Breaking

Monday, October 26, 2015

Char Kuay Teow... Request Dari Anak2....

Musim cuti semester  ni... semua anak ada kat rumah. So, anak2 request nak  makan char kuay teow. Kalau makan kat kedai dah berapa tu. Boleh rabak poket... 

Aku mula mencari kerajinan nak masak ni... Anak2  nak yang berkuah.  Tak jadi masaalah. Paste tu aku  lebihkan sikit airnya. Boleh jadi kuah nanti... hihi

Sedap aje anak2 makan. Bagi markah penuh.... kata diorang.  Bolehlah untuk makan sendiri.... 

Siap sekali jeruk cili hijau tu..... Buat cara yang segera jer....nanti bagi resepi sekali.


Bahan2 :

Untuk paste
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap masin
1 kiub pati ikan bilis – saya letak pati ayam...bolehla!
2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
1 sudu makan gula


Untuk Kuey teow
kuay teow
cili kisar
Isi kerang - ikut banyak mana yang disukai
taugeh dan kucai - ikut sukalah nk taruh banyak mana
telur



Cara buat paste :

Besihkan udang. Asingkan kulit dan kepala udang. Simpankan isi udang utk buat kuay teow. Rebus kulit dan kepala udang. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. 

Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Bahan ni boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.  Bila nk masak senang xyah buat paste lagi.

Cara untuk masak Kuey Teow (Resepi utk 1 pinggan) :

Tumis 1 sudu makan cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan secekak kuey teow, kucai dan taugeh. Pecahkan 1 biji telur, kacau dan bolehlah di angkat.

 Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. 

Resepi jeruk cili hijau

Bahan :
Cili hijau
Cuka
Gula
Garam
*agak2 je semua bahan ni yer..

Cara :
Potong cili hijau dan rebus dengan sedikit air sehingga bertukar warna. Campurkan bahan2 lain secukup rasa. Agak2 je la. Jangan terlebih masin plak. Dah siap... boleh dimakan bersama char kuay teow.

p/s : Fuyoo .... licin  sepinggan penuh semua...masak dua round...kat kedai tak dapat macam tu..!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...