Breaking

Tuesday, May 31, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Kacang Buncis Goreng Dengan Carot


 Hari2 kt rumah aku mesti ada satu lauk sayur. Makanan seimbanglah katakan.... Kali ni masakannya ialah Kacang Buncis Goreng Dengan Carot. Sebenarnya lauk ni aku masak seminggu yang lepas. Aku skrg ni gantung periuk.... niaga  berterusan kt masjid negeri sempena Karnival Cuti Sekolah. Okeylah .... untuk suri rumah sepenuh masa...... Selamat memasak!

Bahan2 :

Secekak kecil kacang buncis - potong kecil
1/4 batang lobak merah - potong kecil
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
sedikit minyak masak
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili  merah dan ikan bilis bersama-sama. Bila dah kekuningan, masukkan kacang buncis dan lobak merah. Masukkan juga sos tiram dan air. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula. Sedia dihidangkan....

p/s : Lauk sayur ni aku masak sikit .... sebab lauk sampingan je. Kalau nak masak banyak boleh tambah bahan2 tu lagi .Ikan bilis pun boleh diganti dengan udang.

Sunday, May 29, 2011

Sunday, May 29, 2011

Sup Sayur



Ini lauk sayur yang aku buat beberapa hari yang lepas... Lauk ni sebenarnya aku dah wat entry lama dulu.. tp masa tu aku buat lauk sayur untuk orang berdiet. Lauk ni boleh juga di makan dengan nasi macam biasa ... Jadi memang aku selalu masak. Anak2 pun memang gemar lauk sayur ni.  Nak imbas entry tu klik kt sini

Bahan2 :
  • Beberapa jenis sayur -x kisahlah sayur apa.....campurkanlah, macam carot, sawi, kobis, bunga kobis, brokoli, bayam, tomato dan apa2 ajelah.
  • Sedikit minyak masak 
  • Seulas bawang putih dan  sebiji bawang merah
  • sedikit halia
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk pati ayam(jika suka)
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara2 : Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan serbuk lada hitan dan serbuk pati ayam. Masukkan air (ikut suka banyak mana yang dikehendaki). Biarkan mendidih. Masukkan sayur yang keras dulu. Bila sayur yang keras tu hampir lembut baru masukkan sayur berdaun.... tomato boleh masuk last sekali.
Dah siap bolehlah dihidangkan. Jika suka boleh taruh daun sup dan daun bawang sekali.

p/s : Skrg ni kt Masjid Negeri. Sambil jaga gerai aku beronline.....  Sesiapa yang ada kelapangan dan dekat ngan Shah Alam, boleh datang sini  untuk berbelanja sebab dah start Karnival Cuti Sekolah sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni... alamatnya berkampunglah aku disini!

Saturday, May 28, 2011

Saturday, May 28, 2011

Pajeri Terung

Satu ari tu aku masak pajeri terung....  Dah lama x masak lauk  ni. Berselera sekali makan nasi ngan lauk ni.
Sodap gitu!!!

Bahan2 :

4 - 5 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Terung dibersihkan dan dibelah. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat.  Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan terung. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila terung dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Ini lauk yg aku masak set ngan pajeri terung. Ikan goreng dan kerabu tomato. Resepi kerabu tomato dah pernah aku post kt blog ni... Sesiapa yg nk resepi kerabu tomato sila klik sini!

Okey..... selamat menjamu selera.....

Friday, May 27, 2011

Friday, May 27, 2011

Asam Pedas Sardin Oh La La


Kali  ni nk post entry..... Asam Pedas Sardin je.... Lauk yang biasa2 je. Hari2 pun  kalau x pergi bukak gerai kat bazaar Masjid Negeri mesti aku masak. Kesian anak2 makan ntah ape2 je bila aku xde. So bila ada kat rumah tu... aku masaklah, tp yang simple2 je!! Simple pun sedap... la.. la.. la... Kalau lauk beli tu  ntah apa2 je rasanya. Tak sedap langsung.

