Breaking

Saturday, December 10, 2011

Sambal Sardin yg simple jerrrrr............

Ari ni rasa bahagia sangat dek laptop kesayangan aku dah keluar spital.......... Dptlah aku meneruskan penghayatan dengan dunia blogger masak memasak aku ni dgn lebih mudah. Kalau tidak.... terasa siksanya  menghadap komputer yg slow motion tu..... mana lagi nk berebut ngan anak2 yg sibuk main game tu!!!

Berminggu jugaklah laptop ni masuk spital.......... melayang duit aku dek kerana ni!!! Boleh tahan mahalnya. Xpelah, janji  dah okey dan lepas ni bolehlah aku jalan2 blogwalking blog kawan2 dialam mayaku ini.... dah rindu rasanya..... masa guna komputer anak2 tu.... memang x dptlah, asyik hank and crash je.

Aku ni tetap sibuk macam biasa..... so, smlm masak yg ringkas2 jerr....



Sambal Sardin

Bahan2 :

1 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara2 :
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan cili giling. Tumis sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Masukkan juga pes asam jawa.

Selepas tu masukkan bawang besar yg telah dihiris. Biarkan mereneh sebentar. Masukkan sardin. Jika suka boleh dihancur2kan sedikit. Biarkan ia mendidih sekali lagi.

Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : Anak2 kata sedap je!....... maklum mak dia yg masak, apapun sedap!!!


*******************
my dream.....!
klik SINI
*******************

1 comment:

Mohd Rozaiman said...

...kena lak Jasmine rice yg panas2 tu...fuhhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...