Breaking

Wednesday, October 2, 2019

Campak Terus Beras Dalam Pressure Cooker Dah Masak Nasi Goreng .... Hehh!

Biasanya bila nak masak nasi goreng, kena tanak nasi dulu atau ada nasi sejuk yang berlebihan. Bila menggunakan pressure cooker dah tak perlu macam tu lagi. Boleh campak terus beras dalam pressure cooker masak nasi iaitu dengan dan bersama semua bahan yang di perlukan macam masak nasi biasa. Menjimatkan masa, tenaga dan sangat sedap seperti masak nasi goreng di dalam kuali... gituuuu!

Campak Terus Beras Dalam Pressure Cooker Dah Masak Nasi Goreng .... Hehh!
Campak Terus Beras Dalam Pressure Cooker Dah Masak Nasi Goreng .... Hehh!
Mula-mula tu cuak juga. Takut tak menjadi dan rasa tak seperti di harapkan. Aku pernah masak nasi macam ni dalam periuk nasi elektrik yang biasa. Rasanya ada sesuatu yang aku tak suka dan tak sedap. Tapi dengan pressure cooker ni amat berlainan. Rasanya memang sedap dan en. suami pun tak ada komplen apa-apa.  Anak-anak pun kata sedap dan laju diorang makan.




Masak nasi goreng ni ikutlah bahan sayuran apa yang korang nak letak. Aku biasa letak kacang panjag, kacang buncis, kangkung, sawi atau kobis bila masak nasi goreng. Tapi kali ni yang itu saja ada dalam peti ais aku ni. Bolehlah untuk resepi campak-campak aku yang serba simple ni. Di sini aku perturunkan resepi yang tak seberapa ini... yer!

Campak Terus Beras Dalam Pressure Cooker Dah Masak Nasi Goreng .... Hehh!


Bahan-bahan :

2 cawan beras
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 bji telur
Secawan sayur (anggaran)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu makan kicap
1/4 dari seketul kiub ayam (jika suka)
Segenggam ikan bilis goreng 
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Segenggam ikan bilis goreng 

Cara-cara:

Bawamg merah dan bawang putih di hiris halus. Sayur di potong-potong dan di bersihkan. Beras di bersihkan dan di sukat airnya secukupnya di dalam bekas (ikut kesesuaian beras). Masukann minyak masak ke dalam pressure cooker dan mulakan fungsi stir fry atau menggoreng.

Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau dan hampir kekuningan. Selepas itu masukkan cili kisar bersama kicap dan kiub ayam. Kacau berterusan sehingga pecah minyak iaitu apabila cili kisar hampir garing.

Setelah itu, masukkan sayur. Aku masukkan sayur cepat sebab aku guna lobak merah seleri dan bunga kobis. Kalau guna sayur berdaun seperti sawi, kobis, kangkung dan sayur lembut boleh ketepikan sayur tu dulu untuk di masukkan kemudian nanti. Kalau sayur kekacang pun seperti kacang buncis, kacang panjang atau kacang botol rasaya kena masukkan awal juga sebab agak keras.

Kacau, kacau, kacau,  selepas tu pecahkan telur telur ke dalam pressure cooker bersama bahan-bahan tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga telur mengeras dan sebati. Langkah seterusnya, masukkan beras dan air sekali gus. Masukkan garam dan gula dan kacau sekali lagi,

Tutup pressure cooker dan tukar fungsi tekanan dan set selama 7 minit. Apabila selesai, biarkan selama 5 minit. Selepas tu, keluarkan tekanan dan buka tudung dan kacau nasi. Jika menggunakan sayur berdaun lembut, masa inilah kena letak sayur. Jika tak cukup perasa, boleh juga tambah garam. Jangan lupa kacau sebati. Bolehlah di hidangkan bersama taburan ikan bilis goreng. Sedappp!

Nak lihat resepi masakan aku di blog ini... klik SINI

p/s : Alhamdulillah, rasamya tak mengecewakan. Aku guna pressure cooker jenama philips yer!  Tapi, jenama apapun pressure cooker tu, penggunaannya sama je... yer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...