Breaking

Monday, October 28, 2019

Resepi Kurma Daging Bersama Kentang Yang Berperisa... Walla!

Jenuh memikirkan nak masak apa setiap hari. Kadang-kadang en. suami yang bagi buah fikiran pula. masak kurma dagin bersama kentang ini di cadangkan oleh en. suami. Dah buntu memikirkan hari-hari nak masak tu. Jadi tanya penghuni dalam rumah iaitu en, suami dan anak-anak. Bila dah ada sikit perbincangan, baru dapat idea buat masak kurma daging ini. Semua dah setuju, baru puashati. Tak gitu?

Resepi Kurma Daging Bersama Kentang Yang Berperisa...  Walla!
Resepi Kurma Daging Bersama Kentang Yang Berperisa...  Walla!

Maka terjadilah masak kurma ini. Aku masak pakai pressure cooker. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Masak macam biasapun boleh, tiada salahnya. Cuma kena pastikan daging betul-betul empuk dan mengambil masa yang lama jugalah. Nak bagi daging empuk itu yang menjadikannya lama. Ada pressure cooker, senanglah sikit.





Apapun cara masak samaada dengan pressure cooker atau secara biasa,rasanya masih sama. Tetap rasa masak kurma juga. Jadi tak usahlah berkeluh kesah tak ada pressure cooker. Abaikan ajelah. Ini aku bagi resepi masak kurma cara keluarga aku turun temurun. Resepi orang lain mungkin ada yang sama macam aku dan ada yang agak berlainan. Nak masak pakai pressure cooker, ubahlah cara lebih kurang. Mana-manalah yer...!

Resepi Kurma Daging Bersama Kentang Yang Berperisa...  Walla!


Bahan2 :

300gm daging 
3 biji kentang 
1 biji tomato 
2 biji cili merah 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk rempah kurma
1 sdu makan pes asam jawa
11/4 cawan cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Daging di potong kecil dan di bersihkan. Kentang di buang kulit dan di belah 4 atu 6. Tomato juga dibelah 4. Cili merah di belah sedikit tanpa putus. Bawang merah, bawang puttih dan halia di tumbuk lumat bersama. 

Tumiskan bahan tumbuk bersama dengan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan 1/4 cawan air . 

Masukkan serbuk rempah kurma sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar. Masukkan kentang. 

Lepas tu masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk. Seterusnya masukkan tomato dan cili merah, Tunggu seketika. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk  makan tengahari. Sedappp...!

Masakan ini kadang-kadang di jamu waktu kenduri-kendara perkahwinan. Sesekali masak sendiri di rumah, tak perlu ada nasi minyak pun sangat sedap. Berselera satu keluarga makan. Tak perlu ada lauk lain bersama. Ada salad timun dan nenas pun sudah memandai. 

Nak pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Sangat berperisa dan berselera sentiasa... huhu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...