog pun xde masa je... jumlah org jengok blog akupun makin merudum.... aiyyyaa... camne ni...maleh sokmo oiiiiii...!

Tp arini aku paksa merajinkan diri jugak... dan terhasil lah n3 ni.... lauk ni masakan smlm.... sedap tu.. x sedar tambah 2 pingggan...haha....! bilalah nk kurus ni.... habih terberancai dietttttt...n vegetarian aku keh...keh..keh!!!!

Teruskan dengan resepi mudah dan biasa2 je  ni... 


Bahan2 :

3 papan petai 
( di kupas sebiji-sebiji tp belah ckit je u
tk intai takut ada makhluk kt dalamnya)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit ikan bilis - di goreng garing
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang besar dan bawang putih di hiris nipis. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Lepas tu masukkan petai. Goreng lagi sebentar. Masukkan pula cili giling. Goreng sampai wap cili berbau semerbak.

Masukkan air asam jawadan tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sedikit ikan bilis goreng tadi, tinggalkan sikit utk tabur atas sambal. Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas.... menyengat!



p/s : Fuh..... marvellous!!!

Saturday, August 31, 2013

Saturday, August 31, 2013

Mee Kuning Dan Sup Daging

Xnak cakap banyak2 sebab tengah tension.... air xde kt umah! Mood sungguh boring sebab banyak perkara x boleh buat...  memasak apatah lg... lebih2 lg bab mencuci diri....

So... teruskan dengan juadah aku ni... senang jer.... buat sup... sediakan mee.!


Bahan2 :


1 paket mee kuning 
- di celur dgn air panas sebentar dan tapis.
1 cawan daging hiris
1/2  paket kek ikan
2 pokok sawi
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, 
bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Rebus daging sehingga lembut. Kek ikan dihiris nipis, sawi, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan kedalam periuk rebusan daging. Masukkan sekali sup bunjut, kiub ayam dan serbuk lada hitam. Renehkan sekejap, tambahkan air lagi jika perlu. Masukkan kek ikan, bunga kobis, dan carot. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi . Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. Siap sedia untuk dimakan bersama mee yg telah dicelur. Sedap di makan dengan sambal kicap.




p/s : Sedap dan bervariasi lah jugak... bila dah jemu makan nasi!


Wednesday, August 28, 2013

Wednesday, August 28, 2013

Kek Coklat Moist

Dah berkurun rasanya x updated resepi kt blog ni.... Pun dah lama x bersiaran dengan resepi2 baru. Ari ni cuma nk updated kek yang aku buat beberapa ari lepas. Kek ni aku buat untuk majlis hari raya kt sekolah anak2 aku. Kuih raya dah tinggal serdak je... camne nk bawak kesekolah... so buatlah kek.

Fikir punya fikir dan belek2 resepi...aku buat kek ikut resepi ni.... sebenarnye dh pernah rasanya aku buat tp cuma x berkesempatan letak kt blog. Kek ni memang sedap... terasa sangat moistnya. 

So... agar resepi ni dan nostalgia makan kek ni  yg terasa menjilat jari... x hilang ditelan waktu.. aku hapdet kt cni ....lahhhhhh!!!

Resepi ni aku ambil dari blog http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com  mohon  share  yer!!!




Bahan2 :

4 biji telur
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
1 1/2 ketul butter
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat


Cara:

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana.. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati.. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg.. Masukkan esen vanilla. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..

Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe.. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ).. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss.. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak.. aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Dah siap... sejukkan... bolehlah dipotong2.... boleh gak dihias ikut citarasa dgn krim atau coklat cair... ikut kreativiti masing2... 



p/s :  aku plak x kreatif dan xde masa... takat ni jelah n terus ngap!


Thursday, August 15, 2013

Thursday, August 15, 2013

Rendang Ayam Pencen, Sambal Kacang Ayam dan Nasi Impit.... Juadah Raya 2013

Ini gambar juadah raya yang sedang disiapkan pada malam raya 2013.... Aku masak 7 ekor ayam pencen dibuat rendang Negeri Sembilan... 2 kilo kacang tanah dan seekor ayam daging. 6 peket nasi impit yg setiap satu berisi 33 biji ketupat segera. Banyakkan? Sebenarnya selain untuk makan sendiri.... itu adalah juadah hari raya untuk dihidangkan pada para pekerja kt tempat kerja my hubby yg tidak pulang bercuti dan terpaksa bekerja di hari raya.

Resepi2 masakan ni semuanya telah di updatedkan kat blog aku ni lama dulu...

Gambar juadah yg dah siap di masak xdelah pulak... Al maklum... dah letih x terkira...! Pepagi raya tu plak, juadah dah diangkut kul 5 pagi... lagilah x sempat... sebeno nya  xde kerajinan diripun ia jugak... 

