Breaking

Wednesday, February 12, 2014

Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur dgn Terung Pipit

Setelah ditimpa macam2 masalah dan  tuntutan kehidupan... barulah terdaya mengupdated blog. Huh, letihnye. 

Hidangan yg aku paparkan dah lama aku buat. Dah x teringat bila tarikhye....lupa dek kesibukan yang menggila. Cendawan Kukur susah nk jumpa.... musim hujan dan kt btg getah tumbang je benda ni tumbuh...sedap. Terung pipit ni ada rasa pahit2 ckit.... pada aku sedap je..... Tp anak2 ngan hubby x makan... diorg x sukalah tu!

Kita layan resepi dulu....


Bahan2 :

Secawan cendawan kukur
Sedikit terung pipit
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Mula2 cendawan kukur dibersihkan betul2 dari sampah dan pasir serta bersihkan terung pipit dari tangkai. Lepas tu masukkan bahan tumbuk, ikan bilis, terung dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Sedap gitu.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...