Ari ni masak gulai kegemaran suami... hehe! Masak lemak cili api lagihhh...! Ikan keli di goreng je ngko... Kalau salai lagi sodapp, tapi mana nk salai nih..... berasap giler la rumah 5 tingkat aku, ada yang panggil bomba plak.. ingat umah terbakar.... haish!
Haiiiih.... goreng pun goreng je lahh! Dah terlanjur ada masa tu.... masak jelah! Ikan keli nih aku potong2 sebelum di masak... anak2 ramai. Kalau tak dipotong2 nanti sekali hadap sekor sorang plak ikan keli tu dek anak2 aku, mau lari bajet tuh!
Bahan2 :
4 ekor ikan keli
1 mangkuk rebung
12 biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Ikan keli dbersihkan dipotong2, kalau tak dipotong2 pun ok jugak. Gaul dengan garam, kunyit dan sedikit tepung jagung. Goreng hingga garing.
Rebung dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat.
Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan mereneh. Masukkan ikan keli goreng. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : Wah! sodap sekali hingga makan berpinggan2nih..... menjilat jari u!!!
1 comment:
Sedap
Post a Comment