Just Klik!

Monday, July 3, 2017

Rendang Tok ... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips

Tak sangka aku dapat periuk philips secara percuma.... Tak sia-sia lah aku berblog selama ini. Kerajinan aku mengupdated blog selama ini akhirnya berbaloi-baloi. Sungguh mengujakan bagi aku yang tak pandai masak ni. Tapi aku sangat suka memasak. masak rendang tok apalah sangat. Ini resepi turun temurun keluarga aku. Dapat periuk philips dengan bahan masakan rendang tok sekali tuh!

Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips
Rendang Tok ... 

Rendang tok ni sejak dulu-dulu lagi, setiap kali kenduri kahwin di negeri Perak jadi satu kemestian. Menjadi kebanggaan tua rumah bila dapat menumbangkan seekor kerbau atau lembu dan menghidangkan lauk rendang tok perak pada kenduri perkahwinan. Satu lagi rendang tok ni ada pada hari raya je. Makan dengan lemang memang sedap. Tapi membuatnya sangat renyah. Berjam-jam mengacau di dapur untuk menjadikan daging lembut dan kuah kering.

Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips
Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips

Dengan periuk Phillips dalam 30 minit dah siap. Memang canggih betul... kan! Rasanya pun sedap sangat, Saling tak tumpah macam yang arwah opah aku buat bertahun-tahun dahulu. Masuk bahan-bahan kacau-kacau lepas tu tutup. Boleh buat kerja lain dulu. Cukup masa tengok balik. Kacau serba sikit bagi kering dan bertukar warna kehitaman... dah siap. Senangnya memasak dengan periuk Phillips All In One Pressure Cooker ni.... gittew!

Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips


Resepi Dari Chef Marina Mustafa

Bahan untuk perap :
2 sudu besar kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan hitam
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit
2 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain:
1 kg daging - dipotong 1 1/2 inci kiub
1/4 cawan minyak
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 sudu makan cili kisar
2 sudu makan asam jawa dilarutkan dengan 1/2 cawan air
2 sudu garam
3 sudu gula melaka
2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dihiris nipis

Cara - cara memasak menggunakan Phillips All In One dengan masakan ini :

1. Masukkan daging tadi kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan perap tadi. Perap selama 20 minit
2. Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker, dan tekan Saute/ Sear High Temp kemudian tekan Start.
3. Masukkan minyak, kemudian tumis bahan kisar, cili kisar, bunga lawang, pelaga sehingga naik bau.
4. Masukkan daging ke dalam periuk Philips All In One Pressure Cooker, kacau selama 20 saat.
5. Seterusnya masukkan santan pekat, air asam jawa, daun limau purut dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan bergaul rata.
6. Kemudian tutup penutup periuk, dan pusing tombol ke posisi Seal
7. Ada dua pilihan cara. Satu dalam keadaan Slow Cook Low Temp dan set waktu memasak sehingga 8 jam. Nak lebih cepat dan jimatkan masa boleh guna cara ini. Tekan Start atau tekan Pressure Cook. Pilih Meat / Poultry dan tambah masa ke 30 minit dan tekan Start.
8. Bila butang menunjukkan Keep Warm, maknanya rendang dah nak masak. Sebelum buka penutup periuk, pusing tombol ke Vent. 
9. Biarkan wap keluar, kemudian buka penutup periuk dan masukkan kerisik dan garam. Kacau sebati
10. Tekan butang Saute / Sear High Temp dan tekan Start
11. Biarkan penutup periuk terbuka dan kacau sehingga kuah rendang menjadi pekat mengikut kesukaan masing-masing.
12. Tambah daun kunyit yang dihiris tadi ke dalam rendang tok perak, sedia untuk dihidangkan.

Sedapnya... masakan rendang tok perak ni.... Seronok memasak kalau macam ni. Tak penat langsung dan tak berdiang di dapur berjam- jam. Dalam 30 minit lebih kurang dah dapat rendang yang sedap dan lazat seperti masakan opah aku. Daging pun lembut saja apabila di kunyah. Opah dan mak aku dulu berjam-jam nak tunggu masak dan pekat. Ini semudah abc jer... huiyyo!

p/s : Aku pernah masak rendang tok ni cara biasa dan menjadi antara entri  popular dalam blog ni... nak tengok.... klik SINI


Have a nice day! :)

2 comments:

Noor Azlan said...

Macam best je All In One cooker tu....

Lisya Arieyani Safitri said...

Memang sedap lah nak masak rendang, resep masakan rendang paling best, sedap dan jimat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...