Breaking

Monday, February 14, 2011

Tips Pemakanan Sihat.....

Kali ni aku nk kongsi tips pemakanan sihat dengan blogger2  semua....

Ambil lima sajian sayur-sayuran setiap hari. Makan sayur dan buah merupakaan cara elektif menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan serat dan air di dalam makanan akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama sehingga boleh mengurangi pengambilan kalori.

Makan 2 hingga 4 sajian protein setiap hari. Sumber protein boleh didapati dari ikan, susu, telur, kekacang dll. Ikan adalah sumber protein yang mudah dan kaya dengan omega 3 boleh melindungi kita dari penyakit jantung.

Kurangi lemak terutama lemak tepu. Seeloknya gunakan minyak zaitun di dalam masakan. Contohnya seperti salad...  Dan pilih ayam dan daging tanpa lemak. Ambil produk susu, telur dan yogurt tanpa lemak

Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Tak perlu tambahkan gula pada jus buah-buahan. Gantikan sirap dengan air putih dan elakkan minuman berkarbonat. Minum banyak air.

Pilih makanan berkarbohidrat kaya serat seperti roti dan bijirin penuh. Kurangkan makanan segera. Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu dan kurang nutrisi penting seperti serat, vitamin dan mineral. Dan pastinya mengandungi  banyak serbuk perasa yang tak elok untuk kesihatan.

Harap para blogger dapat manafaat......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...