Breaking

Thursday, April 17, 2014

Thursday, April 17, 2014

Gulai Lemak Kuning Labu

Dah masuk bulan ketiga blog ni terbengkalai x ber n3. Banyaknya hal...... Sibuk gila2 plak tu. Ditambah wifi yg buat hal. Skrg ni masaalah wifi xde kot (dh tukar ke wifi baru - Unifi) ...... tinggal aku je kena rajin dan cari masa yg x sibuk.

Masak tu tetap masak dan ambil gambar tp agak kurang buat masa ni..... sebab selalu makan kedai dek air yg kena catu kt Selangor skrg nih..... Masakan ni simple je, stail kg punya. Ada gulai labu dgn ikan masin goreng je makan ngan nasi dah sedap sangat tau!



Bahan2 :

1/2 biji labu
1 keping tauhu
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis

1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan santan
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Labu  dibuang kulit dan di potong2. Tauhu dipotong dadu. Bawang merah dan cili merah dihiris. Daun kunyit di carik2 sahaja.

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk bersama ikan bilis dan serbuk kunyit. Masukkan juga secawan santan dan secawan air. Didihkan ia sebentar.

Bila dah mendidih masukkan secawan lagi santan. Di kacau sentiasa dan apabila mendidih lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah siap masak bolelah dihidangkan.




p/s  : Lauk iringan bersama gulai ni........ ikan sepat masin goreng....perghhhh!

Monday, February 17, 2014

Monday, February 17, 2014

Daging Dendeng

Kehilangan kata2 plak nk berbicara...... Cuma aku berharap akan mempunyai sedikit masa utk mengupdated blog.......skurang2nya sekali seminggu. Hahhhhh........ nk aktif ber blog lg.... hehe!

Daging ni ingatkan nak masak rendang...... Santan plak xde... Tukar plan, godek2 resepi dari buku2 lama. Jumpalah resepi ni. Sedap gak.... ala-ala rendang rasanya, ada gak rasa2 sambal ckit.

Jom layan.....


Bahan-bahan :

1/2 kg daging
1" halia
2 btg serai (diketuk)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 cawan air
4 sudu cili giling
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu makan gula merah
sedikit asam jawa
sedikit kicap

Cara-cara :

Daging di bersihkan digaul sedikit garam dan direbus lama dgn serai dan halia hingga lembut. Potong nipis2 dan gorengkan daging tersebut. Angkat dan ketepikan. Tumbukkan daging di dalam lesung supaya lembut.. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. 

Tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling dan rempah kurma hingga garing. Masukkan gula merah, sedikit kicap dan sedikit air asam jawa. Masakkan hingga kering dan sesuaikan rasa masin dan manis. Masukkan daging dan digaul rata.

Sedia dimakan dgn nasi. Boleh juga dimakan dgn pulut dan ketupat.



p/s : Sedappp....

Wednesday, February 12, 2014

Wednesday, February 12, 2014

Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur dgn Terung Pipit

Setelah ditimpa macam2 masalah dan  tuntutan kehidupan... barulah terdaya mengupdated blog. Huh, letihnye. 

Hidangan yg aku paparkan dah lama aku buat. Dah x teringat bila tarikhye....lupa dek kesibukan yang menggila. Cendawan Kukur susah nk jumpa.... musim hujan dan kt btg getah tumbang je benda ni tumbuh...sedap. Terung pipit ni ada rasa pahit2 ckit.... pada aku sedap je..... Tp anak2 ngan hubby x makan... diorg x sukalah tu!

Kita layan resepi dulu....


Bahan2 :

Secawan cendawan kukur
Sedikit terung pipit
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Mula2 cendawan kukur dibersihkan betul2 dari sampah dan pasir serta bersihkan terung pipit dari tangkai. Lepas tu masukkan bahan tumbuk, ikan bilis, terung dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Sedap gitu.....

Friday, January 24, 2014

Friday, January 24, 2014

Nasi Ulam Daun-daun Kayu

Jarang2 aku updated bog skrg ni.... Wifi  buat hal... laptop pun sama, apa yg nk di buat jadi serba x kena. Haisssssh.... nyampah aku. sebenarnya banyak dh gambar masakan dlm folder.... cuma xde mood n xde masa je nk disiarkan di sini... Apa tidaknya.... serba x kena jelah....!

Ari ni dikuatkan semangat dan jiwa raga aku ni untuk menggodek2 komputer dan on internet.... itupun teethering dari hp je. Walaupun slow tp jauh dari ok bila guna  wifi  P1 aku tu yg signalnya asyik merah je... kekadang mcm nk ada tp hampehhhhh!! 

Okeylah.... kita layan juadah paparan kali ni......... Daun2 kayu utk buat nasi kerabu ni pemberian seorang kawan yg tinggal di Kuang, Selangor. Sangat teruja sekali bila dpt daun2 ni... terus terbayang nasi kerabu.... oppps nasi ulam, apasal la aku ni  selalu keliru nasi ulam ngan nasi kerabu....apa2pun perghhhh..! 


Bahan2 :

2 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah - di mayang halus
1 batang serai - hiris halus
1" halia - hiris halus
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
1/2  cawan kelapa putih - di sangai sehingga kuning
2-3 potong isi ikan kering (ikan ape2 jelah yg ada isi) - goreng & tumbuk
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman ambilkan ambil pucuknya ( dihiris halus spt buat bunga rampai) Ulam-ulaman nya spt :
(Daun kunyit, daun cekur, pucuk sekentut, ulam raja, daun belalai gajah, pucuk mengkudu, pucuk gajus, pucuk tenggek burung dll - semua pucuk ulam yang boleh di makan semuanya boleh di bubuh)

Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan-bahan tersebut di atas semuanya, gaul rata sehingga sempurna dan bolehlah di hidangkan.

Inilah daun2 kayu yg dibubuh dlm nasi ulam ni....
# Ulamnya kalau terlalu banyak bila sudah di potong halus, jgn bubuh semuanya ...bubuh agak-agak je.....dikuatiri jika terlalu banyak nasi akan pahit.



p/s : Sedapnye..... tengahari ni makan nasi ulam kita. Berkhasiat gitu!

Tuesday, January 14, 2014

Tuesday, January 14, 2014

Sambal Udang Petai

Alahai.... agak susah nk menaip ni, Taip pun sebijik2 je... Keyboard laptop ni mcm terkunci.... Dah mcm2 cuba tp x boleh berfungsi. Kenalah guna keyboard tools dan taip satu persatu guna mouse.... Letih, tp apo nak dikato. Nanti nk antar servis bila hubby x sibuk ngan kerja dia....

Jarang aku masak lauk udang ni.... aku sebenarnya allergik dgn udang, tp dek hubby n anak2 nk makan aku buat jugaklah tp xlah selalu. Tp aku ni pantang jumpa, ngap jugak.... lepas tu cepat2 telan ubat alergik dgn ubat semput... hehe!

Ini resepi sendiri..... xde copyright mana2 pun.... resepi biasa yg dah sedia ada kt kepala otak aku ni...!



Bahan2 :

2 papan petai 
1/2 kg udang 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 sudu makan pes asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai dibersihkan dan dibelah sedikit. Udang dibersihkan dan dibuang kepalanya. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. 

Tumis bahan tumbuk dan petai. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan pes asam jawa, bawang besar dan udang. Masukkan juga sedikit air. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. 

Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.



p/s : Sedap..... betul2 memikat selera!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...