Breaking

Monday, April 15, 2013

Monday, April 15, 2013

Agar-agar Apam Aiskrim

Puding Apam ni aku buat dari lebihan apam aiskrim cornetto yg tunggang terbalik dan huru-hara kt dlm kukus kelmarin.

Potong kecik2 taruh dalam loyang n curah agar2 susu... bolehlah dimakan...xlah membazir kuih apam tu!


Bahan2 :

1 paket agar-agar tali (15-20g)
1 cawan susu cair
3 cawan air
1 cawan gula
1 mangkuk kuih apam aiskrim - dipotong kecil2

Cara2 :

Rebus agar-agar bersama  air dan gula. Bila agar-agar dah hancur masukkan susu. Kacau lagi hingga mendidih. Kuih apam letak dalam loyang. Curah agar-agar dalam loyang berisi kuih apam.

Bekukan didalam peti ais. Dah beku... bolehlah di potong dan dihidangkan.



p/s : Meriah warna dia.... hihi!

Sunday, April 14, 2013

Sunday, April 14, 2013

Apam Aiskrim Cornetto

X tau nk kata apa ngan apam aiskrim ni... nilah resepi yang paling seksa nk di layan agak nyer... nampak macam senang membuatnye....tp bila dah cuba barulah tau suasana resepi ni...huh!

Tp jadilah jugak walaupun x secun resepi yg aku copy tu... resepi apam ni aku copy je dari blog yang penuh dengan resepi yang canggih dan famous iaitu blog Azlita masam manis. Nk tengok resepi secara detail lagi klik sini.

Dah penat mendeco apam yang separa kurang menjadi tu... kita lihat gambar dan resepi ni....!



Bahan2 :

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Cara2 :

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit. Tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut. Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata. Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.

Susun kon dalam kukusan. (Cara nk buat kon... boleh klik sini). Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! Pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit. Tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut. Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata. Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.

Adunan tu tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk. Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing. Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat) Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje.. Dah siap...


p/s : Alkisahnya... apam aku tu bila dah siap kukus terbalik huru-hara kt dlm kukus. Kukus adunan kali kedua...barulah okey... Silap teknik ckit...hehe!!!

Sunday, April 7, 2013

Sunday, April 07, 2013

Ikan Kembung Rebus Masak Lemak Cili Hijau

Ari ni aku nk share masakan aku yng aku masak kelmarin... masakan yang mudah untuk org2 yang sibuk macam aku.. Lagipun dah jemu aku dengan masak lemak cili api yang pedas giler tu.... sakit tekak dah jadinya....hehe!

Resepi ni turun temurun dari keluarga aku sendiri.... Dah lama x buat sedap, berselera makan...! okeylah... akupun tengah sibuk nk menyiapkan tempahan bunga2 brooch... aku pertontonkan resepi ni kt sini...

Layannnnnnnn.......


Bahan2 :


4 ekor ikan kembung rebus
7  biji cili hijau
2 biji bawang merah 
2 cawan santan pekat.
1 sk serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
secawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.


Cara2 :

Ikan kembung rebus dibersihkan. Cili hijau  di hiris memanjang kepada 3 bahagian, buang bijinya. Bawang merah dihiris. Daun kunyit di carik-carik kecil. Masukkan  cili hijau, bawang merah, daun kunyit asam keping dan serbuk kunyit dalam periuk bersama air dan secawan santan. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan ikan kembung rebus tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. 

Kacau perlahan-lahan agar ikan tak hancur dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Tunggu sebentar dan lepas tu bolehlah diangkat.


p/s : Arini nk masak apa plak erkk!? ... Fikir...fikir fikir!!!!!

Friday, April 5, 2013

Friday, April 05, 2013

Kek Kukus Asam Prun Merah

Kek ni adaptasi dari kek yang aku tengok kt blog amie's little kitchen... memang bercadang nk taruh hawflakes campur asam prun tp x jumpa kt kedai2 yang aku pergi... 

So, aku taruh asam prune ajelah dlm kek ni... Sedap dan terasa masam manisnya...

Thanks amie utk idea ni... sapa2 yg nk  tengok blog amie ... klik sini.


Bahan2 :

  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • beberapa titik pewarna merah jambu
  • 100 gram kepingan asam prun merah ~ dipotong halus 

Cara- Caranya:

  1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  3. Tambahkan esen vanilla dan pewarna merah jambu dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan hirisan prun merah.
  4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek masak dengan sempurna.
  6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum dipotong dan dihidangkan. 

**Aluminium foil hendaklah disapukan mentega di permukaan yang hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Selamat Mencuba. 


p/s : Oleh kerana menteganya ada seketul 250g ... aku buat kurang ckit dari adunan ni iaitu telur 4 biji dan bahan2 lain di bahagikan 6 bahagian n di darab 4... sekian!


Tuesday, April 2, 2013

Tuesday, April 02, 2013

Ikan Bawal Masak Kari

Sibuk bebeno aku skrg ni.... x dapat nk selalu updated blog. Ari ni di rajinkan diri jugaklah sebab dah banyak yang aku masak n ambil gambar x dipos lagi kt sini.... 

Masakan ni aku buat beberapa minggu lepas.... dah lupa plak tarikh bila...hehe! Dah selalu masak kari kt sini.... macam ikan aku dah kongsi kt sini... kali ni giliran ikan bawal plak. Resepi tetap sama je....ulang2 tang tu jugak... 

Apapun layan jelah....!



Bahan2 :


1 ekor ikan bawal -bersihkan dan dipotong 3.
5 biji bendi - dipotong pangkal  dan hujung
1 biji tomato - potong baji
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1 sudu makan pes asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air . Masukkan serbuk kari sekali. 

Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga bendi  dan ikan bawal. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. 

Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Jarang masak ikan bawal...sedap gak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...