Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Saturday, April 7, 2012

Bingka Labu

Inilah n3 masak yg aku nk paparkan ari ni. Aku masak dah 3 ari lepas. Dlm kesibukan nk kejar masa nk siapkan kerja ni.... aku buatlah bingka ni dari lebihan labu yg aku masak sayur rebus sebelum ni.

Ingat nk buat banyak, tp labunya pun ada ckit je. Dah direbus dan disukat cuma ada secawan je labu kecek aku ni....

Dlm pencarian  resepi yg sesuai, aku pun mengodek resepi dari blog Izah Muffin Lover. Antara blog masakan yg paling aku suka....... masakannya semuanya marvellous belaka.

Kalau nk tengok blog Izah  boleh klik SINI. Sumber dari MYResepi dan dari blog dZana

Layan jelah.............. : )



Bahan2 :


2 biji telur 
200 ml santan  kotak + 50 ml air
100 g tepung gandum
90 g gula halus
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
250 g labu lecek 
1/2 sudu besar butter 
Bijan secukupnya untuk topping

Cara : 

Blender labu rebus bersama air, gula, santan, garam, esen vanila sehingga halus. Kemudian masukkan telur, tepung dan butter. Belender sehingga sebati. Tuang dalam loyang yg telah disapu minyak. Tabur bijan.

Bakar dlam oven yg telah dipanaskan 200C selama 40 minit. Dah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong.


p/s : Cantik kejadiannya.... sedap plak tu, anak2 suka sangat.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...