Breaking

Saturday, December 29, 2012

Saturday, December 29, 2012

PAVLOVA

Mula2 tengok pavlova kt blog member2 blogger, memang aku x layan.... Aku just tengok gambarnya aje...bukannya apa, aku ingat mesti susah gila nak membuatnya dan bahan2nya mesti aku x pernah jumpa dan beli. Nampak macam makanan yang mewah sangat.. Aku manalah mampu..!

Sampailah aku terbaca blog cik epal... blogger terkenal ala2 retis tu...! Dia tunjuk step by step plak tu... Barulah aku tergoda nk menengok resepinya... Taklah susah dan barang2nya pun ckit jer...And then aku pun berangan2 nk membuatnya... 

Semalam, tertunailah hasrat aku tu... itupun selepas kenen2 my hubby beli strawberry kt mydin... mahalnya! Itu jelah buah yang aku letak... Whipping krim dah siap beli masa beli cream cheese dulu tu..!

Senang je buatnye, bak kata bebudak skrg... kacang jer! Rasanya..... wahhhhhhhhhh... semewah rupanya tulahhhhhh!!!!!!!  Memang sedap sesangat... lembut, gebus, manis dan cukup menggiurkan...!!! Alamak... terbabas masuk longkang ler semua diet aku....haha!

Kita layan resepi dulu....!


Bahan2 :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor (pakai gula pasir~blend je!)
1 sb tepung jagung
1 st cuka makan
1 st esen vanila

Utk topping
Whipping cream secukupnya
Gula pasir~blend (kalau guna cream yg xd gula)
Buah-buahan (pakai strawberry je)

Cara :
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. 

Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)


 Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk, baru dihias dengan topping

Cara menghias :

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Letakkan whipping cream kt atas pavlova. Hias ikut kreativiti masing2.

Simpan dalam peti sejuk. Pavlova ni sedap dimakan sejuk.. Sedia untuk dimakan.


p/s : Betullah... sesekali feeling pun macam omputih plak rasanya... bila menikmati kek ni..hehe!

Thursday, December 27, 2012

Thursday, December 27, 2012

Char Kuey Teow Penang

Juadah waktu cuti krismas aritu........! Dah boring asyik nk makan nasi, tukar menu plak kita... Dulu aku pernah buat masa bula pose dan open house hari raya...

Sedap sesangat.... marvelous...!!! Copy balik dari post yang lama... Nk tengok n3 lama klik sini.



Bahan2 :

Untuk paste
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap masin
1 kiub pati ikan bilis – saya letak pati ayam...bolehla!
2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
1 sudu makan gula


Untuk Kuey teow
kuay teow
cili kisar
Isi kerang - ikut banyak mana yang disukai
taugeh dan kucai - ikut sukalah nk taruh banyak mana
telur


Kita buat paste dulu...... cara2 :

Besihkan udang. Asingkan kulit dan kepala udang. Simpankan isi udang utk buat kuay teow. Rebus kulit dan kepala udang. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. 

Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Bahan ni boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.  Bila nk masak senang xyah buat paste lagi.

Cara untuk masak Kuey Teow (Resepi utk 1 pinggan) :

Tumis 1 sudu makan cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan secekak kuey teow, kucai dan taugeh. Pecahkan 1 biji telur, kacau dan bolehlah di angkat.

 Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. 



p/s : Makan dengan cili jeruk segera je ni.... Cara nk buat cuma rebus cili hijau yg dihiris sampai bertukar warna. Bersama sikit air rebusan, campur cuka, gula dan garam secukup rasa. Dah siap..!

Monday, December 24, 2012

Monday, December 24, 2012

Produk ~ Brooch For Sale...!

Ari ni xde post n3 masakan........ aku pos n3 munge2 jerrr... Aku buat sendiri tau!!!.  

Bila2 ada waktu terluang masa kt tempat niaga atau kt rumah sambil tengok tv, inilak kerja yg aku buat... Untuk menambahkan lagi barang jualan dan pendapatan...

Brooch ni boleh jadi gift utk wedding... boleh dijadikan bunga duit utk penanggah 

@

Kalau ada sape2 yg nk menjual tu... boleh order!


Brooch kain & Brooch Benang Kait

Harga : RM 2.00 satu

30pcs  ke atas .... harga RM 1.20 satu

50pcs ke atas harga RM 1.00 satu

Hand made..... murah tu!

Berminat.... Hubungi Noor... 0172387594

p/s : kos pos tertakluk kepada kuantiti dan saiz.


