Just Klik!

Saturday, May 11, 2013

Chicken And Fishball Soup

Tajuk resepi kali ni tulis dalam bahasa omputih plak.... Resepi ulang tayang je... yang in malay dah tersenarai, so kita ubah ckitlah...

Masakan ni dah berkali2 dan sentiasa selalu dibuat.... cuma tukar ckit sayur mayur je....kan!

Kita tengok jelah resepi campak2 ni....!


Bahan2 :

1/4 potong daging ayam 
1 paket bebola ikan
2 pokok celery
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ayam dipotong kecil2. Bebola ikan di belah dua, celery, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2.  Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam, bebola ikan, bunga kobis, carot, celery dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 

Siap sedia untuk dimakan.



p/s : Sentiasa sedap dan menyelerakan dan penuh khasiat!


Have a nice day! :)

1 comments:

Anonymous said...

Thank you soo significantly i needed this

My weblog Mike Chang Monster Mass

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...