Breaking

Tuesday, June 7, 2011

Ikan Kembung Goreng Sambal

Ini satu lagi jenis lauk yang simple. Lauk yang paling biasa aku masak.Anak2 n hubby suka lauk ni.... aku x berapa suka lauk ni.... kalau ada lauk lain x aku sentuh lauk ni.

Bahan2 : 

4 ekor ikan kembung - digoreng
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan goreng. 

"Selamat makan!! "

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...