Friday, December 21, 2012

Friday, December 21, 2012

Kek Lapis Cheese Pesona a.k.a Biskut Marie

Semenjak berkenalan dengan cream cheese ni, ingat nk buat kek yang ada cheese je.... Maka terjadilah kek ni.... walau kejadiannya x secantik rasanya.... jadilahhhhh...!!!

Jangan dok kutuk2  yer...........!  Aku buat ikut kemampuan aku jerrrrrrrrr.... Lebih baik dari curik gambar masakan yg meletop cantiknyer... lepas tu kena kutuk kaw2 punya dalam FB.

Aku memang jenis nk cepat jer... tu yg jadik cam gini... Org kata keraskan dlm 6 jam... Dek anak2 dan aku jugak yg dah x sabar2... dlm 3 jam je dah aku kerjakan... hehe!!

Ha.... Aku copy jer resepi ni dari blog Secubit Garam.... resepi asal dari blog ryo@ryoazhar




Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan


B:

500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus



Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan.


Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.Panaskan susu segar,padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je tau).


Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.


Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. (Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.



p/s : Aku buat 1/2 adunan jer sebab cheesenya aku beli yg kecik 250gm... Biskut marie plak aku pakai biskut marie perisa kopi. Susu segar xde jadi utk rendam pakai susu kotak dutch lady perisa coklat. Untuk campur cheese, pakai susu cair... Asal jadi, kita yg buat dia... x gitu... haha!

Sunday, December 16, 2012

Sunday, December 16, 2012

Kek Kismis Hitam

Beberapa hari lalu aku buat kek... kebetulan adik datang, sedang eloklah untu menjamu. Tetiba je mood kerajinan tu datang, aku buatlah sebiji kek yang bahan2nya dah sedia ada digerobok aku.

Nak cari bersesuaian aku godek2lah internet... jumpalah blog ni.. Tp macam biasa aku revised sebab ada benda2 yg xde kt gerobok aku ni... Janji bahan asasnya dah ada...

Resepi ni aku cedok dari blog LIPISLADY...Kak Mah... Majerin xde, pakai mentega... gula perang ganti gula halus n parutan kulit oren xde...  So aku bubuh esen vanila. Nak tengok resepi asal klik sini.



Bahan2 :

250 gm mentega
5 biji telor A
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan kismis hitam.
3/4 cam. teh b/powder
3/4 cam. teh soda bicarbonate
1 cam. teh esen vanila

Cara-caranya.

Cincang kismis dan gaul dengan 2 sudu tepung gandum.Ayak tepung dengan b/ powder dan soda bicorbonate. Pukul gula halus dengan majerin hingga kembang.

Masukkan esen vanila dan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung dan kismis. Kuap balik perlahan hingga rata.

Masukkan kedalam loyang yang berukuran 22 cm yang telah disapu minyak atau marjerin, dan bakar dalam oven 180 c selama 40 hingga 45 minit.



p/s : Senang je buat kek ni...

Thursday, December 13, 2012

Thursday, December 13, 2012

Kari Ikan Masin Dengan Nenas

Dah jemu masak cili api dah... aku nk masak kari plak. Tapi my hubby buat2 lupa plak nk beli serbuk kari. nak suruh buat masak lemak lah tu... Xde...xde.. aku nk masak kari gak.... 

Nk xnak terpaksalah dia ke kedai sekali lagi...hehe..!



Bahan2 :

1 paket kepingan ikan kurau masin

1 biji nenas 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 cm halia 
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari ikan 
2 cawan santan
1 cawan air
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa

Cara :

Ikan kurau masin dipotong kecil2 dan dibersihkan. Nenas dibuang kulit dan dipotong kecil2. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk lumat. Tumiskan bahan2 tumbuk Bila dah kekuningan masukkan cili giling.

Tumis sampai agak garing. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit  air. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan santan dan air.

Masukkan juga ikan kurau masin dan nenas. Biarkan mendidih. Perasakan juga dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : perhhhhhh..... sedap!!!

Monday, December 10, 2012

Monday, December 10, 2012

Masak Lemak Cili Api Ikan Cencaru Dengan Kacang Buncis

Ini masakan peberet lagi.... Dah selalu sangat updated masakan yang lebih kurang.... tp apa nk buat, itu je yg sentiasa aku masak.

Kegemaran semua plak tu.... so, lebih pedas lebih power. Apa nk dikata.... org nogori lah katakan!!!


Bahan2 :

1 ekor ikan cencaru
1 ikat kacang buncis

12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ikan cencaru  dibuang kulit kerasnya dan dibersihkan. Kacang buncis dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . 

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang dan ikan serta secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. 

Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.


p/s : Selalu buat dengan kacang panjang, tukar kacang buncis plak... tambah tomato yg dipotong baji sebelum diangkat... sedap tu!

