Just Klik!

Saturday, April 28, 2012

Nasi Goreng ............ mudah jer!!

Dah lama rasanya x updated blog aku ni..... busy memanjang je dan xde mood plak. Ari ni cuma nak updated gambar masakan beberapa hari lepas.

Beberapa hari lepas aku sibuk siapkan 500 bungkus kismis utk bunga telur org kahwin..... Plak tu sibuk siapkan barang niaga kt tempat baru dan bla....bla... bla.....!

Letihlah plak nk membebel panjang2 ni..... So tengok ajelah gambar dan ambik resepi and then masak sendirilah..!



Bahan2 :

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
3 biji cili api - ketuk
1 batang serai - hiris halus
2 biji telur
4 tangkai kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa
Tomato - utk hiasan je dan sedap dimakan sekali!

Cara2 :

Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan serai. Bila dah kekuningan, Masukkan sos tiram. Masukkan kacang panjang. Biar sedikit masak. 

Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.  Masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.



p/s : Nyum..nyum..... sedap gak...!



Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...