Ini dia ' Asam Pedas Sardin  Oh La La'

Bahan2 : 

1 tin kecil Sardin
1 bji terung bulat
6 biji bendi
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
21/2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Terung dan tomato  di potong baji. Bendi di potong tangkai dan hujungnya. Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. Bila mendidih masukkan  terung dan bendi. Masak lagi dan masukkan sardin dan kuahnya sekali. Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Biarkan sebentar. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.

p/s : Selalunya asam pedas taruh belacan dan daun kesom serta bunga kantan tp aku x masukkan sebab hubby aku tak suka... kalau taruh dia x makan lauk ni. So kalau korang nk taruh dlm resepi ni, silakan... mesti lagi sedap!!!

Friday, May 27, 2011

Nasi Goreng Kapcai


Semlm hari yang kelamkabut ckit.... x sempat gi kedai ...so aku masak nasi goreng je. Nak tau kenapa..... hubby aku  gi bank cucuk duit, kad kena telan gara2 sibuk jawab telefon sambil cucuk duit. Lambat tarik kad, ditelannyaaaa... Kad tu kad akulah... jd aku kena gi bank buat kad baru. Kalau nk nak ambik kad tu balik kena tunggu 14 hari... Aku nk guna duit ni.. urgent plak. Smlm last day nk bayar duit sewa karnival cuti sekolah kt masjid  negeri  nanti... kalau x, xdptlah niaga sepanjang cuti tu. 

Dah lambat.... balik dari bank.... akupun masak jelah nasi goreng.... tang nama kapcai tu sebab aku gi bank naik moto kapcai je ngan hubby aku. Keta ? ... my step son yang pakai. Keta tu nama je aku punya tp hak dia. Kalau nk pakai pinjamlah kejap. Itupun bila dia x pakai..... nantilah... bila aku dpt keta sendiri. Boleh melaram.... Keta nanti pun jadi bukan aku punya tapi hak aku sebab aku yang kena bayar kt bank.... kiranya sambung byr. Adik ipar aku punya ketalah! ....Waaa! complicatednya...!!

Dah membebel plak.... Okeylah!!!  Ini resepi Nasi Goreng Kapcai.

Bahan2

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
3 biji cili api - ketuk
1 batang serai - hiris halus
2 biji telur
sedikit kobis n carot - hiris halus
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan serai. Bila dah kekuningan, Masukkan sos tiram . Masukkan juga kobis dan karot. Biar sedikit masak. Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.

p/s : Skrg ni kt Masjid Negeri Shah Alam.... niaga!! Curi2 masa online.

Thursday, May 26, 2011

Thursday, May 26, 2011

Pucuk Ubi rebus ngan Sambal Belacan Cair


Ari ni nk post entry  masakan yang paling simple... tp sedapnya sampai ke telinga... Masakan ni aku masak beberapa hari yang lepas. Hari2 pun aku masak simple mimple je... sebab aku nk cepat. Maklum aku uruskan kedai. Kalau masak yang susah-susah takutnya waktu tengah masak, tetiba je ada orang datang... Ting-tong dipetiknya loceng... nk buat rawatan. Tak ke tergendala dan kelam-kabut aku...

Nak resepi?..... boleh! tapi jangan gelak... resepinya mudah sesangat... ha! ha! ha!

Bahan2 :

Seikat pucuk Ubi
1 biji cili merah
4 biji cili api
1 inci belacan bakar
1/4 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk ubi direbus... dah masak toskan airnya. Cili merah, cili api ditumbuk lumat bersama garam dan gula. Masukkan belacan. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati. Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama pucuk ubi rebus.

p/s : Untuk air asam jawa... bancuh asam jawa gunakan air masak ya! Nanti sakit perut pula.

Wednesday, May 25, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Ikan Tongkol Masak Kicap Lada Hitam



Aku sebenornya hari ni dah pening sikit.... xde idea nk tulis entry.... Nk tulis apa ye... Oh ya! kalau korang tengok betul2, blog ni dah pakai baju baru... macam wall paper la plak. Cantik tak...! Anak2 yang suggest...kata diorang cantik dan sesuai... aku x minat sangat... okeylah tu sebelum jumpa yang aku nk... Dah kering idea ni.. Post ajelah entry masak2 lagi.

