Sesekali ada tengok di FB ada kawan-kawan muka buku tunjuk resepi dodol dan cara buat dodol dengan pressure cooker. Senang yang amat caranya. Dah ada resepi dodol ni... aku mula berkira-kira nak membuatnya Aku memang penggemar dodol. Lebih lebih lagi dodol durian tapi yang tak ada durian pun sedap juga. Di kampung biasa tengok orang buat dodol ni. Bukan calang-calang kerjanya. Kerja berat dan memerlukan tenaga yang ramai pula tu.
Resepi Dodol Pressure Cooker : 5 Hingga 10 Minit Dah Siap ....! |
Biasanya dulu-dulu di kampung, bila hampir tarikh majlis perkahwinan akan di adakan gotong royong buat dodol. Dodol ni nanti akan di beri sebagai hadiah kepada saudara terdekat yang datang menolong di majlis tu. Ada juga di jadikan sebagai salah satu hantaran kepada pengantin. Waktu nak dekat hari raya pun ada buat dodol untuk hidangan raya.
Memang meletihkan proses buat dodol zaman dulu. Dari proses menjadikan tepung daripada beras pulut iaitu dengan cara menumbuk menggunakan lesung, mendapatkan santan dari pokok kelapa seterusnya membuang kulit, memarut dan memerah santan. Belum lagi proses mengacau dodol dalam kuali besar dengan sudip panjang yang macam pendayung sampan tu.
Masak pula di atas unggun kayu yang di letak tungku dari batu. Bepeluh-peluh mengacau dodol yang liat dan likat tu. Berjam-jam nak siap pula tu. Memanglah rasanya yang sedap tu berbaloi, tapi letih di buatnya tu yang samgat membebankan. Itu sebab harga dodol di jual mahal sangat. Ada juga pernah beli yang di jual masa pergi Melaka dulu. Sedap tapi sikit je... sekejap dah habis.
Zaman kini sangatlah mudah. Bahan-bahan dah siap sedia. Guna tepung pulut dalam paket sahaja. Santan pula guna santan kotak. Senang sungguh kerja memasak sekarang ni. Guna pressure cooker dalam 5 ke 10 minit dah siap. Antara 5 minit tu letak dalam mod pressure. Waktu selebihnya buat dalam mod menggoreng/menumis. Kacau-kacau lebih kurang dah siap. Lepaslah kempunan nak makan dodol. Gittew...!
#kredit blog huhahuhajerr.com
Dodol Pressure Cooker : Sedang di masak ....! |
Ini dia resepi dodol yang aku dapat dari FB. Mudah, cepat siap dan rasanya pun sedap walau tak sesedap resepi dodol yang masak dalam kawah besar dan dengan menggunakan dapur kayu. Walau macam mana pun aku rindu kerak dodol dan bau dodol hangit kayu api zaman dulu-dulu. Buat dodol dalam pressure cooker mana nak cari dodol yang ada kerak. Hurm... !
Resepi Dodol Pressure Cooker
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 cawan air
1 cawan santan
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati. Boleh juga di blender semua bahan dan tapis. Pasangkan pressure cooker. Masukkan bahan-bahan yang telah di tapis tu. Tutup periuk dan set periuk ke mod steam. Set timer kepada 5 minit.
Selepas 5 minit buka tutup dan set pressure cooker ke mod menumis atau menggoreng. Kacau adunan hingga likat dan pekat. Kira-kira dalam 5 minit atau lebih bergantung kesesuaian yang di hehendaki.
Kalau nak simpan lama dodol ni, elok di masak lama sikit dan juga letak lebih gula putih. kalau nak makan masa tu dan di habiskan hari itu juga, dalam 10 minit tu dah okey dah adunan tu. Sedap, licin hingga menjilat jari tau... !
p/s : Aku paling suka dodol yang dah keras dan boleh di potong-potong macam kuih. Tapi, tak dapat nak fikir macam mana boleh jadi macam tu.
#kredit blog huhahuhajerr.com
No comments:
Post a Comment