Breaking

Tuesday, April 17, 2012

Masak Lemak Putih Fucuk Tauhu Campur Sayur Petola


Dah xde idea lg nk letak n3. Cuma masak2 yg ulang tayang je... Nak masak lauk dan kek yg power2 macam blogger yg lain2 tu aku x mampu. Slender betoi aku ngan diorang....memang hebat2 belaka. So... aku dgn cara aku... janji blog aku ni x terabai.

Ini lauk yg biasa je....... aku selalu masak dan dah pun aku letak diblog lama dulu...

Ari  aku ulang tayang je masakan ni lagi kt blog aku ni....



Bahan2 :

1 biji petola
1 paket fucuk tauhu sekali ngan suun
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
2 cawan santan
garam dan gula scukup rasa

Cara2 :

Petola dibuang dan dikikis  kulit kerasnya dan di potong2, fucuk dan suun direndam sebentar sehingga lembut, tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. daun kunyit di carik2 sahaja. 


Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia  sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak, bolehlah dihidangkan....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...