Breaking

Monday, November 25, 2019

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!

Ikan tongkol ini di kampung aku di panggil ikan kayu. Tak taulah kenapa di panggil begitu. Mungkin nampak keras macam kayu agaknya. Ikan tongkol masak kari lah lauk kesukaan aku dan seisi keluarga. Bila di buat masak ikan tongkol masak kari ini, siap sedialah masak nasi lebih dari biasa.... heh!

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!
Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!

Ikan tongkol ni yang paling aku suka pada daging ikan yang berwarna hitam tu. Goreng macam tu saja pun boleh jadi sedap. Apatah lagi bila dah di buat masak kari. Gulai kari aku ni adalah gulai kari yang paling mudah aku rasa. Memang lain dari gulai kari mamak yang jual di kedai tu.


Banyak yang aku jumpa di kedai, rasa kari dia lain macam dari kari yang aku buat. Anak-anak kata kari ikan tongkol yang aku masak juga yang sedap. Entahlah, aku buat macam biasa je caranya. Ikut resepi turun temurun mak aku je.Tak terlebih dan terkurang cuma ada yang aku ubah cara sebab nak ringkaskan cara memasak je... hehe!

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Ummpph Sedapnyer!


Bahan-bahan:

Seekor ikan tongkol sederhana
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
7 biji bendi
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)

Cara-cara:

Ikan tongkol di potong-potong ikut suka nak berapa potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. 

Masukkan cili giling dan tumiskan  sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada.

Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.

Masukkan bendi yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga bendi menunjukkan tanda bertukar warna. Masukkan pula ikan tongkol.

Tunggu sehingga mendidih dan mata ikan nampak keputihan. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula.  

Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap di buat lauk tengahari dan makan malam. Boleh juga makan dengan roti.

Inilah resepi mudah aku. Kalau ikut macam mak aku buat, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masuk sahaja.Lebih menyenangkan dan lebih mudah . Itu jelah bezanya.

Nak tengok resepi lain di blog ni... klik SINI

p/s: Inilah resepi mudah aku yang membangkitkan selera... resepi campak-campak jer... hihi!

1 comment:

Anum said...

terima kasih atas perkongsian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...