Itulah juadah tengahari ari ni............... hari terakhir dlm tahun 2011. Esok tahun baru menjelma. Apa azam tahun baru??? Entah!!!! azam tahun ni dan tahun lepas pun entah dah tercampak kemana. So.... azam baru nk create lagi ke.....! X payahlah, kutip jelah azam yg lama, yg dah bertahun x tertunai tu.
Bila hubby aku nk buat cencaru bakar, aku tergelak sudah...... Bukannya apa, dia bukannya suka lauk macam tu. Tp aku buat ajelah. lagipun dah lama x buat.
Ikan bakar ni kalau bakar dgn arang lagi power..... tp kalau dah ada cara mudah, buat apa susah2. Bakar je dlm oven..... 30 minit je. X payah berpeluh bagai berdiang kt api.... dah siap!
5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. X perlulah sampai lumat. Cukup hanya bergaul sebati.
Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati
Sediakan dulang oven yg dilapisi aluminium foil dan di lapisi daun kunyit. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas dulang.
Bakar dalam oven dgn suhu 200C guna api bawah selama 20 minit. 10 minit lagi guna api diatas. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.
Sedia dihidangkan dgn air asam..........
p/s : Bakar ikan pakai oven ni x sama dgn pakai arang sebab x nampak hangus garingnya. Tp sama je rasanya.. Mudah plak tu....!!
No comments:
Post a Comment