Breaking

Thursday, February 16, 2012

Thursday, February 16, 2012

Masak Lemak Cili Api Udang dengan Rebung

Memang sedap dan serasi sangat bila udang dan rebung digabungkan bersama....... lepas tu buat plak masak lemak cili api. Makan memang x toleh kiri kanan punya. Tau2 dah abis nasi 2 pinggan. Hubby aku le tu....

Inilah juadah tengahari smlm. Tp aku kena makan berpada-pada. Sebab elergik ngan udang. Makan seekor je sudah.... ambik rebung dan kuah lebih ckit.... Tp aku ni pantang!!! Pantang jumpa....!!! 2 - 3 ekor jugak aku makan. Lepas makan cepat2 cari ubat allergik...hehe!!

Kita layan jelah juadah tengahari aku ni.....!!


Bahan2 :

1/2 kilo udang
Semangkuk kecil rebung
12 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Masukkan udang yg telah dibersihkandan rebung yg telah dibersihkan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula.

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.




p/s : Sebenarnya lauk ni lagisedap bila dimasak pedas menyengat tp kalau yg x tahan pedas boleh kurangkan cili api tu.... :)


Tuesday, February 14, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Cucur Kembong Manis

Ini menu sarapan pagi tadi. Simple dan sangat2 mudah. X payah susah2 dan x banyak bahan.


Bahan2 :

Tepung gandum
Gula
Air suam
Minyak masak
* resepi ni xde sukatan - ikut banyak mana yg nkdibuat. Selalunya aku buat dalam 3 cawan tepung gandum je....

Cara2 :

Gaul semua bahan kecuali minyak masak. Gula cukup sekadar utk memaniskannya aje. Masukkan air cukup2 je. Asal boleh disudu atau dipegang/dijemput  dgn jari dah kira okey. Kalau terlembik boleh tambah tepung lagi.

Goreng terendam dgn minyak yg banyak.  Bila dah kekuningan dan agak garing boleh diangkat. sedia dihidangkan utk minum pagi dan petang.

Monday, February 13, 2012

Monday, February 13, 2012

Produk Jualan Terkini ~Kismis Sultana

Dah lama x updated barang2 yg aku niagakan di blog ni. Kali ni aku nk jual kismis plak. Nak promosi utk buat cenderahati perkahwinan. Lagipun kismis baik utk kesihatan.

Disini di sertakan sedikit info tentang kismis :

Riwayat  dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Antara khasiatnya yg amat dikenali  ialah :

1. menguatkan daya ingatan

2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda

4. membersihkan hati

5. mencerahkan mata


Asal Usul Kismis

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. 

Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


Produk : Kismis Sultana
Harga   : RM 150.00 sekotak (10 kg)
             

* Jika nk dibuat cenderahati perkahwinan, kami sedia paketkan kedlm paket2 plastik kecil 25gm setiap satu. Boleh terus diletakkan kedlm bekas cenderahati. Cuma dikenakan bayaran tambahan RM10.00 sahaja. Dpt dlm  400 pkt utk 10kg . Bukan saja murah, mudah dan amat menjimatkan.

Jika berminat sila  hubungi Noor di 017-2387594/0173215261. Penghantaran boleh dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD). Jika diluar kawasan, kami boleh pos dan kos penghantaran akan dicaj kepada pembeli. (RM20sm / RM30ss)

# Updated 24/9/14
                 03/01/16

Monday, February 13, 2012

Kari Kepala Ikan Merah

Masakan smlm ni...............! Sedap hingga menjilat jari. 

Dlm kesibukan aku bekerja, keluarga adalah yg paling utama. So... memasak utk keluarga adalah satu hal yg mengembirakan aku, lebih2 lagi  bila tengok anak2 n hubby berselera makan. Walau terkadang dah buntu memikirkan masakan apa yg nk dihidangkan.



Bahan2 :


1 ekor kepala ikan merah - bersihkan dan dipotong2
5 biji bendi - dipotong pangkal  dan hujung
1 biji tomato - potong baji
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara2 :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. 

Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta kepala ikan. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. 

Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tuesday, February 7, 2012

Tuesday, February 07, 2012

Telur Itik Masak Lomak Cili Api

Dah lama sangat blog aku ni x terurus..... dah berabuk ckit. Sibuk memanjang aje aku ni. Skrg ni, dah x sibuk..... barulah dpt aku tulis n3 ckit.

Macam biasa........ opis baru tengah tunggang langgang, poneng kepalo den dibueknyo. Gasaklah, mana yag terdaya aku buat... letih x abis2.

Kerja........ mana ada abisnya....!!! Okeylah xnak membebel panjang lagi...... aku nk kongsi masakan smlm aku ni dengan korang semua. Masak yg mudah dan sedapppppppp!!

Tunjuk dlm gambar 2 biji je..... yg lain dah abis kena ngap...hehe!!

Bahan2 :

5 biji telur Itik
1 ikat kacang panjang
10 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Kacang panjang dipotong2 sepanjang kira2 1 setengah inci. Masukkan bahan tumbuk dan serai yang telah dititik ke dlm periuk . Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan kacang panjang. Pecahkan telur itik dengan berhati-hati, sebiji demi sebiji kedalam periuk. Jangan pecahkan ditempat yg sama dan kacau dengan perlahan agar kuning telur tidak pecah. 

Dah mendidih lagi, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. 

Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Sayur kacang panjang tu lagi sedap kali tukar dengan belimbing buluh atau bacang muda. Tp aku x sempat nk cari... pakai apa yg ada ajelah!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...