Friday, December 7, 2012

Friday, December 07, 2012

Cekodok Kismis

Ini menu sarapan ari minggu yang lepas..... baru ari ni dpat updated. Dah selalu cekodok buat versi pisang ngan sayur je.... Terlanjur ada stok kismis tu.. aku buatlah cekodok campur kismis...

Sedap gak.... versi suka suki aku ni..... Xnak berceloteh panjang.... Layan jelah versi cekodok lain dari yang lain aku ni....



Bahan2 :


3 cawan tepung gandum
1 cawan kismis hitam
sebiji telur
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
Air dan minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Masukkan tepung, kismis dan gula ke dalam mangkuk besar. Buat lubang ditengah dan pecahkan telur. Masukkkan air bersama garam secukupnya. Anggaran pekat2nya macam buat cekodok pisang. 

Gaul sebati. Goreng di dalam kuali didalam minyak yang panas. Bila dah hampir garing bolehlah diangkat.


p/s : Bila mengunyah dan tergigit kismis tu... terasa masam manis gitu... sedap!!



Sunday, December 2, 2012

Sunday, December 02, 2012

Marble Cheese Brownies

Inilah kek pertama menggunakan cream cheese yg aku pernah buat. Kiranya kali pertama aku beli cream cheese. Keinginan aku membuak2 nk buat kek ni bila tengok kek coklat cheese dijual kt cafe sebelah tempat aku niaga ni... Drpd aku beli kek yg skali suap je tu... baik aku buat sendiri ...mahal giler plak tu. 

Nasib baik okay je kek aku ni. Cuma kek aku ni agak x berapa masak di tengah2. Aku dah ikut semua step yg ada. So, lepas aku potong... tengok  masih agak lembik ditengahnya, aku masak balik yg lembik tu ajelah...stil okey n boleh dimakan. Rasa....?  Memang sedap... marvelous...!

Inilah resepinya.... aku copy direct dari blog Secubit Garam.

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



p/s : Kenapa yer.... setiap kali masak kek... mesti kat tengah2 x masak@masih lembik. kalau aku masak lebih lama.. kt tepi2 plak angus... Kecuali bila aku masak guna loyang berlubang ditengah...! Ada blogger2 otai yg nk tolong jawab x...?

Sunday, November 25, 2012

Sunday, November 25, 2012

Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Rebung

Ari ni cuti berniaga... dah tentulah hubby request untuk masak memasak... Hemmm.. apa lagi.! Dah tentulah lauk kegemaran dia... xleh tinggal langsunggg!!!


Apapun aku kenalah ikutkan... walau masih on diet... itulah diet asyik terbabas jewww!!



Hari2 biasa...tengahari asyik makan lauk kedai je...  Ari ni masaklah pulak.. ngemas rumah lagi..!! Aduyaiii...


Bahan2 :


300g daging tetel
1 mangkuk rebung
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 hiris halia - tumbuk
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging tetel dipotong2 dan dibersihkan. Rebung  dan daging dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan 1/2 cawan air. Masukkan juga serai

Masak sehingga daging tetel empuk Bila dah empuk, masukkan asam keping, santan pekat dan air. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x cair x sedap plak. 

Biarkan  mereneh.  Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila dah masak bolehlah diangkat.



p/s : Sodap sesangat... my diet????.... hancusss!!




Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Salad Telur, Tomato dan Timun..

Sekarang ni sejak aku menjaga pemakanan... xnak makan lebih karbohidrat dan nk melebihkan sayur dan protein je.... inilah rupanya makanan aku sehari-hari... 

Nk masak kuih dan kek pun aku x berani... Takut terliur dan terbabas. So, aku kini lebih pentingkan makanan sihat je...  

Tp kalau hubby mintak.. aku buatkan jugak.. Dah aku hidangkan... aku dah x toleh lagi... memang seksa jugaklah... tp berbaloi.. 

Skrg ni rasa lapang ckit badan... xlah rasa senak je...

Oklah layan jelah resepi ke laut aku ni.....


Bahan2 :

Timun
Tomato
Telur
Sos cili

Cara :

Semua bahan ni ikut sendirilah nk banyak mana.... Hiris timun dan tomato. Telur di rebus dan potong baji.. Susun dlm pinggan... taruh sos cili di atasnya. Boleh di makan macam tu aje atau makan dengan nasi..

p/s :  kalau nk makan nasi ... sekali makan sesenduk kecik je..!!

