Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, February 15, 2013

Sayur Sawi Goreng Dengan Cendawan

Inilah resepi masak sayur goreng yang paling senang. Resepi ni aku ambil dari buku masakan cina. Masakan Cina la kiranya ni....

Sebenarnya masakan ni dibuat dengan cara lain... iaitu sawi tu kalau boleh cari yg kecik2 je... celur dan susun dalam pinggan. Cendawan aku guna cendawaan tiram ... dlm buku tu guna cendawan kecik2 halus mcm taugeh tu.. celur jugak sekejap. buat kuahnya lepas tu siram atas sawi dan cendawan yg telah disusun cantik.

Aku buat cara mudah sebenarnya...tp bagi sesiapa yg nk buat cantik utk jamuan makan, memang sesuai dihias cantik. Klau nk makan sendiri tu, x kisah..buat cara mudah jerrrr!



Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam @ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. 

Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. 

Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.


p/s :  Kita buat yang mudah2 je.... sedap gak!

Have a nice day! :)

1 comments:

Amie said...

Walaupun senang, tapi cukup menyelerakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...