Kek ni adaptasi dari kek yang aku tengok kt blog amie's little kitchen... memang bercadang nk taruh hawflakes campur asam prun tp x jumpa kt kedai2 yang aku pergi...
So, aku taruh asam prune ajelah dlm kek ni... Sedap dan terasa masam manisnya...
Thanks amie utk idea ni... sapa2 yg nk tengok blog amie ... klik sini.
Bahan2 :
- 325 gm mentega
- 250 gm gula kastor
- 300 gm tepung naik sendiri
- 6 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- beberapa titik pewarna merah jambu
- 100 gram kepingan asam prun merah ~ dipotong halus
Cara- Caranya:
- Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
- Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
- Tambahkan esen vanilla dan pewarna merah jambu dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan hirisan prun merah.
- Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
- Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek masak dengan sempurna.
- Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum dipotong dan dihidangkan.
**Aluminium foil hendaklah disapukan mentega di permukaan yang hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Selamat Mencuba.
p/s : Oleh kerana menteganya ada seketul 250g ... aku buat kurang ckit dari adunan ni iaitu telur 4 biji dan bahan2 lain di bahagikan 6 bahagian n di darab 4... sekian!
1 comment:
Nmpknyer menjadi..gebu2 gitu
Post a Comment