Saturday, November 17, 2012

Saturday, November 17, 2012

Cekodok Sayur

Inilah sarapan pagi waktu cuti deepavali aritu... Simple jer.... Ramai orang pandai buat ni. Cuma aku jer yg nk updated kt sini untuk tatapan dimasa depan.

Dah jarang2 aku buat sarapan kt umah... selalunya beli...beli dan beli. jadi ari deepavali tu aku pun rajinkan diri masak cekodok ni...

So.. mana yg dah tau tu pejam matapun boleh buat ni... Selain utk org yg x tau... resepi ni aku tujukan pada anak dara aku yg baru belajar ke dapur...

 Kalau aku xde kat umah dia bolehlah godek blog aku ... bila nk buat cekodok ni... x payah call tanya2 aku lagi dah.




Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
Kucai
Taugeh
1 biji bawang besar
segenggam ikan bilis
sebiji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Kucai dan taugeh tu ikutlah berapa banyak yg nak taruh - aku buat agak2 dalam 1/2 cawan. Dibersihkan dan dipotong2. Bawang besar dihiris. Ikan bilis dutumbuk kasar. 

Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan kucai, taugeh dan ikan bilis kedalam mangkuk. 

Pecahkan juga telur. Masukkkan air bersama garam secukupnya. Anggaran pekat2nya macam buat cekodok pisang. Masukkan juga serbuk kunyit. 

Gaul sebati. Goreng di dalam kuali didalam minyak yang panas. Bila dah hampir garing bolehlah diangkat.



p/s : Sedap dimakan bersama dengan sos cili.


Wednesday, November 14, 2012

Wednesday, November 14, 2012

Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur dan Petai

Lauk kampung lagi....! Satu lagi yang jadi kegemaran my hubby! Balik berniaga...malam tu, cadangnya nk masak kari ikan...

Suruhlah hubby gi beli santan n sayur bendi.... Dia gi pasar malam terjumpalah plak cendawan kukur ni.. susah nk cari cendawan ni... bila selalu hujan mcam skrg ni baru dpt... kalau hujan panas..hujan panas... cendawan ni x kuar.

Apalagi.... hubby aku grablah 1 paket... mahal lak tu. Siap di belinya cili api n serai dan petai . Malam tu akupun tukarlah menu...

So... teruskan dengan menu aku ni....



Bahan2 :


Secawan cendawan kukur
1 papan petai
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Mula2 cendawan kukur dibersihkan betul2 dari sampah dan pasir serta kupas petai dari kulitnya. Lepas tu masukkan bahan tumbuk, ikan bilis, petai dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Sedap sangat........!

Monday, November 12, 2012

Monday, November 12, 2012

Salad Tomato, Timun dan Ayam

Semenjak dua menjak ni aku trylah nk berdiet ckit. Jadi carilah jenis2 makanan yang sesuai untuk berdiet ... aku masaklah salad ni... 

Tp asyik terbabas jelah... diet entah kemana sebab bila dah gi umah orang kahwin.... tau jelah lauk pauknya. Xpelah janji dah usaha berdiet. Bukan cuma nk kurus, nk jaga diri takut dapat penyakit yang biasa orang kena tu bila dah meningkat usia... setakat ni belum lagi..

Oklah... kita layan resepi ni...!



Bahan2 :

2 biji tomato
1 biji timun
1 keping daging ayam goreng
1 biji bawang besar
1 biji cili Merah
1 biji limau kasturi
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Tomato, timun, dan bawang besar dipotong dadu. Cili merah dibuang biji dan dipotong dadu. Ayam goreng dihiris kecil2. 

Masukkan semua tu bahan2 didalam mangkuk. Campurkan dengan serbuk lada hitam. Limau kasturi diperah airnya dan campurkan sekali. Perasakan dengan garam dan gula. 

Dah siap bolehlah dihidangkan.


p/s : Nak diet....kenalah makan sayur banyak2...hehe!


Sunday, November 11, 2012

Sunday, November 11, 2012

Masak Lemak Cili Api Terung ngan Ikan Kembung

Masak lemak cili api lagi dan lagi............ hubby x jemu2 ngan lauk ni... aku yg nk diet ni terpaksalah ikutkan... aish!!!

Ini gulai yg aku masak kelmarin. Ari ni nk gantung periuk, makan lauk orang kahwinnnn!!

So.... layannnnnn....!




Bahan2:

6 biji terung
2 ekor ikan kembung
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
* Jika suka boleh juga letak tomato yg di belah 4

Cara2 :

Terung dan ikan dibersihkan dan dipotong2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan terung dan ikan tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi, masukan tomato. Tunggu sebentar dan lepas tu bolehlah diangkat.


p/s : Secukup rasa....!


