Ntah kenapa kepala berat jer.....rasa pening ckit mcm nk demam jer.... mintak2 aku tak sakit skrg ni sebab ujung minggu kena berniaga....
Updated n3 masak smlm jelah......... kali ni aku buat cara senang dan x guna santan. Aku tukar dgn susu cair. Buat pun ckit jer, teringin punya pasal sebab dah lama x buat ....!
Bahan2 :
1 biji kentang - potong dadu besar
1 biji terung panjang - potong dadu besar
4 batang kacang panjang - potong memanjang 1 inci
1 batang karot -potong memanjang
1/2 cawan daging tetel -direbus empuk dan potong kecil
1 cawan susu cair
air secukupnya ( anggaran 2 cawan air )
1/2 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
3 biji bawang merah ( di tumbuk)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan cili giling
1 sudu teh pes jawa
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1/2 paket serbuk kari
minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara :
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buaah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan bahan tumbuk. Bila dah wangi dan kekuningan, masukkan cili giling dan serbuk kari.
Masukakkan juga sedikit air. Dah garing masukkan lebihan air dan susu cair. Masukkan juga kacang dhal dan daging.
Biarkan mendidih, masukkan pula semua sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
p/s : Sedap... x berlemak dan berkhasiat plak tu!
No comments:
Post a Comment