Semenjak satu folder gambar masakan terdelete aritu... mood nak ambil gambar masakan terjerumus ke laut rasanya. Sudahnya, bila nak update blog nih tercari2 gambar yang sesuai dan belum dimasukkan lagi...
Nampaknya, kenalah aku memaksa diri ambik jugak gambar masakan aku tu... kalau tidak.... tak bern3 lah blog nih... Aku sekarang ni plak sibuk berniaga online.... Mana nak update jualan dan nak update customer lagi.... huhu... sibuknya... tak sudah...sudah!!!
Okeylah... letak jelah gambar dan resepi yang selalu dibuat.... janji ada n3...hehe!
Bahan2 :
4 biji kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
2 keping asam keping/gelugor
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
Cara2 :
Ayam dipotong2 kecil dan digoreng garing. Kentang dikupas kulit, dpotong baji dan digoreng hingga lembut. .Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.
Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga asam keping.Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris.
Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Dah masak, Masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng . Dah siap... bolehlah dihidangkan.

p/s : Bila berlaukkan ayam... anak2 tak pernah tolak... semua sedap... katanya.
1 comment:
Sedapnya tgk... Menyelerakan...
Post a Comment