Breaking

Saturday, April 26, 2014

Sambal Tumis Udang Galah Dengan Jering

Sebenarnya waktu ni tengah masak...... elok2 rendang aku ni mengelegak je.... gas plak abis. So, dah order gas sesambil tunggu dan nk sambung masak tu.... godek2lah blog menaip n3.

Semenjak 2 menjak ari tu teringin nk makan udang galah.... n resepi yg aku nk update ni main terjah je..... masakan biasa je. Ada plak jering kt peti ais..... masuk ajelah.

X mo pjg2 membebel, kita layan gambar yg menggiurkan ni dan resepinya sekali......!


 Bahan2 : 

1/2  kilo udang galah (dlm 12 ekor je)
6 biji buah jering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Udang galah dibersihkan, buang janggut dan kepalanya. Jering di kupas dihiris, dibersihkan dan direbus empuk. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. 

Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, bawang besar dan udang. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula.

Masukkan jering yg direbus empuk  tadi. Gaul sebati  dan renih seketika. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Huhu..... lepas kempunan nk makan udang galah.... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...