Breaking

Tuesday, March 8, 2011

Kerabu TOMATO ku......

Ini resepi Kerabu Tomato ku ...... kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-bahan :

3 biji tomato ( dipotong dadu)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
3 sudu besar ikan bilis (sudah dibersihkan)
5 biji cili api
1 biji cili merah
3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara membuatrnya :

Cili api dan cili merah ditumbuk lumat bersama garam dan gula. Selepas itu masukkan ikan bilis dan ditumbuk jangan terlalu lumat. Setelah itu masukkan separuh tomato dan separuh bawang besar. Tumbuk kasar-kasar. Masukkan kedalam pinggan dan gaulkan tomato dan bawang yang separuh lagi. Masukkan jus limau kasturi dan gaul lagi. Sedia untuk di makan dengan nasi putih panas2.

* Kalau nak lagi power tambahkan sesudu besar budu.

Kena cuba, jangan x cuba... sedap ni!!!!  Dan senanggggg membuatnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...