Breaking

Thursday, February 21, 2013

Daging dan Kentang Masak Lemak Cili Api

Hummmmmmm............ masakan peberet lagi!! Apa lagi nak masak...itu yg direquest dek my hubby!!!
Masak jelah.... peberet anak2 gak!! Dah pernah pun letak resepi ni sebelum ni... tp  ulang tayang jelah lagi... dan lagi... hehe

Mlm ni masa banyak dihabiskan ajar anak2 buat homework, letih n agak sakit kepala sikit  nengok keletah anak2 yang x rajin buat keje ni..! 

Okeylah x larat nk layan celoteh ni panjang2...  



Bahan2


300gm daging  - potong kecil2
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. X payah taruh air masa rebus ni . Air daging akan keluar dengan sendirinya. 

Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s :  Dah namanye lauk peberet...  nambah nasik lah...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...