Just Klik!

Saturday, February 9, 2013

Banana Streusel Slice

Ini juadah minum petang beberapa hari lepas. Kebetulan suatu petang hubby bawa balik sesikat pisang dari tempat kerja...

Terdetik idea nk buat resepi ni... nk buat kek pisang xde susu plak. Itulah jadinya... modified dari resepi  apple streusel slice yg pernah dibuat dulu.. resepi masa tu dlm bahasa Inggeris. Nk resepi klik sini.

Untuk minum petang... bahagian bawahnya lembut gebu .. diatasnya berderai je. Siap plak ada rasa pisang... sedap nyer...! 




Bahan2 :

Lapisan  bawah
180g mentega - dilembutkan
3/4 cawan gula halus
2 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis - tak bubuh
5 biji pisang emas-dihiris 

Lapisan atas
1/4 cawan gula perang - ganti dengan gula halus
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis - tak bubuh
30g mentega - dilembutkan

Cara2 :

Panaskan oven kepada 180 ° C. Griskan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Pukul mentega dan gula halus sampai kembang dan keputihan. Masukkan telur dan pukul lagi.

Ayak tepung, baking powder dan kayu manis, campurkan kedalam adunan mentega. Ratakan di dalam loyang. Susun hirisan pisang diatanya. Tinggalkan sedikit untuk letak di lapisan atas.

Untuk lapisan atas, campurkan gula perang, tepung dan kayu manis ke dalam mangkuk. Menggunakan hujung jari anda, gaul mentega ke dalam campuran tepung sehingga ia membentuk serbu roti. Taburkan keatas hirisan pisang didalam loyang. Susun lebihan pisang.

Bakar selama 50 minit atau sehingga keemasan dan apabila di masukkan pencucuk dalam adunan ia keluar bersih. Biarkan sejuk dahulu barulah dipotong kepingan. Sedia untuk dihidangkan.




p/s : Dah di translate.... huru-hara ckit. harap boleh difahamilah...!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...