Kalau sesiapa nk cari resepinya... untuk memudahkan korang mencarinya.... aku letak linknya kt sini. Korang tinggal klik jerrrrrrr...! 



3. Nasi Impit - resepi tengok kt plastik pembalut ajelah... haha!

Emmm.... itu ajelah.... Sebenonya letih, xde mood...!

Thursday, August 1, 2013

Thursday, August 01, 2013

Kuetiau Kungfu

Sibuk..... dan letihnya berniaga bulan puasa ni. Asyik2 x cukup tidur plak tu. Apa nk buat... Raya dah nk dekat dah... persiapan ntaqh kemana... anak dah bising dan heboh nk baju raya...kasut raya... ajak balik kg beraya lagi tu... kueh raya x buat jugak... buat kat kedai jelah!

Dah penuh dgn kesibukan ni.... ari ni aku buat menu kuetiau kungfu... sempena berkungfu last minute nk berbuka... hahaha.....!

Macam biasa ikut cara sendiri... senang, sedap dan mudah!!!


Bahan2 :

1 paket kuetiau - dicelur lembut dan toskan
2 keping kek ikan - dihiris nipis
2 pokok kailan -dipotong
1/2 batang lobak merah - hiris
Seketul bunga kobis - potong
3 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu makan tepung jagung
(cairkan dgn 1 cawan air)
garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan kek ikan serbuk lada hitam, sos tiram dan kiub pati ayam. Goreng seketika. Masukkan bancuhan tepung jagung, lobak merah dan bunga kobis.  Kacau hingga mendidih. Tambah air jika diperlukan.

Masukkan telur. Biar telur nampak sedikit nak beku. Kemudian kacau dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan kailan. Kacau dan masukkan kuetiau. Kacau dan tutup api dan dah sedia untuk dihidangkan.



p/s : Sedap... hingga x terkata...Kalau nk lebih ummph boleh taruh udang besar... kita x taruh sebab elergik!!!


Wednesday, July 24, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Pasta Spiral Chicken Carbonara

Cuti rehat dari meniaga ari minggu aritu aku masak spesel ckit.... Projek makan makanan org putih plak. Yelah... dah macam2 aku masak... kali ni pekena plak menu ni..

Buatnye ikut cara akulah.... lain dari yg lain... Selalunya pakai fettucini atau sphageti. Apa2pun mende ni sama je... asal jadik!!!

Anak2 memang suka.... my hubby je yg x pernah nk merasa... klau suh rasa mesti di nyanyi lagu bangau... bukan makanan aku 3x... kah..kah.. kah...! X kira2 kita nk buat gak... nk mkan gak... ayah gi makan resin (bekal buka puasa free)  kt tempat kerja ayah tu... kata anak2...!!!

So, aku pun buatlah.... Org buat pakai cendawan butang... aku guna cendawan yg senang jumpa, cendawan tiram. Orang taruh  cili capsicum, saya buh  cili merah je.Org buat pakai keju parut.... aku belasah je keju chedar keping2 tu.... bolehlah!!!


Bahan2 :

1 paket pasta spiral
(direbus hingga lembut)
2 keping ayam bahagian dada
(di buang tulang dan dicincang halus)
1 tin susu cair
1 paket cendawan tiram
(di hiris kecil2)
2 biji cili merah
(di buang biji dan dihiris halus)
2 biji tomato
(di potong dadu)
2 biji bawang besar
(dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
(dicincang halus)
1 sudu makan serbuk lada hitam
6 keping keju chedar
(disiat kecil)
1 sudu makan oregano
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, tomato, cendawan cili merah dan susu cair. Kacau rata. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam.

Masukkan keju. Kacau sehingga pekat. Masukkan pasta spiral yg telah direbus lembut. Kacau rata.

Siap.... boleh terus dihidangkan...



p/s : Simple dan x banyak kerenah... sedap je!

Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Bubur Kacang dan Nangka

Ini juadah pemanis mulut berbuka 3 hari lepas. Aku suggest buat bubur kacang.... dia plak suggest nk taruh nangka dlm bubur tu....

Jadilah bubur kacang dan nangka..... sedap dan lain dari yg lain ni...


Bahan2 :

1 paket kecil kacang hijau 
6 ulas nangka - dibuang biji dan dipotong kecil2
2 cawan gula
2 cawan santan
Air (sukatan ikut suka)
Secubit garam
2 helai dain pandan

Cara2 :

Kacang hijau  direbus bersama daun pandan sampai kembang. Dah kembang, masukkan gula, nangka, santan dan garam. Biarkan mendidih. Dah mendidih... bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Sedap sehingga licin semangkuk.... x cukup, tambah semangkuk lagi...heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...