Sejak terjebak dalam bisnes online nih...'terjebak' tuh.... busy yang amat aku... tak berkesempatan aku nak updated blog nih hari2...
Alhamdulillah ada rezeki aku dalam bisnes nih... apapun, hobi mengupdated apa yg aku masak kat blog ni akan terus berjalan.... walaupun tak se aktif dulu2 tuh... hehe!
Masakan yg aku nak update ni.... masakan kampung je.... resepi pilihan my hubby... makan hari2 pun xpe, cuma tukar jenis bahannya je....
2 ikat pucuk paku
15 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Pucuk paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan masin dibersihkandan dipotong. Masukkan pucuk paku dan ikan masin ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik.
Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air.
Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : Apalagi... laju je hubby ngan anak2 makan,sesuai ngan citarasa le tu!
1 comment:
pergh! sedap ni :)
Post a Comment