Breaking

Tuesday, March 29, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Kuih apam pink aku....

Inilah kuih apam yang aku buat petang tadi.... Kuih apam ni sedap sangat dan  mudah sungguh membuatnya. Aku ambil resepi ini dari MyResepi.com. Selalunya kuih apam macam ni guna tapai... so lepas buat tapai kena tunggu 2-3 hari baru boleh buat kuih.Tp kuih ni bila tergerak hati je terus boleh buat... janji ada nasi sejuk... selalunya nasi memang ada je. Fuh! sekejap je dah licin dikerjakan anak2....

Inilah resepinya.

3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air.
  2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  3. Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur.
  4. Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  5. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
  6. Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.
  • Nota : Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti.
*******************
my priority.....!
klik SINI
*******************

Thursday, March 24, 2011

Thursday, March 24, 2011

PANADOL..... punya hal



Pag ni  aku sakit kepala..... berdenyut2 rasanya. Aku pun ambik panadol dan air segelas. Lepas tu teringatlah nk bukak facebook. Sambil pegang air segelas dan 2 biji panadol.... aku berfacebook...Tetiba, aku terbaca artikel ni..... eh, ehhh... termenung aku sekejap.... tambah poning kepalo den dibueknyo!!! Baca jangan tak baca.........

JANGAN TELAN PANADOL

SEBUAH KISAH BENAR....   Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.     Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.   Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.  

p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??  
 

Aku memang selalu telan panadol.... sebab bila x cukup tidur kepala berdenyut2 je... satu lagi masa time period... sakitnya perut x tertahankan...  Kena fikir alternatif lain ni.... tp kalau dah sakit sangat camne yer!!

Tuesday, March 22, 2011

Tuesday, March 22, 2011

UNTUK WANITA..............

  1.  Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
  2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
  3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
  4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
  5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. mudah murung dan selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemamdulan.
  6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
  7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
  8. Terlalu banyak berfikir -merosakkan limpa. kulit muka cepat berkedut. haid menjadi tidak menentu. Dalam    waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung. 
  10. Terlalu merana - merosakkan paru - paru.
  11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
  12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan terkadang terlalu banyak.
  13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih. (Semaki banyak 'ragam lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).
  14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.
  15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan  dan berbagai penyakit jiwa, kecuali diisi dengan aktivit hidup yang positif.
* di edit dari majalah lama...

Monday, March 14, 2011

Monday, March 14, 2011

Senang dan susahnyaaaaaa!!!!!

Kata orang.... bukan senang nk jadi senang.... dan tak susah nak jadi susah....

Fuhhhh!!!.... itulah dia....

Bersusah payah untuk mencari rezeki....... "untung sabut timbul, untung batu tenggelam"

ibarat satu perjudian..... ikut nasib..... kira macam "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"

Tp aku nk usaha sungguh2 ubah corak hidup.... macammana susah sekalipun akan aku tempuh jua. Walau banyaknya rintangan yang terpaksa ku lalui .....

Masalah pengangkutan, masalah x cukup tenaga kerja, masalah barang jualan.... dan yang penting tentulah masalah kewangan....

Apa lagi???? Usaha ajelah...... walau banyak sangat kekangan masalah yang timbul. Kerah segala kudrat yang ada....

Semoga akan suksess ......... amin!!

Tuesday, March 8, 2011

Tuesday, March 08, 2011

Kerabu TOMATO ku......

Ini resepi Kerabu Tomato ku ...... kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-bahan :

3 biji tomato ( dipotong dadu)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
3 sudu besar ikan bilis (sudah dibersihkan)
5 biji cili api
1 biji cili merah
3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara membuatrnya :

Cili api dan cili merah ditumbuk lumat bersama garam dan gula. Selepas itu masukkan ikan bilis dan ditumbuk jangan terlalu lumat. Setelah itu masukkan separuh tomato dan separuh bawang besar. Tumbuk kasar-kasar. Masukkan kedalam pinggan dan gaulkan tomato dan bawang yang separuh lagi. Masukkan jus limau kasturi dan gaul lagi. Sedia untuk di makan dengan nasi putih panas2.

* Kalau nak lagi power tambahkan sesudu besar budu.

Kena cuba, jangan x cuba... sedap ni!!!!  Dan senanggggg membuatnya.

Sunday, March 6, 2011

Sunday, March 06, 2011

Sakitnya pinggang dan belakang ku......

Minggu ni ...... minggu sakit pinggang dan belakang. Teruk rasanya. Nak membongkok dan duduk teramat susah rasanya..... Entah apa sebabnya, x taulah.... Dah urut dan macam2 cara dibuat, x ilang jugak. Lepas urut ada ilang ckit rasanya tp sekejap je...pastu sakit dtg balik. Aduhai.... kerja dah lah banyak.

Apapun hidup perlu di teruskan............... berniaga terus berniaga. Dn macam2 perkara nk dibuat. Lepas nk create barang2 jualan. Nak tambah lagi barang yang boleh dijual ckit2. Bak kta pepatah "sikit2 lama2 jadi bukit" dan "kalau x di pecahkan ruyung, mana nak dpt sagunya". Usaha terus usaha...... moga diberi kesihatan yang baik untuk diriku dan keluarga....amin!!!!

Wednesday, March 2, 2011

Wednesday, March 02, 2011

Hepi Besday to meeeeee!!!!!

aku suka kek ni......... 
My birthday la hari ni...... nk ucap sendiri jelah..... Hepy Besday to me!!! Yang ke.........opps rahsia!!!  20, 30, 4.............. biarlah itu cuma angka. Yang penting aku rasa sentiasa muda, gembira dan bahagia. Bahagialah sangatttt.... Untuk diri sendiri.....cari dan galilah bahagia tu dalam diri sendiri..... prinsip aku!! 

Dah lama, dah macam2 rona kehidupan ni aku tempuh. Yang pahit...... yang manis...... yang senang..... yang susah n yang sangat2 susahpun dah aku tempuh sampai hidup merempat pun ada. Alhamdulillah..... semuanya berjaya kulalui. Sekarang ni nk kata susah tidak la .... tp senang belum lagi menjelma.... Aku kena bekerja keras kini untuk membangunkan kehidupan.... bila  bekerja adalah rezeki..  kalau duduk goyang kaki je... rezeki x mari. 

Di usia begini..... yg aku fikirkan adalah untuk membesarkan anak2... memberi mereka kehidupan yng baik  ...x lain dari itu. Buat kata pepatah tu..."Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian....... insya'allah, aminnnnn!!!.....

Hidup ini umpama roda.....bukannya kita akan sentiasa di atas..... terkadang2 kebawah juga. Itulah roda kehidupanku...... Aku redha, aku pasrah..... Moga Allah sentiasa memberkati hidup kami sekeluarga.....Amin!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...