Breaking

Tuesday, November 30, 2010

Tuesday, November 30, 2010

Tuan Tanah.......Melayu

Aku nk jadi tuan kt tanah aku sendiri..... sudah tentu. Aku ni bukan reti pasal politik....jauh sekali nk jadi ahli politik. Tapi aku tahu..... ini  tanahairku, tanah tumpah darahku... Tanah Melayu. Sama macam kt luar negara... England, tanah org2 English...Scotland..... tanah org2 Scottish, Ireland.... tanah org2 Irish. Macam tu jugalah kt sini.... ini adalah tanah  orang2 Melayu. Mereka2 tu yg nk berebut tanah  ngan kita sebenarnya ada tanah mereka sendiri. So.......Bumi bertuah ku ini xkan ku gadaikan demi mencapai cita2 politik orang yang entah apa2 tu. Kalau diorang2  tu xnk jadi tuan... buang aje nama bergelar kt depan nama masing2... tukar je dengan pangilan si A ke, si B ke atau lain2. 

Aku xkisah siapa je yang jadi ketua pada tanahair ini.... janji ia mesti seorang Melayu Islam yang mendokong panji2 bangsa dan agama dengan penuh tangungjawab dan memiliki iltizam yang tinggi. Sesiapa saja yang tinggal di tanahair ini mestilah menghormati agama rasmi  tanahairku ini. Aku tengok skrg ni suka2 je orang dari agama lain menggunakan hadis dan alquran dalam ucapan dan percakapannya. Ini menunjukkan mereka dah x menghormati kita.... itulah kita.... terlalu memberi ruang dan luang hingga kita dah x dihormati lagi di tanahair kita sendiri. So ingatlah... jadilah bangsa dan umat Islam yang bermaruah... biar dihormati orang. kalau tidak inilah natijahnya.

Aku mengimpikan sebuah negara Islam yang mengamalkan cara hidup  Islam dan undang-undang Islam yang diguna pakai oleh seluruh rakyat tanpa prejudis dan diterima oleh semua yang menghuni tanahair ini. Setiap bangsa dan agama di tanahair ini menerima dengan hati yang terbuka... barulah best. Bukannya seperti sekarang.... iaitu cuba mengkucarkacirkan apa je yang sedia ada...  Seeloknya adalah penambahbaikan....

Zaman  dah berubah..... zaman skrg adalah zaman anak2 mmberontak, x mendengar kata ibu bapa. Begitu jugalah zaman ni orang suka memberontak dan membangkang apa aje tanpa berfikir dengan waras. Tapi kita ni kalau nk jadi pembangkang pun janganlah perkara yang betul pun nk dibangkang. Kenalah fikir dulu.....atau lu fikirlah sendiri.....!!!!

Itu ajelah..... xmau ckp lebih2 lagilah.....:P

Monday, November 29, 2010

Monday, November 29, 2010

DEMAM TERUK.......

Hampir seminggu x update blog.... kena demam teruk. Siap dengan batuk dan selsema. Aku pulak ada asthma sikit. Lagi le tambah teruk..... Hari ni pun masih x rasa okey lagi. Apa boleh buat... dah nak kena. Mintak2 esok lusa aku dah rasa betul2 sihat.... tp apapun aku kena kuat.. utk anak2, suami dan kerjaya aku ni... sebenarnya letihnya aku, sengal2 satu badan dan sakitnya kepala aku.......!Itu je..

Wednesday, November 24, 2010

Wednesday, November 24, 2010

Dorayaki

Pagi ni aku masakkan sarapan untuk anak2 kuih dorayaki...inti peanut butter dan jem anggur. Selalunya kan dorayaki berinti kacang merah tp peanut butter pun jadilah... okeylah tu. Sekolah cuti anak2 lapar je... kenalah kreatif buat breakfast. kalau beli je nanti lari budget. Tghari ni lepas masak tetiba je rasa pening yang amat sangat... telan panadol dan tidur. Ptg  ni baru rasa okey.

Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Air Terjun

Anak2 cuti sekolah ni... rasa boring pulak. Ingat nk bawa diorang gi jalan2 tapi entahlah.... sibuk sangat. Badan pun penat. Teringin rasanya pergi ke suatu tempat yang sejuk, nyaman dan menenangkan. Aku terfikirkan air terjun. Boleh ke.. takut juga bila dengar macam2 kemalangan kt tempat macam tu. Nantilah akan difikirkan kemudian, skrg ni xde masa lagi.

Monday, November 22, 2010

Monday, November 22, 2010

Lagi.... SET RESDUNG



Dari Kiri... 
  
BEDAK PERMATA PUTERI
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • Ia juga berfungsi sebagai pelembut dan pencantik kulit muka, badan dan tangan.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas tapak tangan dan sapukan ke muka, tangan dan badan selepas mandi atau apabila perlu. Amalkan pemakaian sebelum tidur untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB MATA
  • merawat mata yang gatal dan kemerahan akibat resdung.
  • juga menyejukkan mata yang letih dan kepanasan akibat penat membaca atau tak cukup tidur.
 Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas kapas dan letakkan pada pelupok mata. Ia juga boleh dititiskan kedalam mata untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB HIDUNG
  • merawat hidung yang gatal-gatal dan selsema akibat resdung atau akibat alahan makanan dan cuaca.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis pada kapas dan lekapkan pada tepi hidung yang kering selama 5-10 minit. Ia juga boleh dititiskan kedalam hidung untuk meredakan hidung yang gatal akibat resdung.

Harga : RM 10.00

VCO SOAP
  • diformulasikan daripada minyak kelapa dara.
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • membersih, melembut dan melembabkan kulit wajah.
  • kaya dengan vitamin E.
Cara guna:
Basuh dan cuci muka dengan VCO soap bersama air suam sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Boleh juga menggunakan air sejuk.

Harga : RM 9.50

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit  bayaran pengeposan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...