Breaking

Wednesday, June 20, 2012

Wednesday, June 20, 2012

Kuih Akok

Dah lama aku x updated n3.... Kesibukan yg teramat melanda diri campur lagi keletihan yg teruk dan kekadang tu xsihat... Lepas tu, kemalasan dan kemurungan diri pula bertebaran...... itulah jadinya. Hari ini aku kumpulkan seluruh kekuatan...... akhirnya dpt juga aku menaip n3 ni dgn susah payah.... 

Masak.... selalu jugak....tp masakan yg biasa2 je. lagipun dah tersenarai di blog ni... kalau adapun yg lain ckit, dek kemalasan diri... malas betullah rasanya nk snap gambar. kalau tidak tu.... goreng ikan bilis pun nk taruh dlm blog ni... hehe...! Itulah alkisahnya...

Aei ni tergerak hati nk buat kuh akok ni.... kuih org kelantan. Dah lama aku bercadang, ari nilah baru terjadi rancangannya. Kuih ni bukanlah asing dgn aku... selalu aku tengok org jual tp pernah sekali tu aku pergi rumah kawan.... kuih tu rasa sedap sangat dan cair je dimulut bila dingap...!

Zaman skrg kuih yg org dulu2 susah2 buat pakai sabut kelapa dah boleh buat dgn senang je.... guna oven. Tu yg bersemangat nk buat tu. Resepi kuih akok ni ambil dari blog Puan Ros @ SinaranMenu. Katanya diambil dari MY Resepi oleh Zaliana. Terima kasih Puan Ros, dan Zaliana atas resepi yg menepati citarasa saya ni.



Bahan2 :

5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
Secubit garam halus

Cara-cara

Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka.  Masukkan santan.  Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya.  Boleh juga  guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.



p/s : Kuih yg sedap dan menepati citarasa.... yg beli kt kedai tu mesti lebih tepung.


Tuesday, May 22, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Nasi Goreng Cili Api Daging Burger

Ari ni x sempat nk beli apapun utk dimasak tengahari. Ambik apa aje yg ada kt dapur n peti sejuk je. So, jadilah nasi goreng ni......

Kepala aku pun berat je.....! tah apa2 jer... dan pening ckit. Nk demam gamaknyerrrrrr......!! Tu yang x larat tu, kerja kt umah ni dahlah banyak. mana lagi nk pcking barang2 nnti.

Apapun layan dulu resepi yg x semenggah ni................!



Bahan2 :

 2 mangkuk nasi 
2 keping daging burger - hiris kecil2
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
5 biji cili api - tumbuk lumat
1 batang serai - hiris halus
2 biji telur
4-5 batang kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Daging burger yg telah dihiris kecil digoreng garing. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan serai. Bila dah kekuningan, Masukkan sos tiram. 

Masukkan kacang panjang yg dihiris. Biar sedikit masak. Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan masukkan daging burger. 

Kacau rata dan sebati. Bila dah siap bolehlah dihidangkan.



p/s : First time buat nasi goreng campur daging burger..... sedaplah pulak!

Friday, May 18, 2012

Friday, May 18, 2012

Kari Daging Tetel Campur Kentang


Dah lama x updated ni..... dah lebih setengah bulan. Ntah kenapa mood xde nk ngadap komputer ni... Ari ni cuba jugak merajinkan diri ..... Kesian blog tinggal ni.. Dah bersawang bagai nampaknya tu!!

Masak pun sebenonya aku xde mood jugakkkkkkkkkkk!!! hehe..! Takat masak lauk utk keluarga je. Lama aku x masak kuih atau yg seumpama dgnnya. Masa pun amat terhad. Nk pergi supermarket... aku memang x sempat... so bilanya aku nk beli brg2 M hubby bukanya tau nk beli  barang selain yg asasi tu je.

Buzy sesangat..... sebab aku dah niaga banyak tempat.... hampir tiap hari plak tu. Tulah pasal.... Kalau dirumah kena packing barang2 plak. So mana ada masa terluang...!!!

Apapun aku nak share je kt sini juadah tengahari aku ni..... dah itu je yg ada!



Bahan2 :


500gm daging tetel- dipotong kecil; 
3 biji kentang - di buang kulit dipotong 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1 cm halia 
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari daging 
1 sudu teh pes asam jawa
200 ml santan kotak
3 cawan air
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat. Tumiskan.. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. 

Masukkan serbuk kari ayam sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging dan secawan air, renihkan sehingga daging tetel benar2 empuk.Masukkan kentang. 

Lepas tu masukkan santan Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap bolehlah diangkat.


p/s : Opps! kalau yg x tau tu daging tetel adalah daging campur lemak2 skali. Dlm kari ni aku tambah tomato dan cili merah sekali.... sedap! 



Tuesday, May 1, 2012

Tuesday, May 01, 2012

Masak Kicap Ayam

Kiranya ini menu simple lagi............ Biasa masak macam gini aku masak dgn ikan. Dek anak dara bongsu aku tu merengek tak nak makan ikan plak..... dah jemu katanya. Aku masakkan lauk ayam ni.

Dek dah xde idea aku nk cakapkan kt sini.... layan jelah menu ni yerrr!


 Bahan2 :


1/2 ekor ayam - dipotong2 dan goreng
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan air
3 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. 

Tumiskan. Masukkkan  pes asam jawa, kicap, bawang  besar dan air. Kacau sampai pecah minyak..  

Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Masukkan ayam yg telah digoreng. Kacau rata.  Lepasa tu bolehlah diangkat. 

Sedia di hidangkan utk makan tengahari atau malam.


p/s : x retilah nk deco n ambik gambar cantik2 ..... buat macam biasa udah le!

Monday, April 30, 2012

Monday, April 30, 2012

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut

Fuyyoooo........... masak siput plak! memang terangkat neh...! Tp yg lecehnya kena buang hujung belakang siput tu dulu baru boleh dimasak. Kalau tidak isi siput tu x boleh keluar nanti apabila disedut. 

Nak makan punya pasal..... alah bisa tegal biasa. Tp x laratnya anak2 yg kecik tu suruh aku sedutkan dulu bila diorang nk makan... satu kerja plak! Buat jelah!

Penat dan sibukberniaga memang x terkirakan.... nk makan punya  pasal, aku kenalah merajinkan diri. Apapun layan dulu juadah aku ni...... Untuk pengetahuan, siput sedut ni jugak biasa dipanggil siput belitong.



Bahan2 :


1/2 kilo  siput sedut @ siput belitong
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Siput sedut dipotong hujung belakangnya dan dibersihkan. Masukkan siput sedut  ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. 

Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...