Bukan salah sesiapa.... melainkan salah aku jugak. tengah siap nk mengadun brownies ni, hubby plak ajak gi Mydin beli barang. Tinggalkan kejap. Balik dari Mydin aku bakar brownies ni... so agak bantat ckit tp anak2 cakap still sedap!!! hehe... jadilah buat makan2 sekeluarga.
Apa-papun bukan salah ibu mengandung..... salah aku gak! Lagipun aku memang x pandai berkreativiti dalam memasak ni.... jadilah cam gini..... haish! Tp aku nk gak share kt blog aku ni.....yalah dah penat2 buat... org nk kata.... suka atilah!
Resepi aku copy dari blog kesukaan..... Secubit garam.... oleh Nor Azmihah Muhammad. Kalau nk rengok brownies yang cantik jelita tu, tengok kt sini... Abaikan gambar comot brownies aku ni, ye kengkawan!!!
Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan (113gm) mentega ~ dicairkan
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis ~ cuka pun boleh
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 160C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~
Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
~ ~ ~
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama mentega cair sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Bila adunan dah sebati, masukkan cuka dan kacau sekejap (jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 2 - 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.
Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh
Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.
Tips :
1. Buangkan baking paper dr brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk pembakaran kali ke2 (selepas dimasukkan topping cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja bila permukaan cheese mula menampakkan keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko)
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yg dah dipanaskan terlebih dahulu.
p/s : Makan jelah.... asal jadi!!
1 comment:
quite personal gym at residence. Right here
are handful of very good house equipment
and gym add-ons, which might help you in building muscle at your very own
property
Also visit my page Mike chang Monster mass
Post a Comment