Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, January 20, 2015

Masak Lemak Cili Api Daging Bersama Kentang

Masak lauk ni lagih... Dah berkali2 aku share kat blog kesayangan aku nih... Lauk sedap dah tentu ada permintaan dan dah tentu nak buat lagi dan lagi....

Yang pasti lomak cili api nih kegemaran my hubby...kan3! Tak kisahlah nk ulang tayang berapa kali... janji gambar masakan gambar ori dan terkini... tak ceduk dari blog orang lain...original dari dapur annurbeauty...hehe!

Okeyla... penatla celoteh panjang! Kita paste resepi tu kat sini... sonang kojo den!

Bahan2

300gm daging  - potong kecil2
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. X payah taruh air masa rebus ni . Air daging akan keluar dengan sendirinya. 

Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. 

Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.



p/s : Daging tu pastikan potong x ikut iranya nanti liat plak...!



Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...