Breaking

Friday, December 23, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Ari ni.... skrg ni, aku di Masjid Negeri Shah Alam. Macam biasa aku berniaga dalam 3 hari je seminggu disini. Dah siap kemas gerai, dlm dok boring tunggu pembeli tu....... aku godeklah laptop ni.

Ari ni nk letak n3 resepi kuih bingka roti ni..... Sebetulnya dah berminggu dah aku buat juadah ni, time laptop rosak aritu... So, disebabkan laptop tu slow dan aku jarang online, tertinggal plak satu n3 resepi.

Resepi ni aku ambil dari blog Umi @ Home Sweet Home yg cedok resepi dari Notabilla. Nk tengok resepi blog klik sini dan sini.



Bahan :



8-10 keping roti putih - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (guna santan kotak MS je)
200 ml air
1 cawan gula (letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-Cara :

Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. 

Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi. 

Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka). Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 



p/s :Kalau letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)


3 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Annur...nampak sedap puding ni, mesti wangiiii dan lemak2 rasanya....Makan ngan eskrim mesti sedap niiiii

Noor Akma said...

thanks, sudi beri komen... cuba jgn x cuba.

Anonymous said...

pes pandan tu apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...