Ini lauk yang biasa aku masak setiap minggu. Lauk ni aku masak beberapa hari yang lepas. Aku memang suka ikan tongkol. Jadi sesuailah dengan aku...

Bahan2 :

2 ekor ikan tongkol saiz agak sederhana 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Goreng Ikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. Sedia di hidangkan.

p/s : resepi sendiri..... lauk biasa2 je.

Tuesday, May 24, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Telur Hancur Masak Sambal


Ini masakan yang sangat simple dan mudah disediakan.

Bahan2 :
4 biji telur - digoreng dan dihancur2kan didalam kuali
2 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar - hiris
1/4 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili giling dan air asam jawa. Tumiskan sehingga pecah minyak. Lepas tu masukkan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau terlalu kering boleh ditambah sedikit air. Bila dah pecah minyak sekali lagi, bolehlah diangkat. Lepas tu tuangkan sambal tadi ke atas telur hancur. Bolehlah dihidangkan dan makan.

p/s : lauk ni my hubby suka.... bila aku masak lauk yang dia tak suka, aku masakkan dia lauk ni. Sonang kojonyo!!  Ha.. ha!
Tuesday, May 24, 2011

Tips Menggalakkan Anak Ke Dapur


Info terkini....

Lazimnya ibu-ibu tidak gemar anak-anak yang masih kecil berada di dapur. Namun adalah baik menggalakkan mereka bersama anda di dapur kerana dari situ anda boleh melatih mereka memasak, menyukat bahan, memperkenalkan makanan sihat dan cara-cara menjaga keselamatan di dapur.
  • Latihan Kebersihan. Pastikan anak2 membasuh tangan bersih-bersih sebelum memasak.
  • Memotong Bahan. Latihan memasak boleh dimulakan dengan membenarkan anak-anak yang sudah besar sedikit dengan memotong sayur, buah-buahan, bawang dan bahan yang mudah.
  • Makanan Sihat. Sediakan resepi yang mudah seperti sandwich. Tentu seronok bila mereka boleh membentuk sayur, salad dan buah-buahan dalam bentuk tertentu di permukaan sandwich. Dalam pada itu anda boleh berkongsi tentang khasiat roti, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan mereka.
  • Mengira. Latihan matematik boleh juga diajar kepada anak kecil dengan membenarkan mereka menyukat ramuan seperti tepung, gula dan sebagainya untuk digunakan  dalam masakan. Suruh mereka menyebut angka dengan suara yang kuat.
  • Aspek Keselamatan Di Dapur. Beri arahan yang tepat dan mudah difahami kepada anak-anak kecil, "Dapur itu panas! Jangan sentuh." Selain itu beri anak-anak yang berusia tiga ke enam tahun perkakas memasak yang selamat seperti yang diperbuat daripada kayu dan plastik untuk sekadar mereka bermain 'masak-masak'. Paling penting jangan sekali-kali anda meninggalkan mereka bersendirian di dapur sebelum sesi memasak bersama itu berakhir.
p/s : Aku memang ajar dan ajak anak memasak kat dapur. Biar diorang tau macamana nak memasak. Jangan cuma tau makan je. Dah besar nanti taklah liat ke dapur. 

Monday, May 23, 2011

Monday, May 23, 2011

Sawi Goreng Dengan Cendawan


Masakan sayur ni sebenarnya aku ambil dari buku masakan Cina...... Kiranya masak chinese style la tu .Aku modified ikut cara aku sendiri.  Dah lama aku masak lauk ni... Anak2 aku panggil lauk sayur cina.

Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam @ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.

p/s : Dalam buku masakan cina tu sawi tu yang jenis kecik2 je di gunakan. Tak payah potongpun ...di rebusnya dulu dan susun cantik2 dalam pinggan. Cendawan pun dibuat macam tu tapi dia gunakan cendawan yang panjang2 macam straw. Kat kedai biasa susah nak jumpa cendawan tu.... cuma ada di supermarket besar je. Lepas semua dah susun cantik barulah di buat kuah dan curah dalam pinggan. Agak susah dan cerewet kerjanya. Jadi kita buat yang mudah2 je.... sedap gak!

