Breaking

Monday, February 27, 2012

Sup Ketam utk Anak yg Suspek Denggi

Anak perempuan aku yg bongsu demam. Dah bagi ubat deman .....dah kebah, esoknya demam balik. Dah menjangkau 3 - 4 hari macam tu, suami aku bawak pegi klinik kerajaan sek. 19.... ambil darah. Resultnya di suspek kena denggi. Balik dari klinik siap beli air 100 plus dan air mineral bagailah...!

Risaunya.... plak tu disuruh datang ke klinik lagi keesokannya. Patutlah asyik pening kepala dan sengal2 badan jer... walau dah kebah demam. Dulu... bila macam ni mesti kena masuk wad, skrg diorang cuma pantau 2 -3 hari... bagi ubat deman, batuk dan garam hidrasi jer....

Petang tu suruh hubby beli ketam utk buat sup. Kata org, sup ketam elok untuk buat ubat demam denggi. Insya'allah kita hanya berusaha...  Dah makan sup ketam dan 3 hari berulang ke klinik, anak dah sihat dah. Ari ni dah pergi sekolah. Seminggu lebih jugaklah x sekolah.

Ini dia sup ketam yg aku buat tu..............!


Bahan2 :

3 ekor ketam - buang cengkerang dan dipotong dua.
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 btg seleri - potong menyerong
1 paket cendawan
1 biji tomato - potong baji
1 sup bunjut
1 camca teh  lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Cara2:

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. kemudia masukkan bahan tumbuk , serai sup bunjut dan lada hitam ke dalam periuk.

Masukkan seleri, tomato, cendawan  dikuti garam dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan ketam yang siap dipotong. Didihkan lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Padamkan api .

Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum di hidangkan.

p/s :  Anak yg demam xde selera makan.... yg x demam yg beria2 makan.... haha!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...