Rasanya dah lebih sebulan aku buat masakan nih..... Al kishnya, masakan ni terjadi dari burger yang tak abes dijual.
Daripada terbuang dalam tong sampah, aku kerjakan burger ni dengan membuang roti dan sayur .... ambik daging jer.Daging tu aku simpan dalam peti ais dan esoknya buat lauk tengahari.
Okey jer, anak2 dan hubby cakap sedaplah jugak. Kempen berjimat lah tu... tak membazir...hehe!
Bahan2 :
5 keping daging burger
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
Cara2 :
Daging burger digoreng sehingga masak dan dpotong 4 bahagian. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.
Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa.
Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. Biarkan mereneh sebentar. Masukkan daging burger yg telah digoreng td. Biarkan ia mendidih sekali lagi.
Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
p/s : Nak burger daging atau ayam, dua2 pun boleh digunakan....
4 comments:
Memang juga nasak sambal waktu dah krhabisan lauk...
ok..lepas ni kalau masak .. nak buat ni..
adehai... dah tepu nak fikir nak masak apa..
Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg
resepi baru..boleh try ni.. :)
sedapnyaaaa.. terus rasa lapar malam2 ni...
hai.. jalan2 singgah sini :)
Post a Comment