Breaking

Monday, December 7, 2015

Sambal Hitam Belimbing Buloh

Aritu.... minggu lepas hubby bawak balik belimbing buluh. Katanya kawannya bagi selepas dia pergi melawat tempat kerja lama. Buat masak lemak cili api...sudah! Buat sambal pedas, sudah... tapi ada ada banyakkkk lagi...

So, fikir2 dan fikir..... google sekali... Yes! dapar idea buat sambal hitam belimbing buluh.... masakan tradisi negeri Pahang. Pernah rasa sekali dua.. bila ada yang jual dalam botol.. sedap jugak, masam2 pedas dan manis.

So, bermulalah episod mencuba membuatnya.... ikut resepi SINI... tapi buat ikut cara sendiri serba sikit...hihi!



Bahan2
Belimbing buluh (1 mangkuk penuh)
Cili padi (ikut kepedasan masing2)
Ikan bilis yang telah dikopek (ikut sendiri nak banyak mana)
Bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
Kicap manis atau secukup rasa (takde kicap manis... kicap masin pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 Menyediakan
Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.   Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  

Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  

Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. 


p/s : Entahlah, betul ke ini rupa sambal hitam...  Pernah rasa lebih kurang jer. Sedap bagi aku tapi pelik bagi hubby dan anak2..... haha!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...