Sunday, May 22, 2011

Sunday, May 22, 2011

Ikan Gulai Taucu



Ini lauk yang aku masak 3 hari lepas. Lauk ni aku panggil gulai sebab ianya berkuah. Jadilah lauk gulai.... betul tak? Itu dari pemahaman akulah. Aku suka dan anak2 pun suka gulai ni. Kalau dah jemu yang berlomak tu... aku masaklah lauk ni. Tapi aku kena masak lauk lain untuk my hubby sebab dia x suka lauk ni.

Bahan2 :

Ikan  4 ekor ( apa jenis ikan pun boleh) - goreng
2 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 cm halia - hiris halus
1 paket taucu
6 biji cili hijau - di buang biji.
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak
2 cawan air.

Cara2 :

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Bila kekuningan masukkan taucu. Kacau dan masukkan air asam jawa. Masukkan pula cili hijau. Bila dah mendidih. Masukkan air (Kalau nk banyak kuah, lebihkan air). Bila dah mendidih lagi, masukkan ikan goreng. Perasakan dengan garam dan gula. Siapp!

Nak rasa... Silalah cuba....!




Saturday, May 21, 2011

Saturday, May 21, 2011

Nenas dgn Ikan Masin Masak Lemak Cili Api

Ini kiranya masakan kegemaran my hubby. Tiap2 minggu mesti ada masak lemak. Dipelbagaikanlah. Minggu ni kita buat masak lemak cili api ikan masin ngan nenas. Sonang membueknya.. gitu!!

Bahan2 :

1/2 biji nenas - potong kecil2
beberapa keping ikan kurau masin
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Nenas yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : saya suka letak sedikit gula dalam masakan sebagai pengganti serbuk perasa. Jika tak suka tak  payah letak. Cili api boleh dikurangkan pada sesiapa yang tak tahan pedas.

Friday, May 20, 2011

Friday, May 20, 2011

Wangian Pelengkap Kecantikan Wanita


Ari ni nk tulis entry pasal minyak wangi..... sebab ramai org suka pakai minyak wangi, wangilah katakan! Kalau namamya minyak busuk tentu orang x suka... kan! kan! kan!

My Info.... Wangian pelengkap kecantikan.......aku.... he..he! perasan sendiri!

Mengenakan wangian atau minyak wangi merupakan satu rutin buat kebanyakan wanits malah ada yang terasa tidak lengkap keluar dari rumah tanpa menyemburkanya pada tubuh. Aromanya bukan setakat menambah semangat, malah menjadi daya penarik seseorang. Dalam pada itu bau tubuh yang harum juga menjadi sebahagian daripada pakej kecantikan seorang wanita.

Tips Pemakaian Minyak Wangi
  • Semburkan terlebih dahulu minyak wangi sebelum mengenakan pakaian. Semburkan pada leher dan di pergelangan tangan. bagi menambah sensasi pada tubuh, anda juga boleh menyembur pada bahagian belakang lutut dan mata kaki.
  • Semasa menyembur minyak wangi ini, berikan jarak sekitar 30 cm dari tubuh supayaia boleh tersebar ke bahagian tubuh lain dan tidak hanya  tertumpu pada satu bahagian sahaja.
  • Agar tubuh yang wangi boleh bertahan lama, anda boleh juga menggunakan shower gel, losyen badan dan semburan badan dengan wangian yang sama. Selepas itu barulah disemburkan dengan minyak wangi.
  • Hindari botol wangian dari sinaran cahaya matahari dan suhu yang panas kerana jika botol dibiarkan terbuka setelah dipakai, ia akan mempengaruhi kualiti minyak wangi tersebut. Sebaiknya simpan  ditempat yang sejuk agar kualitinya terjaga.
p/s : minyak wangi kegemaran aku sekarang ialah sunflower dari Elizabeth Arden. Aroma baunya tu rasa macam duduk di taman yang penuh dengan bunga-bungaan je. Romantiknyaeeee!!