Wednesday, November 7, 2012

Wednesday, November 07, 2012

Jeruk Maman....!

Pernah dengar sayur maman....? Rasanya ramai generasi sekarang x tau kan! Anak2 aku pun tercengang tengok aku menjeruk sayur ni...!

Ini adalah salah makanan yang aku suka masa kecik2 dulu. Sekarang susah nk cari sayur ni. Kat pasar tani kadang2 je ada... Sayur maman ni ada 2 jenis. Satu  yang ditanam yg dipanggil maman kampung dan satu lagi jenis liar yg biasanya orang panggil maman pantai. Yang liar ni biasa aku jumpa kt tepi2 jalan.

Sayur maman yg aku tunjukkan ni aku kutip kt tepi rumah aku je... teringin nk makan punya pasal. Aku basuh bersih2 dan aku jeruk... 2-3 hari dah boleh dimakan. Sedap makan dengan ikan dan sambal belacan. Dah nk habis dimakan baru terfukir nk ambil gambar... tp jadilah kan!



Bahan2 :

Secekak pucuk maman
1/2 cawan nasi
2 cawan air masak
1 sudu teh garam

Cara :

Pucuk maman dihiris2 kasar dan dibasuh bersih. Nasi dibasuh dan diramas2 untuk membuang kanjinya. Masukkan  semua bahan didalam bekas. Gaul dan simpan dalam bekas bertutup selama 2 hari.

Dah cukup 2 hari... bolehlah dimakan.

P/s : Sayur maman ni boleh juga dibuat rendang bersama daging dan ayam. Kalau yang dah dijeruk boleh juga dibuat masak lemak cili api.

Monday, November 5, 2012

Monday, November 05, 2012

Rendang Daging Lagi....!

Ini rendang daging korban yang aku buat selepas dapat daging 2 kilo dari Masjid Negeri.... Kalau dah namanya daging, my hubby mestilah mintak aku buat rendang peberet dia... rendang n9 le...!

Tengahari lepas dapat daging korban... akupun terus menyiapkan bahan2 nak masak... Dah petang lepas my hubby balik baru aku tenggekkan kuali kt dapur... bukannya apa... nak suruh hubby tunggu dn kacau rendang sampai kering..! Hehe... sapa suruh masak rendang... lagipun kita dah readykan bahan...

Bila dah hampir kering... tang nk merasa tu, barulah panggil aku... aku plak baring2 tengok tv ....

Opss... panjang plak mukladimah aku ni... layannnnnn!!!


Bahan2:

1 kilogram daging
6 cawan santan
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 btg serai
3 inci halia
1 inci isi kunyit
1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)
1 bungkus serbuk kari daging
2 sudu besar ciling giling
12 biji cili api
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :

Daging dipotong kecil2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 3 batang serai dikisar lumat. 2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan daging, bahan tumbuk, bahan hiris, cili giling, serbuk kari dan serai yang dititik kedalam kuali.

Kacau didlm kuali sehingga daging empuk. Xperlu taruh air kerana daging akan mengeluarkan air. Bila daging dah empuk, baru masukkan santan.

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit. Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...



p/s : Sebenonya banyak kali aku dah updated resepi rendang kat blog... sama je.. cuma gambo lain2. Kalau nk tengok yg lain, boleh search..!


Friday, November 2, 2012

Friday, November 02, 2012

Produk ~ Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. 

Diriwayatkan dari Sayyed Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

Gunakanlah MINYAK ZAITUN sebagai makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan seumpamanya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.

(Tarmizi, Ibn Majah)





Keistimewaan Extra Virgin Olive Oil  Ravika Dari Turki:

-Dihasilkan menggunakan kaedah 'cold pressed' untuk menjamin kualiti dan kesegaran

-Proses mengeluarkan minyak dari buah zaitun tanpa penggunaan haba atau pemanasan untuk menjamin minyak zaitun yang berkualiti tinggi

-Extra Virgin merupakan minyak pertama yang dikeluarkan daripada buah zaitun adalah yang terbaik

-Pilihan utama diet pemakanan bagi mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular 
-Rasanya enak dan kurang rasa berminyak

Khasiat Minyak Zaitun
- Tinggi kandungan Vit E anti oksidan
- Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
- Merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat)
- Mengurangkan tekanan darah
- Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. 
- Anti Kanser
- Melancarkan saluran pemakanan melalui usus 
- Mencegah ulser dan mengurangkan risiko batu karang 
- Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 
" Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)". 

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
“ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...


Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Harga : RM 18.00

CARA PENGAMBILAN:
1 sudu teh 2x sehari @ Campurkan 2 sudu dalam setiap hidangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...