Just Klik!

Sunday, November 22, 2015

Ayam Dan Rebung Masak Lemak Cili Api

Entah bila aku masak hidangan ni.... dah lupa. Check gambar2 kat lappy ada banyak gambar masakan yang belum update. So, aku pilih gambar ni... Yang pasti, dah lama tak makan ayam.

Macam biasa... dah niaga online ni... memang busy.. tapi salenya ciput jer. Tak taulah kenapa. Maybe nak kena kerja lebih kuat lagi... Usaha.... usaha dan  usaha...serts tabah. Juga redha dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah!

Dah xde idea nak membebel... kita teruskan resepi....


Bahan2 :
3 keping daging ayam - potong kecil2 
Semangkuk kecil rebung
15  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Masukkan ayam yg telah dipotong kecil2 dan rebung yg telah dibersihkan   ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s :  kalau x tahan pedas boleh kurangkan cili api... Hmm.. resepi yang dah biasa buat sebenarnya...


Have a nice day! :)

1 comments:

Siti Yang Menaip said...

pernah rasa makan rebung skali dua.. x reti makan sngt..
tapi lemak cili api makan hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...