Thursday, May 19, 2011

Thursday, May 19, 2011

Daging Dan kentang Masak Lada Hitam


Resepi ni memang resepi sendiri.....x ambik dan ciplak dari mana2 pun, selalu jugaklah masak untuk keluarga.

Bahan2 :

300gm daging - bersihkan
3 biji kentang - potong baji & goreng sebentar
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/2 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Rebus daging dengan 1/2 cawan air sehingga empuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Kacau sampai pecah minyak. Setelah itu masukkan daging bersama air rebusannya sekali. Masak lagi dan selepas itu masukkkan kentang yang telah digoreng tadi. masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Sudah siap bolehlah diangkat.

Wednesday, May 18, 2011

Wednesday, May 18, 2011

Kita ...... bukan Malaikat..., manusia biasa je.


Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?
Manusia biasa.
M.a.n.u.s.i.a.
Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :
1) Kelemahan

2) Perasaan

3) kealpaan.

Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.
Malaikat tiada perasaan. Malaikat tiada belas kasihan.Dan malaikat itu tidak lemah.
Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat 'tsiqah' dan penuh kenaqibahan.
Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.
Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.
Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.
Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)
Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhwat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:
'dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!'
tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.
Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.
Surah at-tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak mereka. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.
Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.
Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu 'mengkenakan' baginda.
Kalau kita fikirkan,
' helllo???? Rasulullah kot?? takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? kenalah toughkan?'
Kerana Rasulullah itu adalah manusia.
Dan kita pelik dan terkejut, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak'mengenakan' madu dia.
dan kita berfikir: ' hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? takkanlah nak jeles??? tolonglah! dahlah jadi isteri rasulullah kan?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?'
tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri rasulullah.
Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya.Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan Allah mengampuni dosa mereka.
Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada zainab. Satu hari bila rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada rasulullah: Bau mulutmu macam maghafir ( bau getah yang busuk)' . Sedangkan ketika itu rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.
Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: 'aku haramkan madu untuk diriku!'
Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datanganya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.
Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.
Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.
Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.
Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.
There is always a second chance.

Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.

Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.Begitulah juga dengan kita.
Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.
Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.
Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.
Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.
Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.

Berimbanglah.
' I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves' pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.
' Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?'
Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.
Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATION MANUSIA.
Jadilah manusia, dan hargailah manusia itu.
Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.
Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat.

Tuesday, May 17, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Gerai aku di Bazaar Masjid SSAAS Shah Alam

pandangan depan
pandangan depan

pandangan sisi

Inilah gerai aku..... sumber pendapatan.... walau tak seberapa. Gerai ni beroperasi 3 hari dalam seminggu. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je. Hari lain aku buka pusat rawatan...... Sejak xde pembantu ni, pusat rawatan beroperasi 4 hari je dalam  seminggu. Semuanya buat sendiri iaitu menjual @ jadi jurujual gerai kt bazaar. Kadang2 anak2 pun tolong jugaklah.

p/s : gambar x elok ckit... almaklum guna kamera yg riwayatnya dah nk padam.....

Monday, May 16, 2011

Monday, May 16, 2011

Asam Tempoyak Ikan Keli

Ari ni nk letak resepi yang turun temurun keluarga aku .... kalau musim durian, inilah lauk yang pasti ada bila makan tengahari kt kampung aku..  resepinya amat simple-mimple je. Rasanya fuhhh... hingga menjilat jari ... gitu!!

Bahan2 :

4 ekor ikan keli
3  sudu besar  
6 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan. Jangan lupa rendam sebentar dengan air asam jawa untuk buang hanyir. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.

Masak ikan ni boleh juga ditambahkan timun ataupun tauge kasar.Ada orang masak ni taruh bawang dan daun kesum. Kita tak suka.... sebab dah kurang rasa tempoyaknya bila campurkan barang2 tu. Lain orang lain caranya kan!! 

Monday, May 16, 2011

Alam Maya VS Alam Realiti



Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..

Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Pentingnya melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan realiti terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata.. 


Artikel dari :
www.iluvislam.com

p/s : pinda ckit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...