Aktiviti memasak dan makan tetap diteruskan.... Kengkadang rajin nk ambil gambar dan share kt cni... ada masana malas sangat plak!
Ari ni cuma nk share kari daging pekat ni..... hubby yg masak tau....! Aku tolong2 siapkan bahan2 je! Jangan x tau... sesekali dia masak sedap jugak... anak2 kata ... ayah masak, best!!!
Bahan2 :
500gm daging - dipotong kecil
(aku buat ni campur ckit dgn daging tetel)
3 biji kentang - di buang kulit dipotong
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 sudu makan cili giling
1 pkt kecil serbuk kari daging
1 sudu teh pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu besar kerisik
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
Cara :
Bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat. Tumiskan.. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.
Masukkan serbuk kari daging dan kerisik sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging dan secawan air, renihkan sehingga daging benar2 empuk.Masukkan kentang... tunggu sekejap.
Lepas tu masukkan santan Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk dan kuah menjadi pekat. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap bolehlah diangkat.
p/s : X banyak beza dgn kari daging biasa cuma ada penambahan kerisik je...sedap!
No comments:
Post a Comment